CANON BEKERJASAMA DENGAN TOURISM PERAK UNTUK KEMPEN TAHUN MELAWAT PERAK 2024


Canon Marketing Malaysia ("Canon"), peneraju terkemuka teknologi kamera dan solusi pengimejan, dengan bangganya mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Tourism Perak Management Berhad (“TPMB”), yang disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak, YB Loh Sze Yee, untuk bekerjasama dalam menjayakan kempen Tahun Melawat Perak 2024. Kerjasama strategik ini bertujuan untuk memperkukuhkan industri pelancongan Perak dan memanfaatkan solusi pengimejan Canon bagi menarik para pengunjung dari dalam dan luar negara ke Perak, serta mempromosikannya sebagai destinasi pelancongan utama.

L-R: En. Nor Azman Zulkifli, Senior Manager, Asset Facilities Management, Majuperak Holding Berhad, Cik Nurmalis Binti Musa, CEO, Tourism Perak Management Berhad, Mr. Shunji Yoshikai, President and CEO of Canon Marketing Malaysia, Mr. Daren Tan, Head of Penang branch, Canon Marketing Malaysia.

Canon bakal memainkan peranan penting sebagai rakan strategik dan penaja dalam kempen Tahun Melawat Perak 2024 TPMB, yang digabungkan oleh matlamat bersama untuk membugarkan semula industri pelancongan Perak dan menjadikannya sebagai destinasi terunggul di Malaysia untuk pengalaman percutian dan pelancongan berasaskan warisan serta alam semula jadi.

MoU itu bakal menyaksikan Canon bekerjasama rapat dengan TPMB, di mana Canon akan memanfaatkan jangkauannya yang luas untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri itu secara aktif. Kerjasama itu tidak hanya menjurus kepada penajaan semata-mata, sebaliknya juga merangkumi kerjasama dalam penganjuran bengkel, pertandingan, dan penyediaan kamera Canon sebagai hadiah untuk pertandingan akan datang serta kegunaan TPMB.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, Shunji Yoshikai berkata, “Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan TPMB untuk mempersembahkan keindahan dan kecantikan Perak kepada dunia. Penandatangan MoU ini selari dengan falsafah ‘Kyosei’, yang menekankan kehidupan dan kerjasama harmoni demi kebaikan sejagat. Menerusi kerjasama ini, kami akan berusaha bukan sahaja menonjolkan kecantikan Perak, tetapi juga memberikan sumbangan positif kepada masyarakat dan alam sekitar di mana kami berada.”

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Management Berhad, Nurmalis Musa ketika mengulas mengenai kerjasama itu berkata, “Kerjasama ini menandakan usaha sama penting untuk mempromosikan keindahan Perak. Bersama-sama dengan Canon, kami berhasrat untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa dan menjemput pelancong dari seluruh dunia untuk mengalami sendiri khazanah yang ditawarkan oleh Perak.”

MoU berjangka waktu 12 bulan itu menggariskan komitmen kedua-dua pihak untuk mengembangkan dan mempromosikan portfolio pelancongan Perak yang kaya. Canon dan TPMB akan sama-sama menganjurkan pertandingan fotografi dan videografi untuk merangsang kreativiti serta penglibatan, sambil mengadakan bengkel khusus untuk peserta industri di Perak. Inisiatif ini bertujuan untuk menyorotkan naratif menarik mengenai Perak menerusi penceritaan berasaskan visual, memupuk penghayatan yang lebih mendalam terhadap kepelbagaian warisan budaya dan tarikan yang mengagumkan di negeri itu.

Dengan menggabungkan inovasi dan seni penceritaan, kerjasama ini diharapkan dapat mengetengahkan budaya dan keajaiban alam semula jadi Perak, melorongkan dunia untuk menerokai dan menikmati keunikan yang ada di Perak. Kerjasama antara Canon dan TPMB ini menandakan langkah strategik dalam usaha menyemarakkan semula sektor pelancongan di negeri itu dan menarik pelancong untuk menjelajahi khazanah tersembunyi Perak.

Untuk maklumat lanjut mengenai bengkel, acara, dan pertandingan Canon yang berkaitan dengan kempen Tahun Melawat Perak 2024, sila layari my.canon atau ikuti laman Facebook dan Instagram rasmi Canon Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!