JOM JUMPA PIKACHU DI UNIQLO THE EXCHANGE TRX PADA 13 & 14 NOVEMBER!

Peminat Pokémon di Malaysia, bersedia untuk beramah mesra dengan Pikachu! Jangan lepaskan peluang untuk menemui maskot kegemaran ramai ini, menerokai rekaan eksklusif UTme! Pokémon RUN 30, serta memenangi slot larian khas sempena Pokémon RUN 30.


Sesi Bertemu Pikachu (Meet & Greet)


Temui Pikachu dan abadikan kenangan di pintu masuk Aras 1, UNIQLO The Exchange TRX. Penyertaan adalah percuma mengikut urutan siapa cepat, dia dapat!

Jadual Sesi:

  • 13 November: 3:00 petang & 6:00 petang

  • 14 November: 12:00 tengah hari, 3:00 petang & 6:00 petang



Rekaan Eksklusif UTme! & Hadiah Percuma


Bermula 2 November hingga 31 December 2026, dapatkan koleksi rekaan Pokémon RUN 30 UTme! yang eksklusif.

  • Set Pelekat Percuma: Pembelian mana-mana barangan Pokémon RUN 30 UTme! layak menerima satu pek pelekat percuma (sementara stok masih ada).

Lokasi Ketersediaan:

  • Koleksi Cetakan Khas (Custom UTme!): UNIQLO The Exchange TRX, Fahrenheit88, Mid Valley Megamall, dan Mid Valley Southkey.

  • Koleksi Ready-to-Wear (Pre-printed): UNIQLO Sunway Pyramid dan Suria KLCC.



Peraduan Menang Slot Larian Pokémon RUN 30


Peluang memenangi 1 daripada 3 slot larian Pokémon RUN 30!

  • Cara Penyertaan: Beli sekurang-kurangnya dua (2) barangan Pokémon RUN 30 UTme! dalam satu resit antara 2 hingga 11 November dan isi borang penyertaan rasmi.

  • Pengumuman Pemenang: 13 November menerusi Akaun Instagram Rasmi (@uniqlomyofficial).

 Terma & Syarat Singkat:

Sesi Meet & Greet adalah percuma mengikut ketersediaan tempat. Pek pelekat sah sementara stok masih ada. Peraduan slot larian terbuka kepada warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berdaftar sebagai ahli Apl UNIQLO. Terma dan syarat penuh tertakluk dalam soalan lazim (FAQ) Pokémon RUN 30 UTme!

Comments

Popular posts from this blog

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”

PENGALAMAN 2 HARI 1 MALAM DI BANDAR YILAN, TAIWAN: KOTA KESENIAN TRADISIONAL DENGAN WARISAN BUDAYA YANG INDAH