Posts

Showing posts from March, 2022

ACARA BERBASIKAL L'ETAPE BAKAL DIANJURKAN DI DESARU, JOHOR

Image
Pencinta-pencinta aktiviti berbasikal di Malaysia akhirnya berpeluang merasai sendiri pengalaman berkayuh dalam perlumbaan Tour De France dengan menyertai L’Étape Malaysia yang bakal dilangsungkan buat julung kalinya pada 4 Jun 2022, iaitu kurang dari tempoh tiga bulan dari sekarang!

WANI KAYRIE HARAP PENDENGAR DAPAT MENERIMA "KAMU KAMU"

Image
Walau di usia muda, 22 tahun, siapa sangka, penyanyi, pelakon serta pengacara cantik dan pintar ini sudah pun berkecimpung dalam bidang seni tempatan lebih sedekad lamanya. Buat anak kelahiran Sandakan, Sabah ini, Syazwani Maisarah Abdullah atau lebih popular dengan nama Wani Kayrie, dia bukanlah artis genit yang biasa-biasa.

ASTRO ORIGINALS BAWAKAN DRAMA KELUARGA BERPENGARUH - ‘KUASA’

Image
  Astro Originals mempersembahkan drama siri premium terbaru, KUASA dengan mengetengahkan buat pertama kali kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan. 

SIGNATURE MARKET LANCAR SURI RAMADAN PLATTER

Image
Ramadan ini, Signature Market telah bekerjasama dengan pelakon terkenal Malaysia, Lisa Surihani bagi melancarkan set hadiah istimewa — SURI Ramadan Platter — untuk dinikmati oleh pengguna sepanjang bulan puasa. SURI Ramadan Platter disifatkan sebagai hidangan snek perkongsian yang sempurna, ia dihasilkan untuk dinikmati bersama rakan dan keluarga dengan harapan dapat memupuk lebih banyak kasih sayang dan mencipta kenangan antara satu sama lain.

KEMPEN AMAL NESTLÉ MAGGI BERJAYA KUMPUL RM80,000 UNTUK WARGA TUA

Image
  Tatkala generasi berbeza berkumpul bagi menghormati tradisi perayaan Tahun Baru Cina dan memupuk rasa kebersamaan pada awal tahun ini, ia juga merupakan masa yang sesuai untuk membawa kemakmuran dan sokongan kepada warga emas yang memerlukan. Dalam semangat keikhlasan dan saling berkongsi, kempen Tahun Baru Cina ‘MAGGI Gong Xi Masak, Gong Xi Meriah’ Nestlé baru-baru ini telah berjaya mengumpul RM81,000 untuk disalurkan kepada sepuluh rumah jagaan warga emas di seluruh Malaysia.

NICOL DAVID BERI INPIRASI DALAM ACARA #AIASQUASHTHESTEREOTYPES

Image
Ia merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan buat 20 orang wanita yang meluangkan petang Sabtu mereka beramah mesra bersama legenda skuasy dan duta AIA Malaysia, Datuk Nicol David dalam suatu sesi klinik skuasy, eksklusif untuk wanita yang diadakan di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil, baru-baru ini. 

WALL'S LANCAR PADDLE POP MILKIE DWI-PERISA BAHARU

Image
Wall’s Malaysia teruja untuk memperkenalkan Paddle Pop Milkie, aiskrim baharu yang berkhasiat dan #Milkielicious, untuk kanak-kanak yang gemar bermain! Aiskrim dwi-perisa baharu ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk memberikan aiskrim yang menarik, lazat dan dilengkapi penggalak kalsium yang tinggi, antara keperluan utama bagi perkembangan tulang serta gigi yang kuat bagi kanak-kanak.

KAO LAURIER SUMBANG TUALA WANITA KEPADA PELAJAR B40

Image
KAO Laurier Malaysia, dengan sokongan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dan kerjasama MyPerintis serta rakyat Malaysia yang pemurah, telah memperuntukkan tuala wanita bernilai RM150,000 untuk disumbangkan kepada 20,000 pelajar B40 di 20 universiti awam di seluruh Malaysia. Usaha ini diselaraskan menerusi kempen ‘Kebersihan Menstruasi Adalah Hak Wanita’ yang diadakan selama tiga bulan mulai November 2021, yang berakhir dengan majlis penyerahan rasmi di Universiti Malaya.

AWESOME TV TAMPILKAN TEMA ‘IKHLASKAN JIWA, DEKAT DENGANNYA’

Image
  Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang penuh dengan keampunan, saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV tampil dengan tema istimewa penuh bermakna; ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ bagi melatari Kempen Ramadan 2022 tahun ini.

FELDA D'SAJI BAWAKAN 4 TEMPAT HEBAT UNTUK BERBUKA PUASA

Image
  Pada tahun ini sekali lagi Felda D’Saji kembali menawarkan empat (4) tempat pillhan untuk berbuka puasa. Tempat pilihan dengan kadar harga yang berpatutan mengikut konsep dan keselesaan pelanggan untuk membuat pilihan untuk berbuka puasa bersama Felda D’Saji.

SYAHADAH KEMBALI KE RTM UNTUK MUSIM KE-16 RAMADAN INI

Image
Jenama Syadahah sudah menjadi sebahagian daripada persiapan menyambut Ramadan dan rutin yang dinantikan penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak mula diterbitkan tahun 2005 sehingga kini.

HULURKAN KASUT, HULURKAN KASIH DENGAN PROJECT LOVE SNEAKER

Image
  Sama ada anda seorang pelari maraton yang berpengalaman atau pelari sosial, akan tiba masanya apabila kasut lari anda sampai ke penghujung jalan. Tiada kasut yang kekal selama-lamanya dan menurut pakar, purata jarak penggunaan kasut lari adalah kira-kira 400 batu atau kira-kira 644 kilometer.

‘JUALAN TERIMA KASIH’ GUARDIAN - PENGHARGAAN BUAT PELANGGAN

Image
  Komitmen yang jitu untuk memastikan kepuasan pelanggan dengan menyediakan produk berkualiti pada nilai hebat dan keupayaan untuk menggerakkan perniagaan bersesuaian dengan persekitaran pasaran yang mencabar dan pantas berubah adalah antara sebab Guardian Malaysia telah dipilih sebagai Peruncit Nombor Satu oleh pengguna di Malaysia di dalam Anugerah Jenama Putra 2021 baru-baru ini.

WONDER 7 GLOBAL & BOOST JALIN KERJASAMA UNTUK BANTU MSME

Image
Wonder 7 Global Sdn Bhd dan Boost, cabang fintech Axiata, telah membentuk kerjasama untuk menyediakan pelbagai kemudahan pinjaman kepada lebih daripada 100 peniaga dan usahawan mikro Wonder 7 Global di Malaysia melalui Boost Credit, pembiaya alternatif digital.

NEW BALANCE PERKENALKAN KASUT GELANGGANG BAHARU CT302

Image
New Balance memperkenalkan CT302, kasut baharu berinspirasikan sukan gelanggang dengan gaya minimalis berpandukan warisan jenama New Balance. Kempen koleksi terbaharu ini dihasilkan dan digayakan oleh sebuah pasukan yang kesemuanya terdiri daripada wanita, dan akan diperkenalkan oleh duta jenama New Balance iaitu pemain tenis, Coco Gauff. Keluaran awal CT302 boleh didapati secara global bermula Mac 2022.

DISINFEKSI PERMUKAAN SEPERTI PRO MELALUI RANGKAIAN CLOROX

Image
Pandemik Covid-19 telah membuatkan kita lebih peka terhadap kehadiran serta jangkitan virus dan kuman. Ekoran varian Omicron yang mudah merebak berbanding varian-varian lain sebelum ini, seluruh dunia kini bertarung dalam menangani gelombang keempat pandemik tersebut. Di Malaysia, kes-kes yang melibatkan varian Omicron juga kian meningkat.

ARA JOHARI LAGUKAN KISAH SNOW WHITE DALAM ‘SUMPAHAN SALJU’

Image
Baharu sahaja empat bulan single ‘Keliru’ ciptaan rapper tersohor, Mr. General aka Malique dilancarkan, penyanyi serta pelakon wanita popular yang pernah menyandang gelaran naib juara di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33, Ara Johari kembali menjelma ke industri muzik tanah air dengan single terbaharunya yang berjudul ‘Sumpahan Salju’ hasil ciptaan Ziin, manakala lirik oleh Jerry dan diterbitkan oleh label terkemuka negara, Rocketfuel Entertainment.

'TREMENDOUS' ANGKAT TEMA PERSAHABATAN DALAM 6IXTH SENSE

Image
Mac 2022 akan menjadi sebuah momen pemula yang sangat dinantikan 6ixthsense selepas lama memerhati waktu yang tepat untuk keluar daripada ‘pertapaan’.

HADY MIRZA PERDENGARKAN BALADA 'CINTA SAMPAI DI SINI'

Image
Penyanyi serta pengacara asal Singapura berwajah ‘boyish’ yang merupakan juara Gegar Vaganza Musim Ke-6 (GV6), Hady Mirza, kembali menyemarakkan industri muzik Malaysia dengan single terbaharunya berjudul ‘Cinta Sampai Disini’ ciptaan komposer ternama Indonesia, Ade Govinda, David Sam & Irwan Sutanto yang pernah menghasilkan karya-karya 'ngetop' buat penyanyi-penyanyi terkenal dari seberang seperti Chakra Khan dan ramai lagi, diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment.

SEIKHLAS HATI - TEMA KEMPEN RAMADAN RAYA 2022 TV3 & TV9

Image
Aprena Manrose & Mark Adam Setiap kebaikan dan perbuatan yang dilakukan dengan seikhlas hati pasti dikurniakan barakah oleh Allah S.W.T terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia ini. Bersempena dengan sambutan bulan Ramadan ini, TV3 dan TV9 telah melancarkan kempen Ramadan Raya 2022 yang bertemakan Seikhlas Hati menerusi siaran langsung program Melodi yang dihoskan oleh Nabila Huda dan Haziq Hussni selama satu jam dari pukul 12.30 tengah hari.

ASTRO FIRST BAWAKAN FILEM KOMEDI ROMANTIK ‘AUTUMN IN WALES’

Image
  Astro First akan membawa penonton terbang menikmati keindahan negara Wales dan diiringi ‘mood’ romantis sepanjang menonton filem romantik komedi pertama tempatan tahun ini, Autumn In Wales bermula 24 Mac. 

CASTROL ANJUR PERADUAN 'HARI MEKANIK MALAYSIA'

Image
  Castrol, salah satu jenama pelincir terkemuka dunia, kembali untuk tahun keempat berturut-turut dengan sambutan Castrol Hari Mekanik Malaysia (HMM) yang unik pada 18 Mac 2022. Acara tahun ini, yang merupakan satu-satunya acara seumpamanya di Malaysia, menampilkan tema unik: ‘The Game Changers’, sebagai penghormatan kepada wira yang tidak didendangkan dalam setiap kehidupan pemilik kenderaan.

ARTIS DEF JAM ASIA TAMPILKAN CABARAN #CALTEXUNSTOPPABLESTAR

Image
Caltex, sebuah anak syarikat Chevron Corp. bersama VMLY&R, sebuah agensi jenama dan pengalaman pelanggan dunia serta Def Jam South East Asia, label hip hop milik Universal Music Group, telah mengumumkan pelancaran #Caltexunstoppablestar, sebuah kempen yang bekerjasama dengan para pemuzik serta peminat seluruh Malaysia, Thailand, dan juga Filipina. . Cabaran rap yang ditampilkan, melalui platform media social TikTok, meraikan nikmat memandu dan kebebasan dalam perjalanan mereka.

#SAKSAMABERSAMA DAN HIDUP DENGAN LEBIH YAKIN

Image
Pada 8 Mac 2022, kita telah meraikan Hari Wanita Sedunia untuk menghargai and mengiktiraf pencapaian wanita sambil menuju ke arah kesaksamaan jantina. 

ANDI BERNADEE UBATI RINDU PEMINAT DENGAN LAGU ‘DU’

Image
Penyanyi serta pelakon popular yang terkenal dengan karya-karya hits dalam genre reggaeton-nya, Andi Azrul Andi Mapangile atau lebih mesra dengan panggilan Andi Bernadee kembali mengubati hati peminatnya dengan single terbaharu berjudul ‘Du’ setelah hampir setahun tidak hadir dengan mana-mana single.

BUNKFACE BERI PENGHARGAAN KEPADA PEMINAT DENGAN 'KORANG'

Image
Kumpulan rock tempatan, Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul “KORANG”. Tidak seperti kebanyakkan lagu lagu Bunkface sebelum ini dimana lagu nya ditulis sendiri oleh Sam (Vokalis Bunkface), kali ini Sam berkongsi karyanya bersama sama penulis yang lain seperti Epul Kuat , Izzy Musa dan Shahir. Anggota kumpulan yang lain , Youk & Pa’an juga turut serta dalam proses penulisan lirik untuk lagu KORANG.

NIKMATI KOLEKSI LENGKAP FILEM SPIDER-MAN DI ASTRO BEST

Image
Peminat adiwira mesra, Spider-Man boleh menikmati koleksi lengkap filem-filem dibintangi Tom Holland, Andrew Garfield dan Tobey Maguire, termasuk filem terkini Spider-Man: No Way Home, di Astro Best (Ch 481) atau strim pada bila-bila masa melalui On Demand dan Astro GO.

LEVI’S LANCAR KOLEKSI FRESH UNTUK MUSIM BUNGA/PANAS 2022

Image
Pada era 1970-an, Levi’s® melancarkan koleksi yang diberi nama Fresh Produce, yang diinspirasi oleh hasil tanaman semulajadi. Memandangkan kita semua gemarkan buah-buahan dan sayuran segar, 

KONFLIK SEMAKIN MERUNCING DALAM DRAMA “NURLAILA” DI TV1

Image
  Konflik dalam hubungan Imran dan Laila, lakonan Aedy Ashraf bersama Hana Aqeela yang mula mengakui ada rasa cinta di hati masing-masing namun berat untuk mengakuinya membuatkan penonton tidak senang duduk.

PELAJAR MMU CYBERJAYA UNGGULI PERTANDINGAN HAMADAYA

Image
  Jenama kicap halal premium Jepun, Hamadaya melancarkan satu pertandingan reka bentuk untuk pelajar-pelajar Fakulti Multimedia Kreatif, MMU dengan kerjasama Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya. Pertandingan reka bentuk tersebut berlangsung selama 3 minggu dan menarik lebih 50 penyertaan secara keseluruhan.

4 WARGA MALAYSIA TERIMA PENGIKTIRAFAN UK ALUMNI AWARDS

Image
  British Council semalam mengumumkan para pemenang Study UK Alumni Awards 2021-2022 Malaysia di Majestic Hotel, Kuala Lumpur. Seramai 15 alumni UK di Malaysia telah menerima pengiktirafan atas pencapaian mereka yang cemerlang sebagai golongan profesional perniagaan, usahawan dan pemimpin komuniti, dan sumbangan positif mereka kepada komuniti, pekerjaan dan negara masing-masing.

INDAH INTAN TARUHAN SULUNG ISKANDAR PROJECTOR BAND

Image
  PROJECTOR BAND, sebuah nama yang tidak asing di industry muzik Malaysia. Menerusi band tersebut, vokalis utamanya Iskandar mencipta nama dalam bidang seni melalui vokalnya yang nyaring dan tinggi. 

HAZAMA & TUJU BAWAKAN MESEJ POSITIF DALAM 'FASA'

Image
Dunia muzik tanah air dimeriahkan lagi dengan single terbaharu berjudul FASA, hasil gandingan hebat penyanyi terkenal iaitu Hazama dan Tuju. Gabungan dua artis dari genre berbeza ini pastinya menyengat dan mendapat perhatian ramai.

MCDONALD’S MALAYSIA LANCAR LINTASAN PEJALAN KAKI “FRIES”

Image
McDonald’s Malaysia melakar sejarah ibu kota Kuala Lumpur dengan menjadikan ilustrasi kentang gorengnya - “McDonald’s French Fries” - yang terkenal di seluruh dunia sebagai lintasan pejalan kaki sekali gus mencipta lokasi ikonik baru untuk pengguna-pengguna media sosial bergambar di kota raya ini. Usaha ini bertujuan untuk mencetus keterujaan di kalangan rakyat Malaysia dan menjadi destinasi wajib dilawati buat pengunjung tempatan dan luar negara.

RAIKAN ‘EARTH HOUR’ BERSAMA SUN LIFE MALAYSIA & LILIN+CO

Image
  Pada 26 Mac ini, dari jam 8:30 malam hingga 9:30 malam, penduduk di serata dunia akan bersatu hati meraikan Earth Hour 2022 dengan menutup lampu selama sejam.

LONTARAN 'HAMPIR SEMPURNA' EVIE FEROZA BAGI OST 3 NOTA CINTA

Image
Evie Feroza finalis program realiti Lagu Cinta Kita 2, tampil dengan single terbaharu iaitu ‘Hampir Sempurna’ di bawah naungan syarikat rakaman Alternate Records & Talents. Lagu menarik ini merupakan hasil kerjasama komposer dan penulis lirik terkenal tanah air, Shazee Ishak dan Audi Mok dan kini boleh didengarkan di semua pelantar digital.

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-4 PUBG MOBILE KINI DI LEMBAH KLANG

Image
Setelah dua minggu bertemu dengan peminat-peminat PUBG Mobile di Kedah, Pulau Pinang dan Johor, kini giliran warga Kuala Lumpur dan Selangor pula merasakan kehangatan sambutan ulang tahun keempat PUBG Mobile.

BUFET RAMADAN MENARA KL 2022 ‘SAJIAN NOSTALGIA KAMPUNGKU’

Image
  Menyedari keistimewaan bulan Ramadan Al-Mubarak 1443 Hijrah yang bakal tiba tidak lama lagi, Menara Kuala Lumpur tahun ini kembali mengadakan Bufet Ramadan dengan konsep ‘Sajian Nostalgia Kampungku’ yang akan bermula pada 4hb hingga 24hb April 2022, dari jam 6.00 petang hingga 9.30 malam di Dewan Bankuet Megaview, TH03, Menara Kuala Lumpur. 

PROGRAM ISTANA BUDAYA 2022 BAKAL HANGATKAN SEMULA PENTAS SENI

Image
  Program Istana Budaya 2022 telah dilancarkan dengan rasmi oleh YB. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bertempat di Lambang Sari, bangunan panggung Istana Budaya baru-baru ini.

SELAMAT MERAIKAN BULAN RAMADAN & HARI RAYA AIDIL FITRI

Image
 

KUASA BERTEMU GAYA - BESPOKE JET™ KINI DI PASARAN MALAYSIA

Image
Samsung Malaysia Electronics hari ini mengumumkan ketibaan Bespoke Jet™ di Malaysia, pembersih hampagas tanpa wayar dengan Clean Station™ semua-dalam-satu yang memberikan prestasi pembersihan yang bersih sehingga 99.999% dengan sistem penapisannya pelbagai lapis yang efisien. Penuh dengan inovasi, Bespoke Jet™ juga mendapat pengiktirafan sebagai penerima penghormatan di Anugerah Inovasi CES 2021. “Kami berasa sangat teruja ketika kami mengumumkan pengembangan barisan Samsung Bespoke dengan Bespoke Jet™ di CES 2022 pada Januari lalu,” kata Edward Han, Presiden Samsung Malaysia Elektronik. “Kebersihan yang baik amatlah penting dan pembersih hampagas adalah alat yang perlu ada dalam mana-mana isi rumah untuk membantu dalam melakukan rutin pembersihan mereka. Bespoke Jet™ ialah penjelmaan sempurna jenama Samsung Bespoke dan kini, rakyat Malaysia boleh menikmati peranti yang bukan sahaja berkuasa tetapi juga boleh dipadankan dengan reka bentuk dalaman kediaman mereka.” Prestasi Pembersihan

EKSKLUSIF: GERAI CIK NORLIA - DARI GERAI KE PERNIAGAAN ONLINE

Image
Gerai Cik Norlia di Medan Selera di Seksyen 14, Petaling  Boleh ceritakan serba sedikit mengenai diri anda dan apakah yang menyebabkan anda mengambil alih perniagaan keluarga? Nama saya Norziana Binti Ahmad dan berumur 46 tahun. Saya berasal dari Petaling Jaya, Selangor dan mempunyai enam orang cahaya mata. Saya mengambil alih perniagaan keluarga daripada ibu saya, Semelia Binti Mohd Isa selepas dia bersara. Salah satu sebab utama saya mengambil keputusan untuk mengambil alih perniagaan keluarga adalah kerana ia merupakan sumber pendapatan utama saya. Pada masa itu, kami telah pun mempunyai pelanggan setia dan kami melihat perniagaan ini berpotensi besar untuk terus berkembang. Saya juga melihat ini sebagai satu peluang terbaik untuk mendalami dengan lebih lanjut mengenai perniagaan F&B dan menjadikan diri saya sebagai seorang usahawan wanita. Siapakah yang memulakan perniagaan ini dan bila (tahun)? Boleh anda ceritakan lebih lanjut bagaimana ia bermula? Perniagaan ini bermula pada

KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI RAIH RM 1 JUTA DALAM 6 HARI

Image
Filem sentuhan terakhir Allayarham Mamat Khalid yang disempurnakan oleh pengarah Amen Khalid telah berjaya meraih kutipan RM 1 juta dalam tempoh 6 hari menerusi tayangan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First. Filem komedi seram yang menemui penonton sejak 3 Mac lalu turut menerima reaksi positif daripada penonton yang berkongsi pendapat di ruang platform media sosial, antaranya memuji bakat Amen Khalid dalam mengarahkan filem ini.

FOODPANDA FOR BUSINESS DILANCAR BAGI PELANGGAN KORPORAT

Image
foodpanda Malaysia baru-baru ini mengumumkan pelancaran foodpanda for Business, yang merupakan perkhidmatan eksklusif untuk pelanggan korporat, yang membolehkan elaun pekerja, memberi akses kepada katering, diskaun eksklusif, e-baucar serta pakej pekerja yang boleh disesuaikan, dan juga langganan pandapro. Semuanya akan disokong oleh pengurus akaun dan pasukan perkhidmatan pelanggan yang berdedikasi setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

SHARP MALAYSIA BAWAKAN PRODUK GAYA HIDUP NORMA BAHARU

Image
Mr. Lin, Mr. Ting, Mr. Vic, dan Mr. Tok memperkenalkan rangkaian produk Norma Baharu di Onking, Taipan USJ. Kini Malaysia beralih ke fasa endemik, gaya hidup dan tabiat rakyat Malaysia dijangka berubah secara beransur-ansur untuk menyesuaikan diri dengan normal baharu - mungkin bagi sesetengah orang tidak lagi 'baharu'. 

MIZIE TAMPILKAN CAT FARISH DALAM SINGLE KEDUA - PADAMU

Image
  Setelah setahun single pertama Mizie Kamis Ada Kamu dikeluarkan, sekali lagi Mizie terus melangkah dengan Single kedua “PadaMu”. 

SASI THE DON MUNCUL KEMBALI DENGAN ‘COME FOLLOW ME’

Image
  Sasi The Don, ikon muzik Reggae Malaysia, telah mengeluarkan lagu yang amat dinanti-nantikan secara kolaborasi dengan penerbit dan jurutera bunyi terunggul Sweden yang bertajuk ‘Come Follow Me’, dari ruang kediamannya.

MADAM TAMPILKAN KELAINAN DALAM SINGLE BAHARU 'NONA'

Image
Band rock pertama Rocketfuel Entertainment, MADAM, yang dianggotai empat pemuzik muda penuh bakat, Putera (vokalis), Azuan (pemain bass), Herman (pemain dram) dan Fadhil (gitaris) kembali merancakkan persada industri muzik tempatan dengan kelahiran single terbaharu mereka berjudul ‘Nona’. Istimewanya pada kali ini, lagu tersebut dihasilkan sepenuhnya oleh mereka sendiri.