#SAKSAMABERSAMA DAN HIDUP DENGAN LEBIH YAKIN


Pada 8 Mac 2022, kita telah meraikan Hari Wanita Sedunia untuk menghargai and mengiktiraf pencapaian wanita sambil menuju ke arah kesaksamaan jantina. 

Walaupun hari istimewa ini hanya disambut sehari sahaja, usaha perjuangan kesaksamaan jantina perlu diteruskan. Kita bertanggungjawab untuk memberi peluang yang sama kepada setiap individu, biar kaum wanita atau lelaki untuk berjaya dalam kehidupan.

Sejak dahulu lagi, wanita Malaysia telah memainkan peranan penting dalam usaha pembangunan negara di sektor masyarakat awam, pendidikan, perniagaan dan sukan.

Datin Paduka Mother A Mangalam S. Iyaswamy yang mengasaskan Pure Life Society pada tahun 1948 membawa perhatian isu kebajikan anak-anak yatim manakala Datuk Ramani Gurusamy telah memperjuangkan hak wanita sejak tahun 1960-an. Tidak lupa juga Dato Pandelela Rinong Pamg yang telah berjaya membawa Malaysia ke persada dunia. Pencapaian tokoh-tokoh wanita ini hanyalah sebahagian daripada pencapaian golongan wanita Malaysia yang begitu menginsipirasikan.

Selaras dengan tema IWD tahun ini iaitu #SaksamaBersama, Puan Ng Sim Kheng, Ketua Pegawai Kewangan Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) berkata, “Sebagai wanita, kitalah yang bertanggungjawab ke atas diri sendiri untuk memperkasakan diri. Kita mampu mengawal pemikiran dan aspirasi diri serta merealisasikan impian yang ingin dicapai. Kita juga perlu kekal gigih dan berdaya tahan dalam perjuangan #SaksamaBersama.”

Puan Ng Sim Kheng, Ketua Pegawai Kewangan Prudential Assurance Malaysia Berhad

Marilah kita bersama-sama memperkasa diri sendiri demi kehidupan yang penuh keyakinan!

Berikutnya ialah cara-cara untuk kita membina versi diri yang lebih baik dan yakin!

Berani mengejar impian

Setiap orang boleh mempunyai impian, baik wanita mahupun lelaki. Persoalannya adakah kita berani untuk mengejar impian itu. Mengejar impian dengan penuh semangat mencipta tenaga positif yang seterusnya untuk membawa kebahagiaan dan kehidupan yang lebih sihat.

Kita perlu merealisasikan impian dengan bertindak mengikut niat. Kita mesti berani dalam tindakan kita dan kekal berani dalam mengejar matlamat tanpa berputus asa lagi-lagilah apabila terpaksa menempuh cabaran.

Dalam usaha kita merealisasikan impian, kita mungkin dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk mencapai kejayaan dan semakin kita mengelilingi diri dengan orang yang bersifat positif, semakin jauh kita akan maju.

Bina kekuatan

Senaman yang kerap boleh meningkatkan tahap tenaga seseorang. Selain daripada diet yang baik dan masa tidur yang cukup, tahap aktiviti fizikal yang cukup turut meningkatkan tenaga dan meminimumkan keletihan sepanjang hari. Senaman juga dikenal sebagai sejenis penyembuh yang kuat.

Tabiat seperti kerap bersenam dan pengambilan pemakanan seimbang membantu kita rasa lagi sihat dan kuat sementara meningkatkan keyakinan diri.

Aplikasi mudah alih seperti Pulse by Prudential - aplikasi kesihatan dan kewangan yang dikuasakan AI yang percuma untuk dimuat turun dilengkapi dengan fungsi kesihatan yang merangkumi khidmat rundingan doktor dalam talian, pemeriksaan kesihatan dan pemeriksa simptom yang amat berguna untuk menjaga kesihatan anda – ia memudahkan anda mencapai matlamat kecergasan.

Mencapai kebebasan kewangan

Bak kata Warren Buffet, “Jika anda tidak jumpa cara untuk menghasilkan pendapatan semasa anda tidur, anda akan bekerja sampai mati.”

Ini bermakna semakin awal anda menabung dan melabur duit simpanan, lebih besar jumlah simpanan yang akan dilaburkan. Sebagai contoh, jika RM10 disimpan setiap tahun sejak umur 10 tahun, simpanan yang dilaburkan pada umur 65 tahun akan menjadi lebih kurang 5 kali ganda (dengan andaian 5% pulangan setiap tahun) daripada simpanan tersebut. Walau bagaimanapun, jika RM 10 disimpan setiap tahun sejak umur 30 tahun, simpanan yang dilaburkan pada umur 65 tahun akan menjadi 2 - 3 kali ganda (sekali lagi mengandaikan 5% pulangan setiap tahun) daripada simpanan.

Rahsia kejayaan penabungan dan pelaburan ialah kuasa faedah kompaun: faedah yang anda perolehi daripada faedah yang diterima terdahulu, wang yang anda hasilkan semasa anda tidur.

Tambahan itu, kehidupan tidak dapat diramalkan. Inilah masa insurans boleh membantu untuk membiayai bil perubatan atau kos pemulihan daripada penyakit kritikal atau mengurangkan beban kewangan anda dan keluarga anda sekiranya perkara yang tidak dijangka berlaku.

“Dalam persoalan kewangan peribadi, setiap wanita perlu merancang dan mengambil berat akan tahap kesihatan kewangan masing-masing. Keperluan kita berubah mengikut masa dimana setiap peringkat kehidupan membawa keutamaan yang berbeza. Oleh itu, kita perlu sentiasa mengambil ilmu pengurusan kewangan untuk memahami pilihan perlindungan yang sedia ada supaya kita boleh membuat keputusan termaklum untuk melindungi diri. Kita perlu ingatkan bahawa kebebasan kewangan adalah penting kerana ia adalah salah satu elemen terpenting yang memperkasakan wanita untuk hidup dengan lebih yakin,” kata Puan Ng.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING