Boost, peneraju fintech (teknologi kewangan) serantau, terus meluaskan penyelesaian PayLater patuh Shariah, Boost PayFlex TM, kepada semua transaksi dalam aplikasi, di samping pembayaran kod QR. Menerusi penyelesaian inovatif ini, pengguna dengan akaun Premium Wallet di aplikasi Boost yang telah dipra-skor, boleh menikmati akses lebih meluas kepada saluran kredit terkawal patuh Shariah. Saluran kredit tersebut boleh digunakan untuk melanjutkan tempoh pembayaran menjadi ansuran sehingga 3 bulan di lebih 1.8 juta peniaga DuitNow QR di Malaysia. Ia juga boleh digunakan untuk menambah baki eDompet, yang akan membolehkan pilihan PayLater bagi segala transaksi dalam aplikasi Boost, termasuk pengurusan bil, beli-belah dalam talian, penghantaran makanan, dan lain-lain. Sebagai peneraju fintech yang dikawal selia, Boost memastikan kemudahan kreditnya ditawarkan secara bertanggungjawab, dengan memperibadikan saluran kredit berdasarkan penilaian kemampuan setiap pengguna. Selain itu,...