RAIKAN TAHUN NAGA DENGAN MARRYBROWN EGG-STRA ONG!


Marrybrown, rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar, memberi impak dengan ‘sesuatu yang berbeza’ untuk Tahun Naga! Hidangan Marrybrown Egg-stra Ong kembali memukau peminat dengan limpahan sos telur masin yang berkrim. Hidangan promosi kali ini memperkenalkan makanan laut bagi menyemarakkan lagi kemeriahan musim perayaan ini.

Menu terbaru yang ditawarkan dalam tempoh masa terhad ini, dihidangkan dengan Egg-stra Ong Shrimp Burger, Pai Nanas, Money Bag dan Pineapple Ong Fizz. Menu ini telah dicipta khas untuk memenuhi cita rasa peminat Memang Best MB untuk pengalaman pemakanan yang berbeza.

Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown berkata, “Sempena musim perayaan yang istimewa ini, sememangnya pelanggan kami sudah menantikan kembalinya menu Marrybrown Egg-stra Ong. Selain daripada ayam rangup MB, kami turut menawarkan pilihan makanan laut yang disempurnakan dengan perisa umami sos telur masin yang pasti memikat selera.”

Menu unik kali ini adalah Kombo Egg-stra Ong Shrimp Burger dengan udang rangup yang dilimpahi sos Egg-stra Ong lalu dilengkapkan dengan roti ban gebu berperisa butterscotch, bermula harga dari RM18.80. Untuk penggemar ayam rangup istimewa Marrybrown, Kombo Egg-stra Ong Chicken boleh didapati pada harga dari RM21.80. Setiap hidangan kombo disertakan dengan Pineapple Ong Fizz dan kentang goreng.

Bagi mereka yang inginkan snek atau pembuka selera, Egg-stra Ong Seafood Platter pilihan yang bijak. Bermula harga dari RM22.80, menu ini dihidangkan dengan kentang goreng, nugget ikan, udang goreng rangup, dan Money Bag berisi kuah kari. Egg-stra Ong Box Meal pula menu yang lengkap dengan Egg-stra Ong Chicken, Egg-stra Ong Shrimp Burger, 2 ketul Money Bag, dan segelas Pineapple Ong Fizz. Tambah Ong lagi dengan Pai Nanas, dengan harga dari RM4.50.

“Kami berharap dengan hidangan promosi Marrybrown ini, ia dapat menyempurnakan lagi sajian bersama keluarga dan juga yang tersayang. Justeru dengan hidangan ini, ia dapat memikat selera dan menciptakan kemeriahan, kegembiraan, kesihatan dan kemakmuran sempena Tahun Baru Cina,” kata Daniel.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, Apl MB, promosi, dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Instagram: Marrybrownmyc
TikTok: Marrybrownmy
Threads: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!