Kat Malaysia ni mana nak cari tempat Resistance dan First Order boleh minum dan lepak bersama? Merasa kelazatan hidangan Porg Soup? Sambil itu boleh cuba menerbangkan X-Wing? Pengalaman yang tidak boleh dilupakan hanya boleh didapati dipawagam TGV Sunway Velocity. Lightspeed Lounge telah direka khas sempena menyambut Tayangan Perdana “Star Wars: The Last Jedi” membawakan konsep Canto Bight, sebuah planet untuk golongan kaya dan ternama untuk bersuka ria seperti yang dilihat dalam filem tersebut. Ahli MovieClub TGV Cinemas, yang terpilih, rakan niaga, tetamu VIP, media dan selebiriti disambut di pintu masuk oleh penjahat dari Galactic Empire dan sinaran Lightsaber, Setelah memasuki pintu gerebang ke Lightspeed Lounge, anda akan dapat melihat pameran koleksi props, kostum dan barangan dari filem-filem Star Wars. Makanan menyelerakan yang disediakan oleh INDULGE mempunyai nama yang diilhamkan oleh Star Wars berbentuk hidangan bufet all-you-can-eat dengan minuman mo...