SAMBUTAN KRISMAS & TAHUN BARU @ BEST WESTERN PJ

Best Western Petaling Jaya mengalu-alukan kedatangan Hari Krismas dan Tahun Baru 2018 dengan menampilkan menu bufet baru dan program amal di mana, dengan setiap pembelian bufet dan makan malam koktel, RM2 akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang terpilih.

Christmas Eve Buffet Dinner berharga RM88 nett untuk dewasa dan RM44 nett untuk kanak-kanak berumur 5 – 12 tahun, dihidangkan di Kembali Kitchen Restaurant pada 24 Dec 2017, yang terletak di Tingkat 6, mulai 6.30petang.

Pelbagai hidangan yang lazat dari menu antarabangsa dan tempatan boleh dinikmati bersama keluarga dan rakan taulan.
“Kami menjanjikan menu bufet yang istimewa untuk memenuhi kehendak para pelanggan kami”, kata Chef Amin.
Makan malam turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk cabutan bertuah dan permainan dengan hadiah-hadiah menarik, persembahan busker, penampilan Santa Claus dan banyak lagi.

Sambutlah ambang 2018 pada 31 Disember ini dengan Best Western sambil menikmati pemandangan Petaling Jaya yang indah dari SkyZ Dine & Bar. Terletak di aras bumbung, majlis New Year Countdown dan Cocktail Dinner berharga RM78 nett untuk dewasa dan RM39 nett untuk kanak-kanak berusia 5-12 tahun.
Majlis countdown mempunyai tema “Glitz & Glamour” dan bakal dimeriahkan dengan cabutan bertuah, permainan dan persembahan band secara live. Antara juadah yang bakal disajikan di bufet Chrismas Eve dan New Year Cocktail Dinner adalah….
![]() |
Yuletide Log |
![]() |
Christmas Fruit Cake |
![]() |
Oven Roasted Seabass with Green and Red Capsicum Cream Sauce |
![]() |
Stuffed Chicken Breast with Fruit Sauce |
![]() |
Medallions of Beef with Balsamic Sauce |
![]() |
Shepherd Pie |
![]() |
Seafood Paella |
![]() |
Roasted Turkey with Chestnut Stuffing |
Untuk membuat tempahan atau maklumat lanjut, sila hubungi 019-777 8150 (Mr Murli) atau 019-777 4140 (Ms Prem).
Comments
Post a Comment