Bagi ramai rakyat Malaysia, kebiasaan untuk menikmati snek atau kudapan adalah sebahagian daripada budaya makan kita. Lebih-lebih lagi dengan pelbagai pilihan seperti kuih-muih, biskut, coklat, kerepek, keropok, kekacang, buah-buahan, dan juga banyak variasi minuman. Sesetengah orang mungkin mengambil snek untuk alas perut di antara waktu makan, ada juga yang perlukan snek apabila kurang bertenaga. Satu tinjauan oleh Mondelez International menerusi kempen #JomSnekBijak mendapati 74% rakyat Malaysia menikmati snek untuk menyenangkan hati serta memuaskan selera. ‘Snek dengan lebih bijak’ atau mindful snacking merupakan satu pendekatan positif yang memfokuskan kepada konsep makan dengan bersebab (niat), makan dengan lebih peka (beri perhatian) dan dengan bersederhana. Ia menggalakkan kita untuk bertanya kepada diri sendiri, ‘Apa saya teringin nak makan dan apa sebabnya?’, ‘Tekstur atau rasa apa yang saya idamkan – manis, masin, masam atau lain- lain’, dan ‘Bagaimana perasaan saya selepas