LEADERSHIP EXCELLENCE AWARDS MEMACU KEUSAHAWANAN


Pemimpin dari seluruh dunia berkumpul di Hotel One World, Petaling Jaya, Malaysia untuk meraikan inisiatif kedua Malam Gala Media Des Prix Infinitus Leadership Excellence Awards 2020/2021, di mana lebih daripada 70 anugerah berprestij telah dianugerahkan kepada pemimpin industri, usahawan , perniagaan dan game-changers.

“Kami ingin memperkasakan pemimpin di peringkat antarabangsa untuk hari ini dan masa hadapan dengan mengiktiraf piawaian yang mereka telah tetapkan, prinsip yang mereka bawa dan moto yang mereka pegang dalam industri masing-masing,” komen Encik Hagenz Choo, Pengarah Urusan Des Prix Infinitus Media.

Terdapat lima kategori dalam Leadership Excellence Awards: C-Suite Leadership Excellence Awards, Innovative Leaders of the Year, Passionate Icons of the Year, Community Leaders of the Year dan Emerging Leaders of the Year, di mana pemilihan penerima anugerah adalah berbeza berdasarkan syarat dalam kategori masing-masing.

Sambil menunggu pengumuman anugerah, calon dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Laos, Kemboja, Brunei, Filipina, Myanmar, dan Indonesia terlibat dalam perbincangan yang menarik. Leadership Excellence Awards ialah platform yang menawarkan peluang untuk mempromosikan dialog merentas industri dan mencetuskan usaha niaga di kalangan individu penting di kalangan pemimpin-pemimpin, sama ada di dalam Malaysia atau di platform antarabangsa.

Proses pemilihan bagi setiap penerima anugerah dikawal selia oleh satu set prosedur komprehensif yang melibatkan kemapanan perniagaan, rekod prestasi yang terbukti, pembangunan perniagaan, keputusan yang inovatif dan tidak konvensional, dan pembangunan komuniti adalah di antara piawaian lain.

“Dengan pembukaan ekonomi Malaysia dan dalam fasa pemulihan, kami mahu menggalakkan dan memotivasikan lebih ramai perniagaan dan usahawan untuk kekal positif dalam tempoh ini. Oleh itu, kami amat berbangga kerana Des Prix Infinitus Media telah kekal sebagai badan akreditasi bebas yang menyokong Projek Penggerak Ekonomi (EPP-NKEA).” komen Tan Sri Dato Profesor Joseph Adaikalam, Pengerusi Eksekutif Universiti Binary.

Des Prix Infinitus Media Leadership Excellence Awards memberi tumpuan kepada pengiktirafan pertumbuhan, pembangunan dan pencapaian pemimpin perdagangan dan industri di seluruh dunia. Ia berfungsi sebagai platform yang memberi pengiktirafan kepada pemimpin-pemimpin yang telah membentuk dan membangunkan industri dengan sumbangan usaha yang tidak dapat dipertikaikan.

"Kami yakin bahawa anugerah ini akan menyemarakkan semangat para pemimpin dan usahawan untuk mencapai ke peringkat yang lebih tinggi pada tahun-tahun yang akan datang, sambil meletakkan Malaysia dalam perhatian antarabangsa," tambah Encik Choo.

Dengan Malaysia menerajui inisiatif ini di peringkat antarabangsa, Leadership Excellence Awards ditetapkan untuk melihat lebih banyak penyertaan dari negara-negara lain pada tahun-tahun akan datang.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.dpimedia.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA