Posts

Showing posts from June, 2024

VGRAINS MENGATASI HALANGAN PEMBANGUNAN KOGNITIF MODEN DENGAN FORMULA YANG DIPERBAHARU

Image
GoodMorning Global Group Holdings Berhad, peneraju bioteknologi yang beroperasi selama 16 tahun di Malaysia, hari ini melancarkan versi baharu VGrains dengan formula yang dipertingkatkan untuk mengatasi cabaran pembangunan kognitif generasi baru kanak-kanak dan remaja yang dikenali sebagai ‘Digital Natives’. 

PERDANA MENTERI LANCARKAN PROJEK SISTEM KERETA KABEL BUKIT BENDERA

Image
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim merasmikan projek Kereta Kabel Bukit Bendera hari ini dalam satu majlis pecah tanah. Acara ini menandakan langkah penting dalam usaha negeri untuk meningkatkan infrastruktur pelancongan Pulau Pinang, memperbaiki ketersambungan dan akses ke Bukit Bendera, di samping mengubah destinasi bersejarah itu menjadi destinasi yang wajib dikunjungi.

KEDAI DJI | HASSELBLAD EXPERIENCE YANG PERTAMA DI MALAYSIA KINI DIBUKA DI SURIA KLCC

Image
DJI, peneraju global dalam teknologi dron dan kamera, dan Hasselblad, pengeluar kamera Sweden yang terkenal dengan kamera format sederhana berkualiti tinggi dan reka bentuk ikoniknya, dengan bangga mengumumkan pembukaan rasmi kedai DJI | Hasselblad Experience yang pertama di Malaysia. Kedai ini menawarkan pelbagai barisan produk yang lengkap sambil menikmati galeri karya terulung Hasselblad.

VIETJET RAIH KEDUDUKAN TINGGI DALAM SENARAI 50 SYARIKAT TERBAIK DI VIETNAM

Image
Vietjet telah meraih kedudukan utama dalam senarai tahunan 50 Syarikat Tersenarai Teratas di Vietnam oleh majalah Forbes Vietnam, yang menampilkan firma perniagaan terkemuka dari pelbagai sektor di bursa saham negara tersebut.

THE HIDDEN PLATE: PENGALAMAN OMAKASE EKSKLUSIF OLEH GRAND HYATT KUALA LUMPUR

Image
Buat pertama kalinya, Grand Hyatt Kuala Lumpur dengan bangganya memperkenalkan “The Hidden Plate: Pengalaman Omakase Eksklusif”, kerjasama dengan Sushi Azabu, restoran Jepun yang berprestij dan meraih Bintang Michelin. Terletak di dalam hotel itu tersendiri, The Hidden Plate menawarkan pengalaman makan malam Omakase yang eksklusif di ruang pop-up rahsia di Tingkat 5 dan dikelilingi oleh tanaman hidroponik dari Cultiveat, jenama pertama yang memperkenalkan pertanian tepat yang mampan di Malaysia, memberikan pengalaman kulinari yang tersendiri dan menarik.

INDONESIAN MUSIC FESTIVAL BAKAL SATUKAN KOTAK, IFAN SEVENTEEN DAN MARCELLO TAHITOE DI AXIATA ARENA OGOS INI

Image
Peminat kumpulan Kotak, Ifan Seventeen dan Marcello Tahitoe pasti mahu menonton persembahan mereka secara langsung. Untuk memenuhi permintaan anda, UnUsUaL Entertainment selaku penganjur akan membawa mereka ke Malaysia bagi menjayakan Indonesian Music Festival yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2024 (Sabtu) dan bermula pada jam 7 malam. 

LISA PERLIHAT KEMAMPUAN MENGGABUNGKAN SENI RAP DENGAN VOKAL BERTENAGA DALAM “ROCKSTAR”

Image
Bintang rap, penyanyi, penari dan ikon gaya terkenal dunia, LISA (Lalisa Manobal), mengeluarkan single terbaharu beliau, berjudul “Rockstar,” melalui LLOUD Co./RCA Records. Dengarkan “Rockstar'' di sini . “Rockstar” memperlihatkan kemampuan LISA yang mampu menggabungkan seni rap yang lancar dan vokal pop bertenaga, terutamanya saat dia menyanyikan lirik, “Gold teeth sitting on the dash she a rockstar. Make your favorite singer wanna rap baby lala.” Gambar Ihsan: Jack Bridgland

TOURISM MALAYSIA LANCAR PAKEJ AGROPELANCONGAN DURIAN TOURISM 2024/2025

Image
Dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan negara, Tourism Malaysia hari ini melancarkan sebanyak 62 pakej agropelancongan Durian Tourism 2024/2025 bagi memeriahkan serta mempromosikan musim durian di Malaysia menerusi kerjasama dengan 27 pengendali pelancongan tempatan. 

MERINTIS SOKONGAN IMUNITI UNTUK KANAK-KANAK YANG LAHIR MELALUI PEMBEDAHAN CAESAREAN DENGAN APTAMIL KID C-SYNB

Image
Danone, syarikat makanan terkemuka dan juga antara syarikat tenusu terbesar di dunia hari ini melancarkan APTAMIL TM  KID C-SYNB, iaitu formula susu tumbesaran inovatif yang direka khusus untuk menyokong keperluan pemakanan kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas yang dilahirkan melalui pembedahan Caesarean (C-section). Dari kiri: Ms. Yee Pek Kuan, Marketing Director of Danone Malaysia & Singapore; Koh Kok Meng, Country Manager of Danone Malaysia & Singapore; and Ms. Angie Low, Danone’s SEA Medical & Nutritional Science Director. 

SITKOM “APARTMEN PUTRA” MUSIM BAHARU LEBIH MENCUIT HATI

Image
Menjanjikan wajah baharu yang lebih segar dalam sketsa yang dipersembahkan di samping mengetengahkan isu-isu semasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita, sitkom terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), “Apartmen Putra” bakal kembali mencuit hati penonton setia RTM mulai penghujung tahun ini.

SUNWAY SANCTUARY RAI ULANG TAHUN PERTAMA, MENGUNGGULI PENUAAN AKTIF DI MALAYSIA

Image
Sunway Sanctuary, sebuah komuniti rumah penjagaan warga emas terulung di Malaysia, hari ini meraikan ulang tahun pertamanya sekaligus mengetengahkan misi mereka dalam menggalakkan penuaan aktif dan mentakrifkan semula kehidupan persaraan. Selama setahun, Sunway Sanctuary telah menjadi pelopor kepada kehidupan persaraan berorientasikan gaya hidup bagi golongan Gen X di Malaysia yang semakin meningkat.  Dari kiri - Vivien Lim (Director of Sales & Marketing – Sunway Sanctuary), Dr Khoo Chow Huat (Managing Director of Hospital & Healthcare Operations – Sunway Healthcare Group) Dato’ Lau Beng Long (President – Sunway Healthcare Group), Mr Leonard Theng (General Manager – Sunway Sanctuary)

POS MALAYSIA MENYAMPAIKAN KETERUJAAN DENGAN MEMPERKENALKAN LARIAN KOMUNITI 'JOM LAJU FOR FUN!'

Image
Pos Malaysia Berhad ("Pos Malaysia"), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, memperkenalkan acara larian yang pertama, 'Pos Malaysia Run 2024'. Larian keseronokan tahunan ini memberi tumpuan kepada pembinaan komuniti dan menggalakkan gaya hidup yang sihat melalui inisiatif hijau. Acara julung kali ini dengan tagline 'Jom Laju For Fun!', menawarkan peluang kepada peserta untuk menikmati larian meriah bersama keluarga dan rakan-rakan sambil melakukan aktiviti menarik di sepanjang laluan.

ENCORE MELAKA MENGUMUMKAN MUSIM BAHARU YANG LEBIH HEBAT DAN MEMUKAU

Image
ENCORE MELAKA dengan rasminya mengumumkan bahawa persembahan yang dinantikan, ENCORE MELAKA, akan dibuka semula pada 7 Julai 2024, di sebuah sidang media yang diadakan di teaternya. 

CUSTOMS FRONTLINE MENGGANDINGKAN PELAKON HEBAT HONG KONG - JACKY CHEUNG, NICHOLAS TSE & KARENA LAM

Image
Menerima sambutan hangat dan pujian saat ditayangkan pada 26th Far East Film Festival di Udine, Itali, Mei lalu sebelum meledak di pawagam Hong Kong, Customs Frontline siap memukau penonton di Malaysia bermula 5 Julai 2024. 

CANON MENINGKATKAN KESEDARAN LAUT MELALUI BENGKEL FOTOGRAFI DAN PAMERAN YANG MENARIK

Image
Sempena sambutan Hari Lautan Sedunia 2024, Canon Marketing Malaysia (“Canon”) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Marin Borneo (“BMRI”), Universiti Malaysia Sabah (“UMS”) telah menganjurkan sebuah program istimewa: bengkel dan pameran "Exploring Ocean Awareness Through Photography" yang dipimpin oleh jurufoto dasar laut terkenal dan EOS Master Canon, Ipah Uid Lynn. Inisiatif penuh bermakna ini diadakan bukan sahaja untuk memberi inspirasi, malah turut memperkasakan para peserta, dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pemuliharaan lautan. Dari Kiri ke Kanan: Pengarah BMRI, Profesor Madya Dr. Ching Fui Fui; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS, Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly; Ketua Cawangan Kota Kinabalu , Canon Marketing Malaysia, Calvin Liew; Naib Canselor UMS, Professor Datuk Dr. Kasim Md Mansur; EOS Master Canon, Ipah Uid Lynn; dan Pengerusi Ocean Celebration 2024 BMRI, Dr. Hairul Masrini Muhamad pada pelancaran Ocean Celebration 

SPLASH OUT LANGKAWI DIANUGERAHKAN PENARAFAN EMAS OLEH MALAYSIA TOURISM QUALITY ASSURANCE (MYTQA)

Image
Splash Out Langkawi, destinasi taman tema air terkemuka di Kuah, Langkawi, dianugerahkan penarafan Emas Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) yang berprestij oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). 

LAZADA MENJADI RAKAN KONGSI EDAGANG ASIA TENGGARA PERTAMA UEFA EURO 2024™

Image
Lazada, platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara, mengumumkan perkongsian rasminya dengan UEFA EURO 2024™, yang menjadikannya rakan kongsi eDagang Asia Tenggara yang pertama bagi acara bola sepak yang paling dinanti-nantikan dan akan berlangsung di Jerman pada musim panas tahun ini. Perkongsian eksklusif ini merupakan sebahagian daripada perjanjian sedia ada yang dimiliki oleh platform eDagang B2C AliExpress bersama UEFA EURO 2024™.

SYIOKNYA BELI & MENANG: SUNGEI WANG PLAZA TAWAR HADIAH BERNILAI SEHINGGA RM50,000 UNTUK DIMENANGI!

Image
Kempen Syioknya Beli & Menang Sungei Wang Plaza memberikan lebih ganjaran apabila anda membeli-belah bersama kami! Dari sekarang sehingga 23 Ogos 2024, para pembeli layak menyertai kedua-dua Cabutan Bertuah Mingguan dan Utama dengan perbelanjaan minimum RM88 (maksimum DUA (2) resit), di mana-mana kedai runcit di dalam pusat beli-belah ini. 

KOLABORASI ALIF SATAR DAN DURIOO+ UNTUK MEMBAWA MAKNA SURAH AL-FATIHAH KEPADA KANAK-KANAK

Image
Dalam usaha untuk mendekatkan kanak-kanak dengan Al-Quran, penyanyi terkenal Alif Satar telah berkolaborasi bersama dengan platform penstriman selamat, Durioo+ untuk penghasilan video lagu animasi berjudul ‘Al-Fatihah’. Lagu ini dihasilkan melalui siri animasi teater muzikal islamik ‘Durioo SHOWTIME!’ khusus untuk membantu kanak-kanak memahami makna di sebalik surah Al-Fatihah dengan cara yang menarik dan mudah difahami.

KOPIKO PERKENAL KOPI CREAMY SEDAP WANGI - KOPIKO CREAMY LATTE

Image
Menyusuli kejayaan pelancaran Kopiko Macchiato - Kopi Pekat Tak Manis Sangat - tahun lalu, Kopiko kini memperkenalkan satu lagi inovasi terbaharunya, Kopiko Creamy Latte. Minuman kopi baharu ini mempunyai tekstur yang berkrim dengan aroma yang harum, selaras dengan tagline-nya, Kopi Creamy Sedap Wangi, satu-satunya kopi latte berkrim asli.

FINALIS DEWI REMAJA, ADRIANA GHAFAR MELANCARKAN KOLEKSI PUISI SULUNG “EVERYTHING IN BETWEEN”, BEKERJASAMA DENGAN WOMEN OF WILL

Image
Adriana Ghafar, personaliti Malaysia yang semakin dikenali ramai dan naib juara pencarian Dewi Remaja 2019 telah melancarkan koleksi puisi sulungnya yang ditunggu-tunggu, “Everything In Between”, hari ini. Berlangsung di The Grey Box, Kuala Lumpur, acara itu menarik tetamu yang terdiri daripada penggiat sastera, peminat, dan rakan-rakan serta ahli keluarga Adriana.

SAMBUTAN PERTENGAHAN TAHUN ESLITE SPECTRUM 2024 - ESLITE GĀ LÁ BERMULA 12 JUN!

Image
Sambutan Pertengahan Tahun eslite spectrum tahun ini dimeriahkan lagi dengan visual menarik hasil kreativit ilustrator "Circus Of Life," Wednesday Lee. Mengetengahkan gabungan warna-warna cerah dan ekspresi emosi yang nyata, hasil karya seni Lee yang dipetik daripada buku bergambarnya diinterpretasikan ke segenap ruang eslite spectrum di Starhill. Ini termasuk cenderahati istimewa edisi terhad dan aktiviti yang diinspirasikan daripada elemen penuh magis karyanya yang menjadi tema sambutan kali ini.

TV ALHIJRAH SAJIKAN PROGRAM ISTIMEWA HAJI DENGAN TEMA PENGORBANAN SUCI PEMBERSIHAN JIWA

Image
Kempen Haji 1445H di stesen TV AlHijrah tahun ini dilancarkan dengan tema Pengorbanan Suci Pembersihan Jiwa. Kempen Haji 1445H yang akan berakhir pada 20 Jun 2024, membawakan kepada penonton 4 program terbaik buat santapan rohani. Program-program tersebut adalah Munajat Arafah, Peristiwa Haji, Assalamualaikum Istimewa Aidiladha dan Quran@114 Istimewa Aidiladha.

AGODA UMUMKAN SENARAI DESTINASI PALING POPULAR DI MALAYSIA DALAM KALANGAN PELANCONG THAI

Image
Menurut platform pelancongan digital Agoda, Kuala Lumpur merupakan destinasi di Malaysia yang mendapat jumlah carian tertinggi dalam kalangan pelancong Thai, diikuti dengan Pulau Pinang, Johor Bahru, Genting Highlands, dan Langkawi dalam senarai lima destinasi yang paling popular.

ULIKE MEMBAWAKAN MASA HADAPAN KECANTIKAN MELALUI PEMBUKAAN KEDAI ‘POP-UP’ DI IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Image
Rentetan kejayaan pelancaran cawangan fizikal pertamanya di SOGO KL, Malaysia, Ulike melancarkan pula kedai ‘pop-up’ yang dinanti-nantikan bertempat di IOI City Mall Putrajaya hari ini. Melalui sokongan padu yang ditunjukkan oleh peminat, Ulike, jenama Peranti Penyingkir Bulu di Rumah Nombor Satu Dunia 2022, dan jenama isi rumah yang dipercayai dalam sektor kecantikan serta penjagaan badan di rumah di seluruh dunia, mengajak peminatnya di Malaysia untuk menyertai mereka dalam membawakan Masa Hadapan Kecantikan di Malaysia menerusi pelbagai promosi mengujakan, sesi mencuba produk, aktiviti menarik dan banyak lagi.

LAYARI PENGEMBARAAN ‘FAIRY-TALE’ DI ‘PICNIC IN THE PARK’ SURIA KLCC

Image
Rasai pengembaraan magis melalui suasana piknik mewah, aktiviti interaktif dan simfoni musikal indah! Kuala Lumpur, 14 Jun 2024 – Destinasi Beli-belah Ikonik Malaysia, Suria KLCC kini kembali dengan aktiviti riadah yang mendapat sambutan hangat dikalangan para pengunjung pada tahun lalu. 

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM

Image
Selepas pelancaran drama bersiri Anggun Mikayla, Viu Malaysia, perkhidmatan penstriman video OTT serantau terkemuka PCCW terus bekerjasama dengan Global Film Station Sdn Bhd menerbitkan drama bersiri terbaru, Bawah Payung Awan. Drama bersiri 30 episod ini merupakan gandingan pertama tiga pelakon Nabila Razali, Ben Amir dan Nelissa Nizam dan akan mula ditayangkan di Viu pada 13 Jun setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.

KAO MELANCARKAN PRODUK PENGHALAU NYAMUK BAHARU, BIORÉ GUARD MOS BLOCK SERUM, DI MALAYSIA

Image
KAO Malaysia hari ini telah mengumumkan pelancaran Bioré GUARD Mos Block Serum baharunya, yang dirumus dengan ‘anti-landing tech’ yang dikhususkan menghalang nyamuk daripada menghinggapi kulit manusia. Pengumuman tersebut bersempena dengan pengembangan projek GUARD OUR FUTURE di peringkat global untuk melindungi pengguna daripada ancaman nyamuk. 

AEDY ASHRAF, SKY ISKANDAR & 90 INDIVIDU DIPILIH PEGANG WATAK DALAM FILEM ‘KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL’

Image
Astro Shaw mengumumkan pemilihan aktor Aedy Ashraf untuk membawakan watak Beja, serta model dan bakat baru Sky Iskandar untuk watak Megat yang akan digandingkan dengan Amir Ahnaf sebagai Kahar, untuk filem prekuel kepada siri fenomena, High Council iaitu KAHAR KAPLA HIGH COUNCIL. Selain itu, dua watak lain turut dipilih menerusi sesi uji bakat adalah Thompson Goh sebagai Li dan Khenobu sebagai Jojo. Majlis pengumuman ini telah berlangsung di LMP, Lumi Tropicana, Petaling Jaya.

MAYBANK ISLAMIC MEMPERKENALKAN PLATFORM DALAM TALIAN MYQURBAN DENGAN TAWARAN ISTIMEWA

Image
Maybank Islamic Berhad melancarkan MyQurban, perkhidmatan kewangan digital yang menawarkan kemudahan di hujung jari untuk menunaikan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha. Ia adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Maybank Islamic untuk menjadikan perkhidmatan pengurusan kekayaan Islamnya lebih mudah diakses dengan mendigitalkan rangkaian produk patuh Shariah hujung ke hujung secara holistik.

VAKSIN DENGGI QDENGA® TAKEDA DILANCARKAN DI MALAYSIA BAGI KEGUNAAN INDIVIDU BERUSIA 4 TAHUN DAN KE ATAS

Image
Takeda Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran Qdenga®, (MAL24026009ACZ & MAL24026010ACZ) (Vaksin Denggi Tetravalent [Live, Attenuated]), untuk pencegahan demam denggi yang disebabkan oleh kesemua empat serotip virus denggi. Qdenga® telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Malaysia berdasarkan data meluas yang menunjukkan keberkesanan, keselamatan dan kualitinya. Vaksin ini adalah bagi individu berusia 4 tahun dan ke atas dan kini boleh didapati di kebanyakan hospital dan klinik swasta di seluruh negara.

HASIF UPIN AKHIRNYA TEMUI CINTA HATINYA DI JAKARTA?

Image
Hasif Upin (33) atau nama sebenar Muhamad Hasif Bin Sharuddin, anak kelahiran Kota Tinggi, Johor yang dikenali dari rancangan "Mikrofon Impian" di Astro Ria dan telah memenangi salah satu episod dalam rancangan tersebut.

BOOST BANK MELANCARKAN APLIKASI BANK DIGITAL ‘EMBEDDED’ DENGAN RASMI KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Image
Boost Bank oleh Axiata dan RHB (Boost Bank), bank digital homegrown dengan kelulusan rasmi daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MOF), hari ini mengumumkan pelancaran aplikasi Boost Bank dengan pengalaman ‘embedded onboarding’ pertama yang kini dibuka untuk kegunaan awam. Satu ciri unik ialah setiap pengguna Premium Wallet sedia ada di aplikasi eDompet Boost kini boleh membuka akaun Boost Bank dengan mudah melalui proses onboarding yang lancer. Ini meletakkan Boost Bank sebagai perintis ‘embedded banking’ yang serasi dan sesuai dengan rutin harian penduduk Malaysia. Aplikasi Boost Bank kini boleh dimuat turun di Apple App Store di sini dan Google Play Store di sini .

PELANCARAN JUALAN MEGA MALAYSIA 2024: MENINGKATKAN PELANCONGAN DAN MERANCAKKAN EKONOMI NEGARA

Image
Tourism Malaysia secara rasminya telah mengumumkan pelancaran Jualan Mega Malaysia 2024, yang mana merupakan satu inisiatif besar bagi mewujudkan aktiviti promosi pelancongan yang berimpak tinggi dengan Mastercard sebagai rakan kerjasama. 

AIRASIA TAWAR 10 JUTA TEMPAT DUDUK PERCUMA* UNTUK DESTINASI MENARIK DI SELURUH RANTAU INI

Image
AirAsia kembali menawarkan kempen Tempat Duduk PERCUMA* dengan 10 juta tempat duduk promosi untuk terus menyokong industri pelancongan dan merangsang pertumbuhan ekonomi di seluruh rantau ini. Kempen ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesalinghubungan dan memperkukuh ekonomi di 130 destinasi pelancongan yang ditawarkan.

SEOUL HOT, SO KOREAN: KEMBARA KE DUNIA PELBAGAI RASA BERSAMA DUBUYO!

Image
Annyeonghaseyo! DubuYo, restoran makanan Korea Halal yang digemari rakyat Malaysia kini kembali dengan menu terbaharu yang bakal menyengat deria rasa, Seoul Hot Ramyeon. Boleh dinikmati di semua cawangan seluruh negara dari 4 Jun hingga 22 September 2024, hidangan baru ini menjanjikan kombinasi rasa lemak berkrim dan pedas yang sangat menarik, membawa para pelanggan menikmati rasa seperti berada di Korea.

SEMANGAT KEJUARAAN: MICROLEAP TAJA PASUKAN SEKOLAH FUGEE UNTUK FAISAL CUP 2024

Image
Dalam satu manifestasi solidariti dan sokongan yang menyentuh hati, microLEAP, platform perintis Malaysia yang menawarkan pembiayaan Peer-to-Peer (P2P) Patuh Syariah dan Konvensional, dengan bangganya mengumumkan tajaan untuk pasukan bola sepak lelaki dan perempuan Sekolah Fugee bagi Faisal Cup 2024 yang akan datang. Tajaan ini meliputi jersi bola sepak, seluar pendek, stokin, but, dan sarung tangan penjaga gol, melengkapi atlet muda ini untuk bersaing pada tahap terbaik mereka.

KUCAIMARS KEMBALI FOBIA DENGAN ‘BUAYA’ MENERUSI “AKU FOBIA”

Image
Kucaimars (26) atau nama sebenar Amirul Husyairi, anak kelahiran negeri sembilan yang dikenali dari Realiti show di Astro (Big stage Season 2/2019) dan berjaya menjadi semifinalist ketika itu. Sebelum ke bigstage, beliau sudah dikenali di social media terutamanya di Instagram - @kucaimars dan Youtube - @kucaimarztv dengan content seperti cover lagu yang kebanyakannya lagu dari Indonesia. Selepas dari realiti show bigstage, beliau telah dilamar oleh Armani Entertainment Group (AEG) untuk menjadi artis dibawah naungan AEG.

"MY HOME IS IN YOUR ARMS" – NASKAH TERBAHARU DAIYAN TRISHA

Image
Selepas kejayaan “Penat” pada tahun 2021, penyanyi, komposer dan penulis lagu Daiyan Trisha, nama yang tidak asing lagi di industri muzik tanah air bakal memukau para peminatnya dengan lagu baharu bertajuk "My Home Is In Your Arms," pada 7 Jun 2024. 

SHOKZ LANCARKAN FON KEPALA OPENFIT AIR YANG RINGAN DAN BERGAYA

Image
Shokz , peneraju fon kepala open ear terkemuka, hari ini melancarkan OpenFit Air, fon kepala jenis open ear tanpa wayar yang ringan dan selesa. OpenFit Air merupakan fon kepala telinga terbuka tanpa wayar generasi terbaharu Shokz selepas OpenFit yang dilancarkan pada 2023. 

DEMAM K-POP MELANDA KEMBALI! ALAMI [HYBE INSIGHT] PAMERAN THE DAYDREAM BELIEVERS :꿈, 마침내 DI MALAYSIA' DARI 1 JULAI HINGGA 1 SEPTEMBER DI KUALA LUMPUR !

Image
Pameran Hybe akhirnya akan tiba ke Malaysia! Promoter tempatan YES TRAVEL & HOLIDAYS dan SAT ENTERTAINMENT, “[HYBE INSIGHT] Pameran The Daydream Believers :꿈, 마침내 di Malaysia" akan berlangsung dari 1 Julai hingga 1 September, dari jam 10 pagi hingga 10 malam, di LaLaport BBCC di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

AGODA: LEBIH RAMAI PELANCONG EROPAH MEMILIH DESTINASI ASIA UNTUK PERCUTIAN MUSIM PANAS MEREKA

Image
Menjelangnya musim panas Eropah, data platform pelancongan digital Agoda mandapati Asia telah menjadi pilihan utama para pelancong antarabangsa dari Eropah. Destinasi di Asia bukan sahaja berada di kedudukan paling popular di luar Eropah, malah popularitinya juga semakin meningkat berbanding dengan tahun lepas, yang mana Agoda telah mencatatkan 52% peningkatan dalam jumlah carian penginapan oleh pelancong Eropah untuk bercuti ke Asia.

SALURAN MALAYSIA4PALESTINE KETENGAH KRISIS KEMANUSIAAN DI PALESTIN

Image
Malaysia4Palestine merupakan saluran sementara selama 24 jam yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin. Saluran ini akan disediakan bermula 12 tengah hari, Sabtu, 25 Mei 2024 hingga 12 tengah hari, Ahad, 26 Mei 2024 di Astro saluran 111, Astro GO dan sooka, juga di Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Klik, tanpa caj tambahan. Kerjasama yang julung kali dilakukan ini menghimpunkan bakat, pempengaruh, pemain industri dan pekerja kemanusiaan dalam bersama-sama memupuk kesedaran tentang perjuangan rakyat Palestin. Saluran Malaysia4Palestine akan menampilkan temubual, persembahan khas dan dokumentari dalam mengetengahkan nasib rakyat Palestin. Sebagai tambahan, saluran ini memberi peluang kepada penonton untuk memberi sumbangan ke tabung rasmi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dengan mengimbas kod QR yang akan disediakan pada skrin. Inisiatif ini mendapat sokongan lebih 100 personaliti tempatan dari dunia filem, TV, berita, muzik, media digital d

ROCHE JALIN KERJASAMA DENGAN PAKAR KESIHATAN UNTUK MEMPERKENALKAN PENJAGAAN DIABETES YANG BOLEH DIMANFAATKAN

Image
Roche Diagnostics Malaysia (Roche) mencatat sejarah pada Hari Jururawat Antarabangsa apabila ia menjalin kerjasama dengan pakar kesihatan untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran diabetes mengenai pengurusan kendiri diabetes menggunakan aplikasi pengurusan diabetes digital.

BOBOIBOY KEMBALI BERAKSI DENGAN ‘BOBOIBOY GALAXY WINDARA’ DI TV9

Image
Siri animasi popular BoBoiBoy mengumumkan akan kembali menghiburkan penonton di kaca televisyen melalui siri terbaharu BoBoiBoy Galaxy Windara. BoBoiBoy yang telah memikat hati jutaan kanak-kanak dan keluarga di seluruh Malaysia, dijadualkan kembali untuk bersiaran di TV9 dengan siri terbaharu, bermula 2 Jun 2024, setiap Ahad, jam 6.30 petang dan boleh strim secara langsung dalam HD melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

RED BULL MALAYSIA BERGANDING TENAGA DENGAN PASUKAN LUMBA PETRONAS SPRINTA YAMAHA UNTUK KEJUARAAN CUB PRIX PETRONAS MAM MALAYSIA 2024

Image
Sebagai sebahagian usaha jenama ini untuk membangunkan bakat di peringkat akar ubi dan meraikan perlumbaan motor, Red Bull Malaysia (Red Bull), jenama minuman tenaga No.1 di negara ini, mengumumkan penajaannya ke atas Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang.

PERJALANAN PEMBUKTIAN CINTA - ANGKAT KISAH BENAR SEORANG HAFIZAH AL-QURAN KENA KAHWIN PAKSA DENGAN LELAKI BERUSIA SUDAH BERISTERI’

Image
Filem-filem yang mengetengahkan unsur-unsur Islamik sebagai tema utama agak jarang dihasilkan oleh kebanyakan pembikin filem. Justeru itu, syarikat produksi dari Indonesia, Film Maker Muslim (FMM Studios) dengan kerjasama PPA Institute dan Pejuang Subuh telah menghasilkan sebuah filem Islamik tentang perkahwinan tanpa rela berjudul Perjalanan Pembuktian Cinta.

I-CARE MARKETING BEKERJASAMA DENGAN GUARDIAN MALAYSIA UNTUK MEMPERKENALKAN KOLEKSI PENJAGAAN RAMBUT PREMIUM JEPUN

Image
i-Care Marketing dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan guardian Malaysia, peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka untuk memperkenalkan koleksi utama rangkaian rawatan dan penjagaan rambut yang dibangunkan dengan teliti untuk menangani pelbagai masalah rambut. 

ZIM ZIM ALA KAZIM - INSPIRASI KISAH BENAR DATO’ USTAZ KAZIM ELIAS TERKENA PENYAKIT MISTERI

Image
Nama Dato’ Usyaz Kazim Elias sememangnya cukup dikenali ramai sebagai seorang pendakwah dan penceramah bebas. Malah, kisah beliau yang pernah berhadapan dengan penyakit misteri turut mendapat liputan pelbagai pihak. 

BERPESTA BERSAMA DISKORIA DENGAN TETAMU UNDANGAN ISTIMEWA SHEILA MAJID

Image
Mendengar namanya sahaja sudah boleh membuat badan bergoyang dan ingin berdansa. Bayangkan bagaimana pula jika grup yang menjadi pelopor muzik disko lokal Indonesia, DISKORIA yang sedang hangat dengan single terkini, Badai Telah Berlalu (bersama Bunga Citra Lestari & Laleilmanino) berada di depan anda lalu mempersembahkan karya mereka secara langsung.