I-CARE MARKETING BEKERJASAMA DENGAN GUARDIAN MALAYSIA UNTUK MEMPERKENALKAN KOLEKSI PENJAGAAN RAMBUT PREMIUM JEPUN
i-Care Marketing dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan guardian Malaysia, peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka untuk memperkenalkan koleksi utama rangkaian rawatan dan penjagaan rambut yang dibangunkan dengan teliti untuk menangani pelbagai masalah rambut.
Kerjasama ini memperkenalkan pilihan rangkaian penjagaan rambut Jepun yang dipilih dengan teliti seperti Ahalo Butter, Ahalo Honey, Fun Azum dan Theratis oleh Mixim ke pasaran Malaysia, menjanjikan pengalaman transformatif untuk penggemar penjagaan rambut di seluruh negara. Sebagai pengedar tunggal rangkaian penjagaan rambut Jepun yang diidamkan ini, i-Care Marketing komited untuk menyediakan pengguna Malaysia akses kepada produk premium yang terkenal dengan ramuan berkualiti serta keberkesanan yang terbukti.
Dengan pasaran penjagaan rambut bersedia untuk pertumbuhan yang ketara dengan jangkaan mencecah 4.1 juta pengguna menjelang 2029 oleh Statistik, i-Care Marketing dan guardian Malaysia berada di barisan hadapan dalam industri yang berkembang pesat ini, bersedia untuk merevolusikan landskap kecantikan Malaysia.
"Pengguna Malaysia semakin arif, mencari produk yang bukan sahaja memberikan hasil tetapi juga sejajar dengan nilai keaslian dan kualiti," kata Brian Tu, Pengarah i-Care Marketing Sdn Bhd.
"Menerusi koleksi utama kami, kami berhasrat untuk memenuhi permintaan ini dengan menawarkan pelbagai rawatan yang diperkaya dengan bahan organik dan berasaskan tumbuhan yang disesuaikan untuk membaiki dan menghidupkan semula rambut yang paling bermasalah."
Diperkaya dengan formula pembaikan organik, Ahalo Butter menghidupkan semula rambut, memulihkan kilauan dan daya hidup semula jadinya. Menegandungi campuran unik minyak botani dan ceramide penting, rawatan ini menyuburkan dan membaiki rambut rosak dari dalam memberikan hasil yang tiada tandingannya.
Menangani punca kerosakan rambut, Ahalo Honey memberikan penyelesaian penghidratan yang komprehensif untuk memerangi kekeringan, kusut dan masalah kerinting. Diperkaya dengan madu manuka organik, jeli diraja dan ekstrak botani, koleksi ini menambah kelembapan dan nutrien, memulihkan rambut untuk tampak segar.
Manakala Fun Azum dibangunkan oleh sekumpulan ahli profesional penjagaan rambut, mencipta semula pengalaman salon dari keselesaan rumah anda. Dengan formula Platinum Ceramide yang inovatif dan ejen pembersihan berasaskan tumbuhan, rangkaian ini menjanjikan rambut berkilau dan dan penjagaan dengan kualiti salun dengan setiap penggunaan.
Direka untuk wanita moden yang sibuk, Theratis oleh Mixim menawarkan penyelesaian penjagaan malam holistik untuk memerangi masalah rambut kusut pagi. Menampilkan syampu pembaikan malam dan rawatan rambut yang mewah, koleksi ini memberikan pengalaman deria, menenangkan rambut dan minda untuk pagi yang lebih segar.
Menzahirkan sokongan bagi kata-kata Tu, Jessica Barnabas, Ketua Penjagaan Peribadi, guardian Malaysia menyatakan keterujaan mengenai kerjasama ini serta mengetengahkan penjajaran nilai dan komitmen guardian untuk menyampaikan kecemerlangan dalam penyelesaian penjagaan rambut. “guardian teruja untuk bekerjasama dengan i-Care Marketing untuk membawa rangkaian ini kepada semua rakyat Malaysia dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penyelesaian penjagaan rambut untuk semua masalah rambut. Rangkaian ini adalah rangkaian jualan terbaik kami dan akan tersedia di 450 cawangan guardian di seluruh negara,” ujar beliau.
Dengan pelancaran koleksi utama ini, i-Care Marketing dan guardian Malaysia menjemput pengguna untuk menemukan kuasa transformatif penjagaan rambut Jepun, menetapkan standard kecemerlangan baharu bagi kecantikan dan penjagaan diri.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.i-care.my/ dan https://guardian.com.my
Comments
Post a Comment