Posts

Showing posts with the label HARTANAH

IJM LAND LANCAR ENLACE SUITES II DI PANTAI SENTRAL PARK

Image
IJM Land Berhad bersama Amona Group hari ini melancarkan Enlace Suites II , blok kediaman baharu di Pantai Sentral Park susulan kejayaan Enlace Suites I yang mencatat kadar jualan 70% sejak pelancarannya tahun lalu, dengan semua unit bukan Bumiputera habis terjual. Majlis Pelancaran Besar Enlace Suites II di Pantai Sentral Park telah disempurnakan oleh Dato’ Tony Ling Thou Lung, Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land Berhad (kedua dari kiri) bersama-sama dengan Rachel Chong, Pengurus Besar Jualan & Pemasaran Kumpulan (ketiga dari kiri), Alvin Lai, Pengurus Kanan Pembangunan Hartanah (pertama dari kiri) dan Daniel Yue, Pengurus Kanan Pemasaran & Jualan Kumpulan. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Dato’ Tony Ling Thou Lung, Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land Berhad, di IJM Land Centre of Excellence (I.C.E.) Gallery. Beliau menegaskan bahawa sambutan terhadap Enlace Suites I membuktikan pembeli kini mencari kediaman yang bukan sahaja strategik dari segi lokasi, tetapi turut menawarka...

MRT CORP & IJM LAND LANCAR THE LINQUE, PENANDA ARAS BAHARU PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT

Image
Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bersama IJM Land Berhad baru-baru ini melancarkan THE LINQUE, pembangunan berorientasikan transit pertama MRT Corp di Lembah Klang yang terus dihubungkan dengan Stesen MRT Cochrane. Dari kiri: Datuk Mohd Zarif Hashim (CEO MRT Corp), Dato' Seri Jana Santhiran Muniayan (Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia), YB Anthony Loke Siew Fook (Menteri Pengangkutan), Tan Sri Dato’ Krishnan Tan (Pengerusi Bukan Eksekutif IJM Corporation Berhad), dan Datuk Tony Ling Thou Lung (CEO IJM Land Berhad) Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook, dengan kehadiran pegawai kanan termasuk Dato’ Seri Jana Santhiran Muniayan, Tan Sri Dato’ Krishnan Tan, Datuk Mohd Zarif Hashim dan Datuk Tony Ling Thou Lung. Projek bernilai GDV RM600 juta ini merangkumi kira-kira 586 unit pangsapuri servis dengan kemudahan runcit serta sambungan terus dari ruang bawah tanah ke concourse MRT – ciri pertama seumpamany...

CONLAY SIGNATURE SUITES OLEH E&O MENAWARKAN KEDIAMAN MEWAH SEDIA DIDUDUKI

Image
Eastern & Oriental Berhad (E&O), dengan kerjasama salah satu pemaju hartanah terkemuka di Jepun, Kumpulan Mitsui Fudosan, telah melancarkan secara rasmi Conlay Signature Suites, fasa kedua dan terakhir pembangunan mercu tanda Conlay.

PACIFIC SENIOR LIVING MEMPERKENALKAN ACACIA: KEDIAMAN PREMIUM DIBANTU DAN BERDIKARI WARGA EMAS YANG SULUNG

Image
  Menjelang 2030, penduduk Malaysia diunjur menjadi masyarakat menua dengan mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas merangkumi 15% daripada jumlah keseluruhan penduduknya. Tambahan pula, dengan gaya hidup generasi muda yang berfokuskan kerjaya, warga emas di Malaysia akan sering menghadapi cabaran yang timbul daripada persepsi ketidakupayaan dan kebergantungan 24 jam mereka. 

SUNWAY HEALTHCARE LANCAR RESIDENSI BERFOKUSKAN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN WARGA EMAS

Image
Sunway Healthcare Group (Sunway Healthcare) akan melancarkan sebuah projek residensi khas untuk warga emas. Projek sulung Sunway Healthcare yang memfokuskan kepada kebajikan, kesihatan dan kesejahtraan warga emas ini dijangka siap pada suku kedua 2023. Projek ini adalah sebahagian daripada usaha Sunway Healthcare dalam memenuhi permintaan tinggi terhadap kediaman warga emas bertaraf eksklusif dan mewah di kawasan sekitar Lembah Kelang.

MASTERON MEMBUKA PINTU BAGI PERMULAAN BAHARU DENGAN PELANCARAN KR7 RESIDENCES

Image
Choy Kin Mann, Pengarah Masteron Group of Companies dan Dato' Choy Wai Hin, Pengarah Eksekutif Masteron Group of Companies di pelancaran  KR7 Residences. Masteron – sebuah nama yang sinonim dengan projek perumahan yang berkualiti tinggi dan dengan harga mampu-milik di dalam kawasan perbandaran Puchong yang berkembang pesat – hari ini telah melancarkan KR7 Residences, sebuah projek pangsapuri servis terbaharu di Taman Mas Puchong. Projek perumahan ini merupakan siri ikonik Masteron “Koi” yang ketujuh, berikutan kejayaan siri-siri sebelum ini, termasuk Koi Kinrara, Koi Tropika, Koi Boulevard, Koi Legian, Koi Prima dan Koi Suites.

MYRA PERMUDAHKAN URUSAN DENGAN HAB PEMBELIAN RUMAH

Image
  Proses membeli rumah boleh menjadi suatu pengalaman yang mencabar dan mencemaskan terutamanya bagi pembeli rumah pertama. Pelbagai perkara harus difikir dan diuruskan sebelum proses pembelian bermula dan sehinggalah menerima kunci rumah. 

HOSPITAL COLUMBIA ASIA TERBESAR DI MALAYSIA DIBUKA DI TEBRAU

Image
Columbia Asia telah memenuhi keperluan penjagaan kesihatan warga Malaysia selama lebih dari 20 tahun. Setelah berjaya melancarkan salah sebuah hospital utama kami, Columbia Asia Hospital - Iskandar Puteri, pada tahun 2010, kami sukacita memperkenalkan hospital kedua kami di Johor iaitu Columbia Asia Hospital – Tebrau. 

KEMUDAHAN PRASARANA LENGKAP DI BDR BARU SETIA AWAN PERDANA

Image
En. Farid Omar, Pengurus Jualan Taraf Nusantara Team Femagonline berpeluang melawat ibu pejabat Taraf Nusantara dan juga tapak Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) dalam sebuah rombongan media baru-baru ini. Projek perumahan BBSAP ini dibangunkan oleh  Taraf Nusantara Sdn. Bhd., sebuah syarikat butik pemaju yang mengkhususkan dalam pembinaan rumah mampu milik di mana BBSAP baru-baru ini telah dianugerahkan Pembangunan Rumah Mampu Milik Terbaik fasa pertama dalam Anugerah Kecemerlangan Pembangunan iProperty (iDEA) 2019. 

JOM BERGEMBIRA DI KARNIVAL LUMIÈRE TERBESAR DI MELAKA

Image
Marilah menyambut kedatangan Karnival Lumière yang paling menakjubkan setakat ini! Dari 14 hingga 15 Disember 2019, Sheng Tai International Sdn Bhd (Sheng Tai International), sebuah syarikat pemaju hartanah yang memenangi anugerah dan pakar dalam bidang pelancongan hartanah, akan membawa pengunjung sebuah karnival memukau dan penuh keseronokan, dianjurkan sempena Majlis Perasmian Pecah Tanah The Sail yang gilang-gemilang pada hujung minggu yang sama. 

SCHA DAN AWAL DILEMA MENCARI RUMAH IMPIAN MEREKA?

Image
Misi Rumah Impian merupakan sebuah drama pendek yang mengisahkan tentang sepasang suami isteri muda yang dilakonkan oleh Scha Alyahya dan Awal Ashaari sedang mencari rumah impian dengan pemaju perumahan, EcoWorld. Antara lokasi perumahan yang disiarkan adalah Eco Grandeur di Puncak Alam, Selangor, Eco Tropics di Pasir Gudang, Johor, dan Eco Majestic di Semenyih, Selangor.

MYRA PUTRA UBAH PERSEPSI TERHADAP RUMAH MAMPU MILIK

Image
Pembangunan baharu di Putrajaya yang bakal mengubah persepsi masyarakat terhadap rumah mampu milik. Ia dikenali sebagai Myra Putra. Bagi kebanyakan pembeli rumah, rumah mampu milik merupakan rumah yang terletak di kawasan berkepadatan tinggi, hanya mempunyai ciri-ciri asas, rumah yang kurang menarik dan kemudahan yang terhad. Kualiti kehidupan merupakan perkara yang sering kali dipersoalkan memandangkan kebanyakan rumah mampu milik agak kecil dengan koridor yang sempit dan kurang pencahayaan, lebih banyak menggunakan tangga berbanding lif dan tiada ruang untuk kanak-kanak bermain atau untuk komuniti setempat berkumpul.