IJM Land Berhad bersama Amona Group hari ini melancarkan Enlace Suites II, blok kediaman baharu di Pantai Sentral Park susulan kejayaan Enlace Suites I yang mencatat kadar jualan 70% sejak pelancarannya tahun lalu, dengan semua unit bukan Bumiputera habis terjual.
.jpeg) |
| Majlis Pelancaran Besar Enlace Suites II di Pantai Sentral Park telah disempurnakan oleh Dato’ Tony Ling Thou Lung, Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land Berhad (kedua dari kiri) bersama-sama dengan Rachel Chong, Pengurus Besar Jualan & Pemasaran Kumpulan (ketiga dari kiri), Alvin Lai, Pengurus Kanan Pembangunan Hartanah (pertama dari kiri) dan Daniel Yue, Pengurus Kanan Pemasaran & Jualan Kumpulan. |
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Dato’ Tony Ling Thou Lung, Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land Berhad, di IJM Land Centre of Excellence (I.C.E.) Gallery. Beliau menegaskan bahawa sambutan terhadap Enlace Suites I membuktikan pembeli kini mencari kediaman yang bukan sahaja strategik dari segi lokasi, tetapi turut menawarkan kualiti hidup lebih menyeluruh dengan gabungan akses mudah, kemudahan bersepadu dan hubungan dengan alam semula jadi.
Terletak dalam pembangunan induk seluas 58 ekar Pantai Sentral Park yang bersebelahan dengan Taman Rimba Bukit Kerinchi seluas 252 ekar, Enlace Suites II menampilkan konsep “bandar dalam hutan” dengan akses terus ke taman bandar yang dijangka siap hujung tahun ini.
Sebagai sebahagian daripada presint gaya hidup Enlace, projek ini menawarkan pengalaman live-work-play dengan akses ke Enlace Shoppes (hub runcit gaya hidup, dibuka menjelang 2029), Enlace Co. (menara pejabat fleksibel), serta Enlace Retreat (pusat kesihatan dan relaksasi). Lokasi ini turut menikmati jaringan pengangkutan utama termasuk New Pantai Expressway (NPE) dan bakal dihubungkan terus ke Stesen MRT Pantai Dalam melalui jambatan khas.
Enlace Suites II menampilkan 290 unit berketumpatan rendah dengan keluasan antara 506 hingga 2,034 kaki persegi, sesuai untuk pemilik rumah pertama, profesional muda, keluarga berkembang dan kediaman berbilang generasi. Kemudahan gaya resort termasuk kolam renang 50 meter, taman koi, laluan hijau, jacuzzi, hammock garden dan ruang santai keluarga.
Dengan pelancaran ini, IJM Land terus memperkukuh komitmen membangunkan komuniti mampan yang menggabungkan kediaman, gaya hidup, kesihatan dan alam semula jadi.
Comments
Post a Comment