FLAVETTES RAIKAN WARISAN KESIHATAN DALAM KEMPEN MERDEKA 2026


Duopharma Biotech Berhad hari ini melancarkan kempen Flavettes Merdeka 2026 bertemakan “Flavettes Setia Menemani Setiap Generasi”, menampilkan kerjasama eksklusif dengan Tourism Malaysia, Watsons Malaysia dan jenama fesyen tempatan Kapten Batik. Majlis pelancaran turut dihadiri oleh tokoh industri termasuk Zuraini Abdul Ghani (Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia), Wan Amir-Jeffery Wan Abdul Majid (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Duopharma Biotech), Noor Aida Jaafar (Ketua Pegawai Komersial, Duopharma Biotech), Foo Hwei Jiek (Pengarah Dagangan, Watsons Malaysia), serta pengasas bersama Kapten Batik, Ekram Faiz dan Farhan Omar.

Menurut Wan Amir-Jeffery, “Flavettes telah dipercayai oleh generasi rakyat Malaysia selama lebih 30 tahun. Hari ini, ia bukan sekadar sokongan imuniti, tetapi berkembang menjadi rangkaian produk halal yang merangkumi kesihatan, kecantikan dan penjagaan kulit – dalam format effervescent, chewable dan serbuk sachet – sesuai dengan gaya hidup moden.”

Beliau menambah, “Sempena Merdeka ini, kami berbesar hati bekerjasama dengan Tourism Malaysia, Watsons dan Kapten Batik untuk meraikan gaya hidup sihat, warisan budaya Malaysia serta ikatan Flavettes dengan rakyat. Sama seperti tradisi yang diwarisi, kami percaya tabiat sihat juga perlu dipupuk dan dikongsi merentas generasi.”

Sorotan Kempen Merdeka 2026
  • Produk Utama: Flavettes Flazz Guard Effervescent Vitamin C 1000mg, Flavettes Glow dan Flavettes MsKristal.
  • Hadiah Eksklusif: Beg Mini Canvas Tote edisi terhad dengan corak batik flora & buah rekaan Kapten Batik, percuma dengan pembelian RM58 ke atas di lebih 865 cawangan Watsons seluruh negara.
  • Baucar Kapten Batik: Setiap pek Flavettes Effervescent Vitamin C Glow 45s dengan pelekat kempen mengandungi baucar RM15 untuk pembelian minimum RM100 di kedai Kapten Batik.
  • Aktivasi Reruai: Pertukaran botol Vitamin C kosong untuk Flavettes Flazz Guard Passion Fruit 15s percuma di lokasi terpilih seperti Sunway Pyramid, Berjaya Times Square, Gurney Plaza, Paradigm Mall JB, Kuantan Parade, Limbongan Melaka dan Suria Sabah.
Warisan Malaysia Dalam Seni Visual

Kempen ini turut menampilkan karya seni promosi dengan ikon Malaysia seperti KLCC, A Famosa, Bangunan Sultan Abdul Samad, KL Tower, LRT, bunga raya serta maskot Beruang Matahari Tourism Malaysia menaiki beca. Visual ini dipamerkan di pejabat Tourism Malaysia terpilih termasuk KLIA 1, KLIA 2, KL Sentral, MaTiC KL dan Bangunan Sultan Abdul Samad bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Dengan gabungan kesihatan, kecantikan dan budaya, Flavettes Merdeka 2026 bukan sekadar kempen – ia adalah simbol ikatan generasi rakyat Malaysia dengan jenama yang setia menemani sejak dahulu.



Comments

Popular posts from this blog

PERTUNJUKAN FESYEN 2024 SHOPEE, ‘RAYA STAIL KITA’ MERAIKAN ZAMAN KEEMASAN BUDAYA MALAYSIA

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”

KUALA LUMPUR FASHION WEEK 2026 PERSEMBAHKAN DESTINASI: TANAH AIR