HUAWEI KEKAL SEBAGAI JENAMA JAM TANGAN PINTAR NO.1 GLOBAL SERTA MENERAJU PASARAN MALAYSIA BAGI SEPARUH PERTAMA 2026


Huawei terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran peranti boleh pakai global apabila meraih tempat pertama di peringkat dunia bagi penghantaran peranti boleh pakai pergelangan tangan untuk separuh pertama tahun 2026 (H1 2026). Berdasarkan laporan terbaharu IDC Quarterly Wearable Device Tracker, Huawei berjaya menguasai lebih daripada 20% pegangan pasaran global, sekali gus memantapkan momentum pertumbuhannya dalam industri ini.

Sejak tahun 2021, Huawei secara konsisten mendahului pasaran peranti boleh pakai pergelangan tangan di China dari segi volume penghantaran, di samping merangkul kedudukan teratas di peringkat global beberapa kali sejak 2024. Laporan berkenaan turut menyoroti bahawa kepimpinan berterusan Huawei ini dipacu oleh strategi penambahbaikan produk yang matang serta portfolio penawaran yang komprehensif. Pada separuh pertama 2026, Huawei telah memperkenalkan siri peranti baharu yang direka khas bagi memenuhi keperluan pelbagai lapisan pengguna, sekali gus meraih maklum balas pasaran yang amat positif dan memperkukuh kedudukannya di puncak.

Antara penawaran utama, HUAWEI WATCH GT Runner 2 dibangunkan khas buat penggiat sukan larian tegar dengan memperkenalkan mod Marathon serta metrik kuasa larian yang pertama seumpamanya di pasaran. Ciri-ciri ini memberikan sokongan menyeluruh bermula daripada fasa persediaan sebelum perlombaan sehinggalah proses pemulihan, membolehkan pelari memantau intensiti latihan serta mengoptimumkan strategi larian mereka. Hasil kerjasama dengan atlet legenda Eliud Kipchoge dan pasukannya, Huawei turut melancarkan HUAWEI WATCH GT Runner 2 Racing Legend Edition. Edisi khas ini dilengkapi papan pemuka Training Camp Dashboard canggih yang menyajikan analisis data komprehensif serta fungsi import dan eksport data kecergasan bagi membantu pengguna melonjakkan prestasi larian mereka.

Bagi penjagaan kesejahteraan harian, HUAWEI WATCH FIT 5 Series memperkenalkan ciri Mini-workout yang menawarkan rutin senaman ringkas dan pantas. Ciri ini membantu pengguna meregangkan otot serta kekal aktif ketika waktu rehat singkat, sangat sesuai bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup kurang aktif (sedentary). Sementara itu, HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN Spring Edition yang diposisikan sebagai jam tangan pintar mewah, memberi fokus khusus kepada pengguna wanita melalui sistem pemantauan kesihatan berteknologi tinggi—termasuk pemantauan kitaran haid yang terperinci dan analisis kesihatan berdasarkan fisiologi wanita. Gabungan rekaan premium dan fungsi kesihatan khusus ini berjaya mengisi jurang penawaran dalam segmen teknologi mewah untuk pengguna wanita bernilai tinggi.

Melengkapkan barisan produk ini, HUAWEI WATCH KIDS X1 Series menampilkan pelbagai gaya pemakaian, fungsi kamera berkembar, serta teknologi penjejakan kedudukan termaju bagi memberikan pengalaman penggunaan yang selamat dan meyakinkan untuk kanak-kanak dalam pelbagai situasi.


Memanfaatkan momentum kukuh ini, Huawei terus meluaskan portfolio peranti boleh pakainya pada separuh kedua tahun 2026 menerusi pelancaran barisan peranti baharu di China. Sejajar dengan usaha Huawei membawa inovasi terbaharunya ke lebih banyak pasaran global, pengguna di Malaysia kini boleh menantikan pelancaran tempatan HUAWEI WATCH GT 7 Series pada 29 September 2026, yang bakal memantapkan lagi penawaran jenama ini di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terbaharu, kunjungi HUAWEI Experience Store terdekat atau layari saluran dalam talian rasmi HUAWEI seperti HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on Lazada dan HUAWEI Official TikTok Shop

Nantikan maklumat lanjut mengenai ketersediaan rasmi peranti ini di Malaysia. Ikuti kemas kini terbaharu menerusi HUAWEI Official Website, laman media sosial rasmi HUAWEI - Facebook dan Instagram.
 

Comments

Popular posts from this blog

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”

CITRAWARNA SPEED FESTIVAL 2026 BAWA KEMERIAHAN BUDAYA MALAYSIA KE PENTAS PERMOTORAN DUNIA