Posts

Showing posts with the label SUKAN & REKREASI

HAKIM DANISH DILANTIK DUTA GENTING SKYWORLDS, SEMARAKKAN SEMANGAT PERMOTORAN NEGARA

Image
Dunia sukan permotoran Malaysia terus mendapat pengiktirafan apabila pelumba motosikal muda negara, Hakim Danish, secara rasmi dilantik sebagai Duta Taman Tema Genting SkyWorlds. Pelantikan ini dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara Genting SkyWorlds dan ZK Racing, sekali gus menandakan kerjasama strategik yang meraikan kecemerlangan atlet tempatan serta menyemarakkan keterujaan menjelang pembukaan tarikan baharu, Mad Ramp Peak – Full Throttle Racing.

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARABANGSA: THE BRIDGE OF LEGENDS HONG KONG CELEBRITIES FOOTBALL FRIENDLY MATCH

Image
Stadium MBPJ bakal menjadi tumpuan pada Sabtu, 10 Oktober 2026 apabila berlangsungnya Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antarabangsa: The Bridge of Legends Hong Kong Celebrities Football Friendly Match, dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Acara ini dianjurkan oleh Orange Leisure Sdn. Bhd. dengan kerjasama Pew Pew Resource.

SENTUHAN PEMAIN KEBANGSAAN: TIMMY TAN BAKAL BUKA PUSAT BOLING PERTAMA DI THE MINES

Image
The Mines terus mengekalkan statusnya sebagai hab pilihan gaya hidup dan hiburan menerusi kerjasama dengan Nation Bowl, pusat boling 10-pin baharu yang diterajui oleh pemain boling kebangsaan, Timmy Tan. Majlis menandatangani perjanjian yang berlangsung baru-baru ini di West Court, Aras 3 menandakan satu lagi langkah dalam usaha The Mines memperkayakan pengalaman pengunjung dan mengukuhkan peranannya sebagai hab komuniti pilihan di selatan Lembah Klang.

ART OF SPEED 2026: FESTIVAL KUSTOM & COUNTER CULTURE TERBESAR KEMBALI KE MAEPS

Image
Art of Speed (AOS) 2026 kembali menggegarkan Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 1 dan 2 Ogos 2026 dengan tema “Summer Festival – Kustom Bergaya”. Festival kustom & counter culture terbesar negara ini menghimpunkan pameran automotif, muzik, seni serta gaya hidup dalam satu acara mega.

IKEA DAMANSARA LANCAR SPARKA FOOTBALL FEVER: PARTI TONTON BOLA SEPAK 3 PAGI SEMPENA ULANG TAHUN KE-30

Image
Rakyat Malaysia sudah biasa menyaksikan bola sepak di mamak, di rumah atau bersama rakan. Bermula esok, mereka boleh menambah satu lagi lokasi unik – IKEA Damansara.

ACARA KEMUNCAK HARI SARAPAN MILO® 2026 MERIAH DI PUTRAJAYA

Image
MILO® Malaysia Breakfast Day (MBD) 2026 menutup acara jelajahnya di seluruh negara dengan acara kemuncak penuh meriah di Putrajaya. Pada keseluruhannya, acara ini telah menghimpunkan seramai 75,000 peserta dari Sabah, Terengganu, Sarawak, Pahang, Kelantan dan Putrajaya, dengan lebih 25,000 peserta berkumpul di Dataran Putrajaya bagi meraikan gaya hidup aktif, ikatan kekeluargaan serta semangat komuniti melalui sukan.

PEPSODENT MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN ‘PEPSODENT BEST DEFENDER’ SEMPENA FIFA WORLD CUP 2026™

Image
Pepsodent Malaysia secara rasmi melancarkan kempen Pepsodent Best Defender di Mydin Subang Jaya Hypermarket, bersempena peranannya sebagai Penaja Rasmi FIFA World Cup 2026™. Kempen ini menekankan realiti musim bola sepak dalam kalangan keluarga Malaysia, di mana siaran lewat malam dan tabiat menikmati snek sering membuat rutin penjagaan mulut terlepas pandang. Sebagai “pertahanan terbaik” keluarga, Pepsodent hadir untuk melawan masalah kaviti sambil meraikan momen bola sepak. “Musim bola sepak menyatukan masyarakat, sama ada di rumah atau kedai mamak. Dengan makanan dan snek yang menjadi sebahagian daripada suasana ini, Pepsodent melindungi senyuman agar peminat dapat menyokong pasukan kegemaran dengan yakin,” kata Phoebe Tay, Ketua Pemasaran Pepsodent Malaysia. Pelancaran turut diserikan dengan kehadiran Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN, bersama barisan eksekutif, mencerminkan kerjasama strategik antara Pepsodent dan MYDIN. Turut hadir wakil Persatuan Bola S...

THE IHH SKY RACE™ | MERDEKA 118 KEMBALI SEBAGAI ACARA LARIAN MENARA TERBESAR DI DUNIA

Image
Larian menara terbesar di dunia bakal kembali pada Ogos ini, apabila Fresh Events Asia hari ini mengumumkan IHH Healthcare Malaysia sebagai Rakan Penaja Utama bagi The IHH Sky Race™ | Merdeka 118.

PUSAT PERUBATAN SUBANG JAYA MENGUMUMKAN SJMC RUN 2026 SEMPENA SAMBUTAN 41 TAHUN PENJAGAAN KESIHATAN

Image
Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) mengumumkan penganjuran semula acara komuniti utamanya, SJMC Run 2026, yang akan berlangsung pada Ahad, 25 Oktober 2026, di Menara Mediplex, SJMC.

DEMAM BOLA SEPAK KIAN MEMBARA DENGAN THE CURVE x HOSHI FOOTBALL STADIUM 2026

Image
Pusat beli-belah the Curve menghidupkan semangat bola sepak dengan penganjuran The Curve x HOSHI Football Stadium 2026, sebuah festival gaya hidup bola sepak selama lima hari yang berlangsung dari 1 hingga 5 Julai 2026 di Mutiara Damansara.

GEEKAY TUNDUKKAN RENN, RANGKUL GELARAN JUARA DEW CHALLENGE MUSIM 2

Image
Pasukan GEEKAY dinobatkan sebagai juara rasmi Dew Challenge Musim Ke-2 anjuran Mountain Dew selepas menewaskan pencabar utama negara dalam perlawanan akhir yang penuh dramatik di Blue Atrium, Sunway Pyramid. Kejohanan e-sukan terbesar Mountain Dew di Malaysia ini berlangsung selama enam bulan dengan hadiah keseluruhan bernilai RM750,000, melibatkan permainan popular Honor of Kings yang menghimpunkan komuniti MOBA dari seluruh negara.

OFFLINE 16 KEMBALI – VITAHEALTH & TROPICANA TERUS PERJUANG KESEJAHTERAAN MENTAL

Image
Acara gaya hidup yang semakin mendapat perhatian, Offline 16 kembali untuk tahun ketiga dengan misi memperjuangkan kesejahteraan mental dalam dunia serba digital. Dianjurkan oleh jenama suplemen dari Australia, VitaHealth Malaysia, bersama rakan komuniti dan pemaju perancang induk Tropicana Corporation Berhad, edisi kali ini akan dilangsungkan pada 12 Julai 2026 di Tropicana Golf & Country Resort dengan festival penuh warna-warni, Offline 16: Dance & Busking Festival.

DARI KIDSLYMPIC KINI KIDSNERGY: CETUS GERAKAN BAHARU KECERGASAN GENERASI MUDA!

Image
Berita hebat buat arena sukan kanak-kanak di Malaysia! Platform yang sebelum ini dikenali sebagai Kidslympic kini telah beralih ke tahap yang lebih tinggi. Dilancarkan secara rasmi melalui satu majlis penjenamaan semula yang meriah di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur, inisiatif ini kini dikenali sebagai KIDSNERGY.

TOMICA FACTORY PERTAMA DI ASIA TENGGARA DILANCARKAN DI TOMICA BRAND STORE KUALA LUMPUR

Image
Jenama kereta mini diecast ikonik TOMICA secara rasminya melancarkan pembukaan TOMICA FACTORY kekal yang pertama di Asia Tenggara di TOMICA BRAND STORE, Kuala Lumpur. Terletak di Toy”R”Us Suria KLCC, pelancaran ini membuka lembaran yang cukup bermakna bagi para pengumpul dan peminat TOMICA di seluruh Asia Tenggara. Ia menyusuli kejayaan pembukaan TOMICA BRAND STORE yang pertama di Asia Tenggara di Suria KLCC pada Disember 2025 lalu. Pelancaran TOMICA FACTORY menandakan bermulanya fasa baharu dalam transformasi konsep peruncitan berasaskan pengalaman jenama ini, yang turut memperkukuhkan tarikannya sebagai destinasi interaktif yang unik untuk keluarga, pelancong dan pengumpul.

AWAKEN IN MOTION SATUKAN PERGERAKAN, KESEDARAN DAN KOMUNITI SEMPENA BULAN YOGA ANTARABANGSA

Image
Sempena Bulan Yoga Antarabangsa, jurulatih pergerakan, guru yoga dan advokat kesihatan, Kit Lim bakal menganjurkan AWAKEN IN MOTION, sebuah pengalaman kesihatan komuniti yang menyatukan pergerakan, kesedaran dan hubungan bermakna di KL Wellness City, Bukit Jalil.

RED BULL MALAYSIA MEMPERKENALKAN RED BULL NEXT GENERATION UNTUK MENCUNGKIL BAKAT DAN MENYOKONG ATLET GENERASI BAHARU

Image
Red Bull Malaysia, jenama minuman tenaga nombor satu di negara ini, mengumumkan pelancaran Red Bull Next Generation, sebuah platform pembangunan atlet serantau di bawah TCP Group, yang komited untuk menyokong atlet muda yang sedang meningkat naik di Asia Tenggara.

10,000 PESERTA MERIAHKAN HARI SARAPAN MALAYSIA MILO® TERENGGANU

Image
Suasana pagi di Jambatan Angkat Kuala Terengganu bertukar meriah apabila Hari Sarapan Malaysia MILO® 2026 meneruskan jelajahnya dengan lokasi persinggahan kedua di Terengganu. Acara ini menghimpunkan kira-kira 10,000 peserta bagi meraikan kepentingan sarapan berkhasiat, gaya hidup aktif dan semangat kemasyarakatan.

EPIC ESCAPES: KESERONOKAN CUTI SEKOLAH BERMULA DI PAVILION BUKIT JALIL

Image
Sedang mencari aktiviti menarik untuk menghiburkan anak-anak sepanjang cuti sekolah ini? Pavilion Bukit Jalil menjemput seisi keluarga untuk menikmati pelbagai acara menarik dan pop-up interaktif bersama taman permainan bertema, aktiviti mesra keluarga, hidangan lazat, serta pelbagai pilihan membeli-belah di sekitar pusat beli-belah ini. Sama ada anda merancang hari keluarga yang penuh aktiviti atau sekadar mencari aktiviti hujung minggu yang menyeronokkan, Pavilion Bukit Jalil mempunyai sesuatu untuk semua pada musim cuti sekolah ini.

LEGO MY PLAY FESTIVAL CETUS FENOMENA DI SURIA KLCC DAN KLCC PARK, RAI SAMBUTAN LEGO TERBESAR DI MALAYSIA

Image
Sempena musim cuti sekolah ini, ibu kota bakal berwajah baharu sebagai sebuah taman permainan besar apabila LEGO MY Play Festival menghidupkan presint KLCC bermula dari 21 Mei hingga 7 Jun 2026. Menghimpunkan replika binaan interaktif, instalasi berskala besar, zon permainan kreatif, serta acara Suria KLCC x LEGO “Play Run 2026” yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara, festival ini melakar sejarah sebagai festival LEGO terbesar di Malaysia setakat ini dan menjemput seisi keluarga daripada semua lapisan umur untuk kembali merasai keseronokan aktiviti bermain secara fizikal.

HISAMITSU MERAIKAN HARI SALONPAS® DENGAN USAHASAMA STRATEGIK DAN INOVASI KOMUNITI UNTUK MEMACU PERTUMBUHAN MASA DEPAN

Image
Hisamitsu Pharmaceutical Malaysia Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Hisamitsu Pharmaceutical Co., Inc., berbesar hati untuk mengumumkan bahawa produk mereka, Salonpas® telah diiktiraf oleh Euromonitor International sebagai jenama No. 1 dunia bagi koyok melegakan kesakitan yang mencatat jualan tertinggi buat kali ke-10 sejak 2016. Sementara Hisamitsu Pharmaceutical pula diiktiraf sebagai syarikat farmaseutikal yang menguasai pegangan pasaran terbesar di dunia dalam kategori yang sama 9 (sembilan) tahun berturut-turut.