EPIC ESCAPES: KESERONOKAN CUTI SEKOLAH BERMULA DI PAVILION BUKIT JALIL
Sedang mencari aktiviti menarik untuk menghiburkan anak-anak sepanjang cuti sekolah ini? Pavilion Bukit Jalil menjemput seisi keluarga untuk menikmati pelbagai acara menarik dan pop-up interaktif bersama taman permainan bertema, aktiviti mesra keluarga, hidangan lazat, serta pelbagai pilihan membeli-belah di sekitar pusat beli-belah ini. Sama ada anda merancang hari keluarga yang penuh aktiviti atau sekadar mencari aktiviti hujung minggu yang menyeronokkan, Pavilion Bukit Jalil mempunyai sesuatu untuk semua pada musim cuti sekolah ini.
Pelbagai Acara & Aktiviti Menarik Cuti Sekolah
Mulakan keseronokan cuti sekolah di Pavilion Bukit Jalil dengan pelbagai acara menarik! Dari 19 hingga 24 Mei 2026, keluarga boleh menerokai pop-up magikal Bath & Body Works x Disney Princess Step into Your Story di aras 2, Centre Court yang menampilkan pelbagai haruman bertemakan puteri daripada aroma floral yang lembut hingga haruman manis dan ceria, membawa sentuhan magis dunia dongeng ke dalam kehidupan seharian. Si kecil yang meminati adiwira pula boleh mengunjungi Supergirl Pop-Up dari 22 Mei hingga 12 Jun 2026 di aras 2, zon oren yang menampilkan arca bersaiz sebenar, barangan eksklusif dan pelbagai pengalaman menarik.
Dari 22 hingga 24 Mei 2026 di PIAZZA, aras 3, zon oren, Hari Belia Negara anjuran Kementerian Belia dan Sukan bakal membawakan pelbagai aktiviti belia yang bertenaga dan menyeronokkan ke pusat beli-belah ini. Seterusnya, pengunjung juga boleh menantikan Malaysia Beddy Doll Pop-up Event dari 27 Mei hingga 2 Jun 2026 di aras 2, Centre Court yang menampilkan pengalaman urutan pintar mudah alih premium bersama maskot comel Beddy Baby, diikuti dengan Li-Ning Tiga Saga Cup 2026 dari 5 hingga 7 Jun 2026 di aras 2, Centre Court yang bakal membawa aksi badminton menarik dan suasana penuh semangat kesukanan ke pusat beli-belah.**
Lebih Banyak Sebab Untuk Berkunjung ke Pavilion Bukit Jalil Musim Cuti Sekolah Ini
Bagi keluarga yang ingin memastikan anak-anak kekal aktif dan terhibur di dalam bangunan, terdapat pelbagai tarikan menyeronokkan untuk diterokai. ACTIVATE (aras 2, zon pink) yang baru dibuka menawarkan bilik permainan interaktif yang menguji refleks dan kerjasama, menjadikannya menyeronokkan untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Peminat permainan pula boleh menuju ke Game On Sports Hub (aras 4, zon oren) untuk menikmati keseronokan arked dan hiburan tanpa henti, manakala kanak-kanak kecil boleh memanjat, meluncur, dan bermain di Pinkfong Baby Shark Adventure Ville by Toy World (aras 5, zon oren).
Keluarga juga boleh menikmati pengalaman taman permainan dalaman bertemakan di Playhouse by Mattel (aras 5, zon oren) yang menampilkan karakter popular seperti Hot Wheels, Barbie, dan Thomas & Friends. Peminat filem pula boleh ke TGV Cinemas (aras 5, zon oren) untuk menonton filem Supergirl yang dinanti-nantikan bermula 25 Jun 2026.
Cuti sekolah juga merupakan masa terbaik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, dan terdapat pelbagai aktiviti di sekitar pusat beli-belah yang boleh dinikmati bersama ibu bapa dan anak-anak. Serlahkan kreativiti melalui aktiviti kraf tangan di Good Times DIY Studios - Baking, Pottery & Tufting (aras 5, zon pink) atau cipta kenangan manis bersama keluarga melalui gambar comel di Life Four Cuts (aras 5, zon oren).
Keluarga yang gemarkan teka-teki dan cabaran interaktif boleh meluangkan masa berkualiti bersama di Puzzle Planet (aras 4, zon pink), manakala si kecil yang kreatif boleh menyerlahkan bakat seni mereka di FairyTale Art & Craft (aras 5, zon pink).
Selepas menikmati pelbagai aktiviti menarik, keluarga boleh menikmati hidangan lazat dan pilihan makanan yang mudah didapati di sekitar pusat beli-belah. Nikmati churros rangup dan snek manis di Churros+ (aras 1, zon oren), atau berehat sambil menikmati kopi dan snek di Gloria Jean’s Coffees (aras 4, zon oren).
Minuman menyegarkan dan pencuci mulut yang menyelerakan boleh dinikmati di Cha B (aras 1, zon pink), manakala keluarga yang mengidam hidangan santai boleh menikmati juadah bersama di Burger & Taco (aras 1, zon pink).
Pengalaman cuti sekolah tidak lengkap tanpa sesi membeli-belah, dan keluarga juga boleh menerokai pelbagai destinasi runcit menarik di pusat beli-belah ini. Toy World (aras 5, zon oren) menawarkan pelbagai permainan dan koleksi menarik yang pasti digemari kanak-kanak, manakala Q Pocket (aras 4, zon pink) menawarkan aksesori comel dan pelbagai kejutan menarik.
Peminat barangan comel juga boleh singgah di CareBears (aras 2, zon oren), sementara si kecil yang bergaya boleh mendapatkan fesyen terkini di Kids Monster (aras 4, zon pink).
Cuti sekolah ini, ajak seluruh keluarga, rancang lawatan bersama serta nikmati hari yang penuh dipenuhi dengan aktiviti membeli-belah, makanan lazat, hiburan, dan pelbagai pengalaman menarik di bawah satu bumbung hanya di Pavilion Bukit Jalil.
Untuk maklumat lanjut, layari:
Laman Web : www.pavilion-bukitjalil.com
Facebook : PavilionBukitJalil.Mall
Instagram : @pavilionbukitjalil
TikTok : @pavilionbukitjalil
Xiaohongshu : Pavilion_BJ
YouTube : @PavilionBukitJalil
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment