THE LAMENT OF AUTUMN DUDUKI TEMPAT TERATAS DALAM CARTA ‘HOT DRAMAS’ IQIYI MALAYSIA


Seorang wanita membuat perjanjian demi membersihkan nama baiknya, manakala seorang lelaki memanfaatkan satu siasatan untuk mendekatinya, sambil menyembunyikan agenda tersendiri. Dibintangi Cheng Lei dan Xu Ruohan, drama romantik berlatar belakangkan era Republik, The Lament of Autumn (玉簟秋) kini sedang ditayangkan di iQIYI Malaysia.

Drama ini berjaya melonjak ke tangga nombor satu dalam carta “Hot Dramas” di platform berkenaan seawal minggu pertama tayangannya, dengan penarafan setinggi 9.8 mata. Pada September lalu, Cheng Lei, yang juga Duta Global Antarabangsa iQIYI, beramah mesra dengan peminat tempatan semasa hadir dalam acara iQIYI STARSHIP di Malaysia.

Drama yang berlatarkan zaman pergolakan para pembesar di era Republik China, drama ini mengisahkan Ye Ping Jun (Xu Ruohan), seorang pelajar yang terpaksa bekerja di sebuah rumah persinggahan di barat Hunan demi membiayai kos rawatan ibunya. Namun, pada hari pertama bekerja, dia secara tidak sengaja terheret dalam percubaan pembunuhan terhadap Yu Chang Xuan (Cheng Lei), anak kelima daripada keluarga Yu yang berpengaruh. Dituduh terlibat dalam kejadian itu, Ping Jun enggan menerima tuduhan yang dilemparkan terhadapnya. Sebaliknya, dia membuat perjanjian dengan Chang Xuan untuk menyiasat kes tersebut dalam tempoh sepuluh hari demi membersihkan namanya.


Namun, siasatan itu turut membuka ruang buat Chang Xuan mendekati Ping Jun. Cheng Lei membawakan watak Chang Xuan sebagai seorang lelaki yang amat teliti, dengan tujuan sebenar di sebalik usahanya mendekati Ping Jun masih menjadi tanda tanya. Namun, di sebalik setiap pertemuan, bibit perasaan mula berputik antara mereka. Sementara itu, Ping Jun, lakonan Xu Ruohan, didorong oleh tekad untuk menjaga ibunya serta menuntut keadilan buat dirinya sendiri. Berdepan dengan lelaki daripada latar belakang yang jauh berbeza daripadanya, Ping Jun terus mencari jawapan, meskipun hatinya semakin tertarik kepada lelaki yang masih diragui niatnya itu.

Daripada rahsia di sebalik cubaan pembunuhan hinggalah motif sebenar yang mendorong siasatan, The Lament of Autumn mengangkat sebuah misteri menjadi ujian kepercayaan antara dua insan yang mula jatuh cinta. Namun, apabila rancangan yang pada awalnya dirancang demi kepentingan masing-masing mula mengancam masa depan mereka bersama, mampukah mereka mengetepikan rahsia yang terpendam dan mengharungi bahaya dalam zaman yang penuh pergolakan? Persoalannya, sejauh manakah cinta mereka mampu bertahan apabila kepercayaan mula teruji?

Kini bersiaran sehingga Episod 20, siri The Lament of Autumn yang memiliki 38 episod secara keseluruhan boleh ditonton melalui aplikasi iQIYI International atau IQ.com, dengan sari kata berbahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia tersedia.

Comments

Popular posts from this blog

WATSONS PLUS DIBUKA SEBAGAI KEDAI WATSONS TERBESAR DI MALAYSIA, MENANDAKAN PENCAPAIAN CAWANGAN KE-888 SERTA MERAIH PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS

ELLA BAKAL TUTUP TIRAI MAJLIS TERTINGGI ROCKQUEEN MENERUSI “SIDANG PENUTUP”