Posts

Showing posts from November, 2021

PULMONARY FIBROSIS - ANCAMAN UTAMA SISTEM PERNAFASAN!

Image
Seorang maut setiap 15 minit di Eropah akibat Pulmonary Fibrosis (PF). Pulmonary Fibrosis merupakan penyakit pernafasan kelima yang membawa maut di Eropah selepas kanser paru-paru, COPD, radang paru-paru dan COVID-19. Ia menyumbang lebih daripada 1% daripada kesemua kematian yang dicatatkan dan membunuh lebih ramai orang berbanding leukemia atau kanser ovari i.

TEROKAI ‘ART IN THE CITY’ (AITC) BERSAMA GRAB

Image
  Grab Malaysia mengumumkan pembabitan menjadi rakan e-panggilan (pengangkutan) rasmi kepada acara ‘Art In The City’ 2021 kelolaan CENDANA bagi membolehkan warga Malaysia kembali menghargai kesenian dan kebudayaan tempatan. 

SAMSUNG ANJUR CABARAN FOTOGRAFI #CAPTUREYOURAWESOME

Image
Ingin mencurahkan kreativiti anda sejak kebelakangan ini? Inilah masanya untuk menunjukkan bakat dan kemahiran fotografi anda! Samsung Malaysia baru sahaja mengumumkan cara terbaik untuk anda mencurahkan kreativiti anda dengan cabaran #CaptureYourAwesome yang akan berlangsung di Instagram. Semua pengguna Galaxy dialu-alukan untuk menyertai peraduan selama empat minggu ini dan akan berpeluang untuk memenangi empat (4) hadiah utama, Galaxy A52s 5G, dan lapan (8) Galaxy A03s bagi tempat kedua. Untuk menyertai cabaran #CaptureYourAwesome, anda mestilah warga Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas, dan merupakan pengguna Galaxy. Selepas itu, ikut sahaja langkah-langkah mudah ini: 1. Ikuti @SamsungMalaysia di Instagram. 2. Muat naik gambar pada halaman Instagram anda berdasarkan tema mingguan seperti berikut: Minggu Tema Tempoh Peraduan [2] , [3] 1 Awesome Splashes 29 th November - 5 th Disember 2021 2

ROCHE CHILDREN’S WALK 2021 BERJAYA KUMPUL RM45,800

Image
Chris Fan (Pengurus Besar Shelter Home), Mary Moses (Pentadbir Rumah Kanak-Kanak Triniti), Deepti Saraf (Pengurus Besar Roche Pharmaceuticals), Heng Chai Yin (Pengurus Besar Roche Diagnostics) dan Arno Kamm (Pengurus Besar RSS APAC). Bersempena dengan acara tanggungjawab sosial tahunannya, Roche Children’s Walk, Roche di Malaysia telah berjaya mengumpul sebanyak RM45,800 bagi dua rumah amal untuk kanak-kanak; Rumah Kanak-Kanak Triniti, yang juga dikenali sebagai Trinity Children’s Home, serta Shelter Home. Kedua-dua kediaman itu menyediakan perlindungan kepada anak-anak yatim, yang ditinggalkan, didera dan terabai.

MERDEKA AWARD TRUST: MERAIKAN MINDA TERUNGGUL NEGARA

Image
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, dan Ahli Lembaga Pengarah Merdeka Award Trust, YM Datuk Tengku Muhammad Taufik semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya. Anugerah Merdeka dan Geran Anugerah Merdeka telah kembali sekali lagi untuk memberi penghormatan dan meraikan minda terunggul di negara ini. Pada hari Jumaat, Merdeka Award Trust (MAT) telah menjadi tuan rumah kepada Majlis Pengumuman Geran Anugerah Merdeka edisi ke-8 bagi Penempatan Antarabangsa dan Penyampaian Anugerah Merdeka edisi ke-12. 

KFC PERKENALKAN CITARASA PERANAKAN KFC AYAM PEDAS NYONYA

Image
Dilahirkan daripada hibrid budaya keturunan imigran Cina dan masyarakat Melayu tempatan ketika era kolonial, budaya Peranakan adalah sebahagian daripada warisan Malaysia dan banyak mempengaruhi budaya rakyat Malaysia. Kaya dengan tradisi makanan yang beraroma menarik dan unik, kulinari Peranakan Malaysia adalah inspirasi buat menu waktu terhad baharu kami, KFC Ayam Pedas Nyonya.

ZAROL ZARIF MUNCUL KEMBALI DENGAN SINGLE “KAN KAN”

Image
Zarol Zarif, 29, kembali melakar nama dalam dunia nyanyian menerusi single terbaru beliau yang berjudul “Kan Kan ”. Meski menemui permulaannya dalam arena hiburan sebagai penyanyi, namun nama anak kelahiran Johor Bahru ini hanya mula dikenali ramai menerusi kumpulan YouTuber, Cikidot Channel. 

HIJRAHKAN LAGUKU: DATO' NASH DIUMUM PESERTA TERBAIK MINGGU 2

Image
  Minggu kedua rancangan realiti hiburan Islamik terbitan TV AlHijrah iaitu Hijrahkan Laguku (HL) yang telah membuka tirai kedua pada malam tadi memberi kejutan apabila Faizal Ismail dan Bell Ngasri yang bertindak selaku hos rancangan mengumumkan kesemua lapan peserta mara ke minggu ketiga.

PRUDENTIAL PERKENALKAN PERLINDUNGAN PRUALL CARE

Image
  Prudential Malaysia Assurance Berhad (PAMB) telah memperkenalkan pelan komprehensif yang pertama seumpamanya, PRUAll Care, yang melebihi perlindungan penyakit kritikal dengan meningkatkan perlindungan untuk pemulihan selepas pembedahan, diagnosis kesihatan mental, dan sokongan rawatan intensif.

TEMPATAN FEST ANJUR PESTA KOPI KL & BLUES VALLEY JAM

Image
Tempatan Fest ditubuhkan pada 2013 dengan objektif utama untuk mempertengahkan inisiatif usahawan tempatan dalam pelbagai bidang yang menonjolkan seni dan kreativiti baik dari bidang seni grafik, fesyen jalanan, muzik mahupun kulinari dengan penganjuran tahunan seperti Tempatan Fest, Tempatan Stage, Tempatan Kitchen dan seumpamanya.

MELISSA & JAYDEN DINOBATKAN SUPER MODEL UNIVERSE MALAYSIA

Image
  Melissa Tan Jia Ying, 19, pelajar dari Kuala Lumpur, dan Jayden Tian Hang Shu, 29, pelatih kecergasan dari Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai pemenang utama wanita dan lelaki Super Model Universe Malaysia 2021 di dalam satu acara gilang-gemilang di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara pada 19 November 2021 baru-baru ini.

5 REMAJA MENJUARAI PERTANDINGAN MEMASAK MAGGI®

Image
Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® 2021 (MSSCC 2021, MAGGI® Secondary School Cooking Competition 2021) yang menutup tirai baru-baru ini, dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, kembali pada tahun ini dengan tema “Anda & MAGGI, Sajikan Kelainan Untuk Inspirasi Harian” (You & MAGGI, Serving Different Dishes for Daily Inspiration), untuk menemui dan memupuk bakat masakan di kalangan belia di Malaysia.

MASYA MASYITAH BAKAL MERIAHKAN GOLDEN BULLET AWARDS!

Image
  Penyanyi wanita multi-bahasa yang sedang popular dengan lagu Mandarin ‘Jiu Meng Xin Su’ dan ‘Remuk’, Masya Masyitah, 21, bakal membuat kemunculan di majlis anugerah pertama Golden Bullet Awards untuk PUBG Mobile Pro League MY/SG Musim Ke-4 (PMPL MY/SG S4) anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan kerjasama eGG Network pada 28 November 2021 ini.

BANGSAWAN 'HIKAYAT SI MISKIN MENJADI RAJA' DI KLPAC

Image
Sebagai rakan kerjasama Yayasan Hasanah, di bawah platform ArtsFAS2021, The Actors Studio Seni Teater Rakyat dan Mekar Budaya membawakan sebuah projek persembahan Bangsawan bertajuk “Hikayat Si Miskin Menjadi Raja” selama 3 hari, bermula 17 hingga 19 Disember di Pentas 1, klpac. 

NIKMATI PELBAGAI RESTORAN BAHARU DI foodpanda

Image
Korean Sweet Chilli Chicken Burger  foodpanda Malaysia telah mengumumkan pelbagai restoran baharu dan menarik yang kini boleh didapati dalam platform tersebut untuk memenuhi selera makan dengan hanya beberapa klik sahaja.

WANI KAYRIE LANCAR SINGLE SULUNG ‘JANGAN TERLEPAS PANDANG’

Image
Penyanyi, pelakon serta pengacara muda berbakat besar yang telah berkecimpung dalam industri seni tanah air sedekad lamanya dan merupakan juara program pertandingan nyanyian Kamilah Bintang pada tahun 2010, Syazwani Abdullah atau lebih terkenal dengan nama pentasnya Wani Kayrie tampil dengan single pertama di bawah naungan Rocketfuel Entertainment berjudul ‘Jangan Terlepas Pandang’ hasil ciptaan komposer terkenal negara, MFMF dan Asyraf Nasir.

TIKTOK MEMPERKENALKAN FATIA, ARTIS TIKTOK PERTAMA

Image
TikTok, destinasi utama untuk video pendek mudah alih, telah melebarkan sayap dalam industri muzik dengan mengumumkan artis global pertamanya dari Malaysia, Fatia serta single sulung beliau, My World Too.

EMINA: JENAMA PENJAGAAN KULIT REMAJA KINI DI MALAYSIA

Image
Emina, jenama penjagaan kulit dan kosmetik untuk remaja dari Tanah Seberang kini tiba di pasaran Malaysia dengan rangkaian produk yang terpilih di platform membeli-belah digital, Shopee secara eksklusif.

KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC LANCAR KEMPEN KESIHATAN MENTAL

Image
Pandemik Covid-19 telah memberikan kesan yang besar terhadap orang ramai dengan kebanyakan terpaksa menghadapi pelbagai cabaran yang boleh mengakibatkan tekanan terhadap tanpa mengira peringkat usia. Perlaksanaan langkah kesihatan awam boleh menurunkan jangkitan Covid-19, namun, ianya juga boleh menjadi penyebab kepada perasaan terasing dan kesunyian yang boleh menambahkan tekanan dan tahap kebimbangan.

MILO LANCAR PERADUAN “LENGKAP & MENANG”

Image
Tahun 2021 sudahpun sampai ke penghujung dan MILO® UHT ingin menamatkannya dengan nota positif. Oleh itu, MILO® UHT ingin menawarkan para penggunanya peluang untuk memenangi ganjaran tunai dalam bentuk akaun simpanan melalui peraduan terbaharunya, “Lengkap & Menang”. Peraduan yang kini berlangsung di seluruh negara mulai 25 Oktober 2021 hingga 19 Disember 2021 ini menawarkan hadiah mingguan berupa satu hadiah utama wang tunai bernilai RM10,000 dan 20 hadiah sagu hati sebanyak RM300. Hadiah wang tunai tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan Maybank/Maybank Islamic.

'THE WOKE SHOW' KEMBALI DENGAN LEBIH HANGAT DI MUSIM KE-3

Image
The Woke Up Show, sebuah rancangan audio siar (podcast) mingguan yang menyentuh pelbagai topik hangat, besar atau kecil, serius atau berjenaka untuk kebangkitan minda, #GetWoke. Rancangan ini dihoskan oleh Apshy Vimal, dan tiga tetamu undangan untuk perbincangan terbuka dan telus mengenai pelbagai isu semasa yang timbul dalam masyarakat kita. 

APLIKASI MATCHMDE BANTU CARI JODOH DENGAN SELAMAT

Image
Aplikasi jodoh MatchMde menggabungkan teknologi dan sains dalam menyediakan padanan dan hubungan tulen untuk pencari cinta. Versi 2 aplikasinya yang baru dilancarkan mempamerkan aliran yang diperhalusi dan padanan yang dipertingkatkan. 

GIANT LANCAR KEMPEN "HARGA LAGI RENDAH LAGI LAMA"

Image
  Giant, salah satu peruncit peneraju nilai di Malaysia yang dikendalikan oleh GCH Retail Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi kempen harga yang akan menyaksikan Giant menurunkan harga pada ratusan barangan keperluan harian termasuklah barangan segar dan runcit yang terpilih. 

GUARDIAN ANJUR EKSTRAVAGANZA "BEAUTY AROUND THE WORLD"

Image
Sesuai dengan reputasinya sebagai destinasi kecantikan, Guardian Malaysia sekali lagi bakal menganjurkan ekstravaganza Beauty Around The World (BATW), menampilkan trend terkini dari 60 jenama terkemuka dari seluruh negara termasuk Malaysia, Jepun, Korea, Indonesia, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Taiwan dan banyak lagi.

PUDGi TAYANGKAN FILEM SERAM ‘ROH’ DI FESTIVAL WAYANG PACAK

Image
Pada malam 30hb Oktober 2021, satu Festival Wayang Pacak PUDGi telah diadakan di Pusat Urbanisasi Desa Giching (PUDGi) dengan kehadiran lebih dari 300 penonton yang kebanyakannya hadir dari Kampung Giching dan kawasan sekitar Sepang.

NIPPON PAINT DENGAN VIRUSGUARD BERKESAN MENENTANG COVID-19

Image
Nippon Paint Malaysia (NPM), menyediakan penyelesaian salutan cat menyeluruh No. 1 Malaysia hari ini dengan melancarkan dua penyelesaian salutan cat anti-virus dan anti-bakteria tambahan. Kedua-dua produk ini dengan formula yang dipertingkatkan telah terbukti berkesan dalam mencegah penyebaran penyakit berjangkit termasuk COVID-19 (SARS-Cov-2).

DATA TEMPAHAN AGODA DEDAHKAN DESTINASI PILIHAN PELANCONG

Image
  Kawalan rentas negeri telah dilonggarkan baru-baru ini bagi warga Malaysia yang telah lengkap divaksin mulai 11 Oktober. Dengan pembukaan semula sektor pelancongan yang mematuhi SOP dan peraturan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara, data tempahan Agoda telah menunjukkan bahawa warga Malaysia masih berminat untuk melancong ke tempat-tempat tarikan pelancong domestik yang terkenal, dengan perubahan kecil dalam senarai 20 destinasi pelancongan paling utama jika dibandingkan data tempahan 2019/20 dengan 2020/21.

PENGGAMBARAN RUMAH MADU KU BERHANTU PATUHI SOP

Image
Mutimedia Film Productions ingin memaklumkan bahawa syarikat produksi tersebut mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang menjalankan aktiviti penggambaran Rumah Madu Ku Berhantu.

MYSKILLS FOUNDATION BANTU BELIA MELALUI INISIATIF E-DAGANG

Image
Vegetable Grow Kit Sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa yang jatuh pada tanggal 17 Oktober, MySkills Foundation menerusi usaha sama dengan 3M telah melancarkan kedai e-Dagang miliknya secara rasmi di Lazada dan Shopee, berhasrat untuk menjana pendapatan yang stabil bagi organisasinya yang bukan berasaskan keuntungan. 100% daripada hasil jualan akan memberi manfaat kepada MySkills Foundation yang terdiri daripada golongan belia berisiko.

RAKYAT MALAYSIA LANGKAH LEBIH SEJUTA BATU DEMI JANTUNG SIHAT

Image
NESTLÉ OMEGA PLUS menyalurkan RM100,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN). Dari kiri ke kanan: Juan Aranols, Dato’ Gurbakhash Singh, Mohamed Zamri bin Mohamed Nezuri, Ahmad Faisal Bin Azhan, YBhg. Toh Puan Dato’ Seri Dr. Hajjah Aishah Ong and Lam Pui Yuee Seramai 12,988 rakyat Malaysia dari seluruh negara telah bersatu hati melangkah 1,176,666 batu menerusi acara Walk-a-Million-Miles 2021 NESTLÉ OMEGA PLUS yang dianjurkan sempena Bulan Jantung Sedunia. Susulan pencapaian ini, NESTLÉ OMEGA PLUS menunaikan janjinya untuk menyalurkan RM100,000 kepada rakan-rakan kerjasamanya, iaitu Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).

IKEA DAN REPUBLIC OF GAMERS LANCAR KOLEKSI GAMING

Image
  Berita baik buat semua pemain digital! Rangkaian pemainan digital IKEA baharu yang dihasilkan menerusi gandingan dengan pakar permainan, Republic of Gamers (‘ROG’) membawakan penyelesaian permainan yang bukan sahaja serba lengkap dan diperibadikan, malah boleh boleh disepadukan secara sempurna dengan kediaman anda bagi meningkatkan prestasi permainan digital anda! Direka bentuk untuk mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik buat semua serta menginspirasikan para pemain digital, rangkaian ini terdiri daripada 5 famili produk: UPPSPEL, LÅNESPELARE, MATCHSPEL, UTESPELARE dan HUVUDSPELARE. Semua produk UPPSPEL merupakan rekaan hasil kerjasama antara IKEA dan ROG, manakala famili produk yang lain dibangunkan oleh IKEA sendiri, berbekalkan inspirasi daripada pandangan dan pengetahuan yang dikongsi oleh ROG, bagi menepati keperluan para pemain digital dari segi fungsi, reka bentuk, dan harga. ‘Di IKEA, kami amat menitikberatkan keharmonian dalam kediaman kita, lebih-lebih lagi selepas me

"I AM VASH" BAKAL GANDINGKAN SANGEETA & BRONT PALARAE

Image
Sangeeta Krishnasamy 108 Media, sebuah syarikat penjana kewangan kandungan dan pengurusan hak media yang tertumpu kepada pasaran baru, telah menyenaraikan syarikat penerbitan premium naungan Zainir Aminullah, Revolution Media sebagai penerbit bersama untuk siri aksi-jenayah asli mereka berjudul I AM VASH (8 x 60min). Ia bakal membariskan beberapa bintang tersohor yang akan memulakan penggambaran pada Mei 2022 dan siap untuk tontonan pada tahun 2023.

RAIKAN “VIBRANCE OF DEEPAVALI” DENGAN BERGAYA DI FAHRENHEIT88

Image
  Fahrenheit88 menyambut Pesta Cahaya dengan tema ‘Vibrance of Deepavali’ dari sekarang sehingga 6 November 2021. Buat julung kalinya, pusat membeli-belah ini benjalinkan Kerjasama dengan ikon fesyen negara, Dato’ Sri Bernard Chandran untuk menyemarakkan suasana perayaan Deepavali dengan gaya yng unik dan mengujakan.

KEMERIAHAN DEEPAVALI "JOURNEY OF COLOURS" DI PAVILION KL

Image
Dari sekarang sehingga 7 November, destinasi membeli-belah terulung di Malaysia, Pavilion KL meraikan Deepavali dengan tema ‘Journey of Colours’. Tarikan utama hiasan perayaan tahun ini adalah pentas peragaan (runway) kolam berukuran 500 meter yang menghubungkan Couture Pavilion dengan Connection, melalui Pavilion Crystal Fountain, menawarkan suasana membeli-belah untuk Deepavali yang berwarna-warni,

KUMPULAN SURIA KLCC BAWAKAN SENTUHAN MEWAH DEEPAVALI

Image
Yakin dengan sinar harapan baru melihat keadaan Malaysia yang kembali pulih dari wabak Covid-19, Kumpulan Syarikat Suria KLCC yang dikenali sebagai Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall akan menyambut girang ketibaan sambutan perayaan Deepavali juga bermaksud pesta cahaya dengan nilai estetika yang cukup mempesonakan. 

ATLAS VENDING PERKENALKAN MESIN LAYAN DIRI BRAILLE PERTAMA

Image
ATLAS Vending, pengendali mesin layan diri makanan dan minuman terbesar di seluruh Malaysia dan Singapura, mencipta sejarah menerusi kerjasama dengan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) bagi melancarkan program rintisnya untuk menempatkan mesin-mesin layan diri yang menampilkan ciri-ciri bantuan tambahan bagi membolehkan akses oleh pelanggan kelainan upaya penglihatan. Program yang pertama seumpamanya ini menampilkan mesin layan diri yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai mesin layan diri Braille pertama di Malaysia. Usaha ini selaras dengan sasaran ATLAS Vending untuk mengurangkan halangan yang dialami oleh komuniti kelainan upaya penglihatan, seperti akses yang terhad kepada mesin layan diri yang menjual minuman di tempat-tempat awam. ATLAS Vending menyasarkan untuk terus meningkatkan akses bagi golongan yang mempunyai keperluan khas ini, untuk menambah baik pengalaman membeli mereka.

THE ALLEY PERKENALKAN JENAMA MINUMAN BAHARU “ALLEY GO”

Image
Dengan cuaca yang panas sepanjang tahun di Malaysia, minuman yang sejuk pastinya menjadi kegemaran ramai dalam kehidupan sehari-hari. Rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan baharu untuk mendapatkan secawan teh boba tanpa perlu mengunjungi kedai atau membuat pesanan penghantaran kerana The Alley telah menjalinkan kerjasama dengan stesen-stesen minyak untuk melancarkan “ALLEY GO”, menjadikannya sebagai jenama minuman pertama yang menyediakan khidmat trak minuman di stesen-stesen minyak.

‘AUSTRALIA NOW’ ERATKAN LAGI HUBUNGAN AUSTRALIA - MALAYSIA

Image
Adam Liaw & Poh Ling Yeow Bagi mengeratkan lagi hubungan dua negara, Australia dan Malaysia, Kedutaan Australia di Kuala Lumpur (Australian High Commission Kuala Lumpur) telah melancarkan program Australia now Malaysia. Australia now merupakan program diplomasi awam yang dilaksanakan oleh kerajaan Australia bagi memperkenalkan kecemerlangan inovasi, diversiti, dan kreativiti dari negara tersebut. Acara pelancaran telah dilangsungkan secara maya dan dihoskan oleh Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia, Dr Justin Lee. Acara tersebut juga dihadiri oleh pemenang Masterchef Australia kelahiran Malaysia, Adam Liaw, yang telah kongsikan berita tentang siri baru ‘Adam & Poh’s Malaysia in Australia’ yang juga menampilkan seorang lagi bakat kelahiran Malaysia, Poh Ling Yeow. Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia, Dr Justin Lee Hubungan Malaysia dan Australia telah lama terjalin yang mana Malaysia telah menduduki tempat 10 teratas sebagai rakan perdagangan, pasaran pelancongan dan 5 teratas bagi pasar

DOLLA UBATI RINDU PEMINAT DENGAN KONSERT MAYA AMAL

Image
  Malam ini, ahli-ahli Dolla menitiskan air mata terharu apabila membaca mesej-mesej kiriman para peminat mereka. Namun terpisah secara fizikal, kumpulan pop Dolla terus menghargai kesetiaan peminat-peminat mereka dengan persembahan yang hebat di pentas maya konsert Stay Strong Malaysia.