EMINA: JENAMA PENJAGAAN KULIT REMAJA KINI DI MALAYSIA
Emina, jenama penjagaan kulit dan kosmetik untuk remaja dari Tanah Seberang kini tiba di pasaran Malaysia dengan rangkaian produk yang terpilih di platform membeli-belah digital, Shopee secara eksklusif.
Sebagai teman setia gadis remaja, produk penjagaan kulit dan kosmetik Emina dirumus untuk keserasian dengan kulit remaja dan gaya hidup mereka. Dengan kepakaran sejak diasaskan enam tahun lalu di Indonesia, produk-produk Emina telah mendapat sambutan dan menjadi kegemaran bukan sahaja gadis remaja malahan wanita dewasa.
Rangkaian Panjagaan Kulit Emina
Emina Bright Stuff Series |
Salah satu rangkaian yang terlaris Emina yang dibawakan ke Malaysia adalah Emina Bright Stuff Series yang mempunyai manfaat untuk menyerikan kulit dan mengawal masalah kulit kusam. Rangkaian ini menampilkan pembersih, toner, serum, pelembap, masker dan air micellar.
Semua produk di dalam rangkaian Bright Stuff ini diperkayakan dengan pati pelam musim panas dan agen pemutih berganda yang telah diuji berkesan secara klinikal, selamat dan lembut untuk digunakan untuk kulit. Selain daripada menyerikan wajah, Emina Bright Stuff Series juga melembapkan kulit dan melindunginya dari pencemaran.
Emina Bright Stuff for Acne Prone Series |
Rangkaian Emina Bright Stuff for Acne Prone pula dirumus untuk menyerikan kulit yang mudah ditumbuhi jerawat.
Emina Ms. Pimple Series |
Rangkaian Emina Ms. Pimple Series dirumus untuk merawat kulit berjerawat yang dialami oleh kebanyakan gadis-gadis remaja.
Kosmetik Emina untuk Kulit Remaja
Bersama rangkaian produk penjagaan kulit, Emina juga memperkenalkan rangkaian solekan untuk kulit remaja. Produk solekan ini bersesuaian dengan kulit remaja, ringan dan pada masa yang sama menawarkan pelbagai warna yang menarik untuk menyerlahkan kecantikan si pemakai. Antara produk kosmetik yang dipasarkan di Malaysia adalah gincu bibir, solekan mata, bedak muka dan peralatan solekan.
Semua produk Emina mempunyai persijilan halal daripada JAKIM dan boleh didapati secara eksklusif di Shopee dengan harga RM6 – Rm35.20.
Untuk mendapatkan produk-produk Emina, sila layari stor rasmi Emina Malaysia di Shopee: https://shopee.com.my/emina.os
Comments
Post a Comment