(Kelima dari kanan) Khoo Ai Lin, Ketua Pengawai Eksekutif Tune Protect Group, Koot Chew Ling, Tune Protect Ketua Pembagunan Korporat & Perhubungan Pelabur, Shawn Augustin, Tune Protect CSR, Yap Hsu Yi, Ketua Rakyat & Kebudayaan dan Shirley Cheen Ooi Wai, Ketua Pengawai Kewangan Tune Protect menunjukkan sokongan kepada peserta Orang Asli di Pejabat Utama Tune Protect TUNE Protect Group Berhad (Tune Protect) telah memulakan penglibatan dalam sebuah program utama untuk komuniti Orang Asli yang dikenali sebagai FLEE iaitu singkatan untuk Financial Literacy, Empowerment & Entrepreneurship (Literasi Kewangan, Pemerkasaan & Keusahawanan). Tujuan utama program ini ialah untuk memberi sokongan kepada komuniti Orang Asli yang kurang diberi perhatian dengan menggalakkan mereka untuk keluar dari zon selesa dan menerokai bidang keusahawanan sebagai satu cara untuk keluar dari belenggu kemiskinan.