‘GARDEN OF PROSPERITY’ MEKAR DI GATEWAY@KLIA2



Bersedialah untuk mnyambut perayaan Tahun Baru Cina bakal menjelma! Pada tahun ini, pengunjung yang pulang ke Malaysia atau sekadar melawat pasti boleh merasai kemeriahan perayaan ini di gateway@klia2 kerana hiasan bunga ‘peony’ di ‘Garden of Prosperity’ menyambut setiap pengunjung dengan ucapan agar semakin sihat, kaya dan bernasib baik pada tahun akan datang.


Selain pengalaman membeli-belah yang luar biasa, pengunjung turut boleh menyaksikan pelbagai jenis hiasan bunga peony yang menyerikan suasana di gateway@klia2 pada Tahun Baru Cina ini. Tanglung merah yang melambangkan ‘Ong’, rama-rama berwarna-warni dan hiasan lain di dalam rona warna limau mandarin sepanjang 7 Januari 2020 hingga 9 Februari 2020.


“Tahun Baru Cina ini, kami membawakan ‘Garden of Prosperity’ di gateway@klia2 bersama ucapan ‘Gong Xi Fa Cai’, yang bermaksud ‘Semoga anda semakin sihat dan makmur,” jelas Cik Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif WCT Mall Management. Tambahnya lagi, “Tahun Baru Cina bukanlah perayaan yang kecil. Ia menandakan bermulanya acara tahunan di mana tradisi keluarga dan rakan bertemu semula akan dihargai sepanjang zaman. Kami juga ingin mengucapkan semua warga Malaysia dan para pengunjung yang melawat agar Tahun Tikus dipenuhi kejayaan, kegembiraan dan kemakmuran.”

Sempena perayaan ini, gateway@klia2 akan menawarkan ganjaran, penebusan, peluang dan aktiviti menarik untuk pengunjung pusat membeli-belah.

Persembahan Tahun Baru Cina

Tarian Singa: 10, 17, 24, 25, 26 & 31 Januari
Tarian Bunga Mekar: 11, 12, 18, 19 25, 26, 27 Januari dan 1 & 2 Februari
Tarian 5 Gendang Maharaja: 12, 19, 24, 26 Januari dan 2 Februari
Pertukaran Topeng Muka: 11, 18, 25, 27 Januari dan 1 Februari

Tidak meriahlah Tahun Baru Cina tanpa persembahan ini. Kunjungilah gateway@klia2 dan saksikan Tarian Singa yang dipersembahkan untuk menghalau semangat jahat dan meraikan detik penuh kemakmuran. Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh menyelami budaya Cina melalui Tarian Bunga Mekar, Tarian 5 Gendang Maharaja serta terpukau dengan persembahan Pertukaran Topeng Muka yang dianjurkan khas untuk mereka.


Kemunculan Maskot
Sesi Bertemu Dewa Kemakmuran: 10, 13, 17, 20, 24, 25, 26, 27 & 31 Januari
Sesi Bertemu Fuk Luk Sao: 15, 22 & 29 Januari
Kunjungi gateway@klia2 untuk bertemu Dewa Kemakmuran dan dapatkan tuah sepanjang tahun serta temui Fuk Luk Sao pada tarikh-tarikh tersebut.

Hadiah dengan Pembelian (GWP)*
Apakah Tahun Baru Cina tanpa barangan istimewa? Rebutlah peluang untuk menebus cenderahati eksklusif Tahun Baru Cina dengan pembelian anda.

Sampul Ang Pow WCT
Pengunjung pusat membeli-belah yang berbelanja melebihi RM188 ke atas dalam dua resit boleh menebus satu (1) set paket Ang Pow yang dihiasi corak bunga ‘peony’ dalam tiga warna berbeza – merah, jingga dan kuning. Pemegang Kad Kredit HSBC dan ahli WCT Buddy pula hanya perlu berbelanja minimum RM188 dalam dua resit untuk menebus dua (2) set paket sampul Ang Pao.

Beg Duit Bunga WCT
Pengunjung pusat membeli-belah yang berbelanja RM388 ke atas dalam dua resit boleh menebus satu (1) beg duit bercorakkan bunga eksklusif yang didatangkan dalam dua warna berbeza, merah jambu dan jingga. Pemegang Kad Kredit HSBC dan ahli WCT Buddy pula hanya perlu berbelanja minimum RM288 dalam dua resit untuk menebus.


Pembelian dengan Pembelian (PWP)*
Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa Abalone yang lazat sebagai penyeri makan malam keluarga. Untuk menjadikannya lebih meriah, kami juga menyediakan tawaran eksklusif sebagai pembelian- dengan pembelian.

Soon Thye Hang (425 Gram Abalone dalam Tin)
Pengunjung yang berbelanja RM188 ke atas di dalam dua resit boleh membeli sehingga tiga (3) tin Abalone Soon Thye Hang pada harga RM28 (harga asal: RM90). Pengguna HSBC dan ahli WCT hanya perlu berbelanja RM88 untuk menikmati tawaran pembelian-dengan-pembelian ini. Abalone yang lazat ini terhad kepada tiga (3) tin untuk setiap pelanggan, sementara stok masih ada.

*Tertakluk terma dan syarat lain

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi, sila layari laman web pusat membeli-belah dan platform media social berikut:

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA

DI PERSEMBUNYIAN - ALBUM PERDANA DUO FOLK POP SATWO MEMBAWA ‘ROLLERCOASTER’ MUZIK DAN EMOSI