Posts

Showing posts from July, 2023

RADI UNGKAPKAN PERASAAN BAHAGIANYA MELALUI LAGU ‘HEAVEN’

Image
  Semua orang mendambakan rasa bahagia terutama ketika bersama kekasih yang dicintai. Perasaan itulah yang cuba diinterpretasikan oleh penyanyi muda, RADi menerusi single terbarunya yang berjudul ‘Heaven’.

PRODUK PENJAGAAN KULIT KYUT SKIN KINI DILANCARKAN DENGAN PEMBUKAAN RASMI RUANG PAMERANNYA

Image
Kyut Skin, sebuah jenama penjagaan kulit milik Fabulove Sisters Empire meraikan kemunculannya ke dalam industri kecantikan dengan sebuah majlis pelancaran produk keluarannya, yang berlangsung seiring dengan pembukaan rasmi ruang pameran eksklusif Kyut Skin di Wisma Nini Comei baru-baru ini.

KARYA ‘ALL WHO LEAVE GO THERE’ OLEH IKRAM HAIZAMMURI MEMENANGI HADIAH UTAMA DI PERTANDINGAN BMW SHORTIES 2023

Image
  Menjadi tumpuan di acara yang meraikan landskap seni perfileman dan budaya kreatif tanah air, BMW Shorties, iaitu pertandingan filem pendek dan inisiatif kreatif yang paling berprestij dengan sejarah anjuran paling lama di Malaysia, menerusi kerjasama dengan Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest), telah menobatkan juara pertandingan ini, Ikram Haizammuri dengan karya beliau, ‘All Who Leave Go There’.

ISTIMEWA BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA

Image
 

NIVEA LANCAR RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT EXTRA BRIGHT C&HYA UNTUK KULIT LEBIH BERSERI DAN ANJAL DALAM HANYA 3 HARI

Image
NIVEA, jenama penjagaan kulit No.1 di dunia melancarkan innovasi terbaru iaitu rangkaian penjagaan kulit NIVEA Extra Bright C&HYA dengan gabungan kebaikan sains dan bahan semulajadi. Diperkaya dengan 500X konsentrasi Vitamin C yang diekstrak dengan teknik sejuk dan 3X saiz molekul Hyaluron, rangkaian penjagaan kulit NIVEA Extra Bright C&HYA mampu menjadikan kulit lebih berseri, anjal dan sihat dalam masa 3 hari sahaja.

ECOBROWN RAIKAN HARI PENJAGAAN DIRI ANTARABANGSA DENGAN ACARA FUNACTIVE

Image
Penjagaan diri, seperti yang ditakrifkan oleh WHO, bermaksud apa yang kita lakukan untuk diri sendiri bagi mewujudkan dan mengekalkan kesihatan dan mencegah serta menangani penyakit. Ia merupakan suatu konsep menyeluruh yang merangkumi kebersihan, pemakanan, gaya hidup, faktor persekitaran, faktor sosio-ekonomi, dan rawatan kendiri. Matlamat utama penjagaan diri adalah untuk mencegah atau mengawal penyakit dan memelihara kesejahteraan keseluruhan melalui tindakan konsisten untuk menjaga kesihatan kendiri.

EARTH & ME PERKENALKAN LAMPIN BAYI BERASASKAN BULUH PERTAMA DI MALAYSIA

Image
Earth & Me, jenama baharu produk bayi lestari tempatan, memperkenalkan lampin bayi pakai buang biodegradasi pertama di Malaysia. Dilancarkan bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia, lampin tersebut dihasilkan dengan menggunakan sumber bahan lestari iaitu buluh.

SANTA GRAND SIGNATURE KUALA LUMPUR BAWAKAN CITA RASA ASLI LAKSA NYONYA

Image
Santa Grand Signature Kuala Lumpur menampilkan menu promosi terbaharunya - 'Authentic Nyonya Noodles Hut' untuk meraikan masakan warisan budaya Baba Nyonya. Menu promosi ini boleh dinikmati di tiga tempat iaitu Kopi Bar (Aras bawah), Kapitan Cafe dan Sky Lounge mulai 1 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023.

LARRIE MEMPERKENALKAN 2 JENIS PELAPIK KASUT (INSOLE) BAHARU UNTUK KESIHATAN KAKI

Image
LARRIE, sebuah jenama kasut tempatan sejak 1978 kini menawarkan penjagaan tapak kaki untuk pembelinya dengan menyediakan insole yang selesa pada setiap kasut rekaan mereka.

SHEILA MAJID BIG BAND LIVE IN SABAH EKSKLUSIF DI KOTA KINABALU 12 OGOS 2023 INI

Image
Jika ada yang ber anggapan bahawa Konsert Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur adalah satu-satunya persembahan skala besar yang dijayakan oleh biduanita negara ini pada tahun 2023, simpan t ekaan tersebut.

DRAMA ADAPTASI NOVEL YANG PALING DINANTIKAN, I LOVE YOU, STUPID! KINI EKSKLUSIF DI VIU

Image
Viu Malaysia, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW bakal menayangkan siri melodrama romantik terbaru bertajuk I Love You, Stupid!. Drama 40 episod ini akan ditayangkan bermula 12 Julai 2023 pada setiap hari Rabu hingga Sabtu secara eksklusif hanya di aplikasi Viu.

LAZADA RUN MALAYSIA MENJAYAKAN KETERANGKUMAN DAN PEMERKASAAN KOMUNITI

Image
Acara Lazada Run yang julung kali diadakan merentasi beberapa negara berjaya menarik penyertaan seramai 8,000 rakyat tempatan di Malaysia. Keterujaan semua lapisan masyarakat jelas disaksikan apabila mereka gigih melengkapkan kategori larian 5km, 10km, dan 21km.

ANGELICA PETRA KINI MUNCUL DENGAN SINGLE KEDUA BERJUDUL DETIK, GUBAHAN MARK ADAM

Image
Pada tahun 2021, penyanyi cilik Angelica Petra pernah muncul dengan single pertama berjudul Selamanya Bersama yang juga lagu runut bunyi (OST) untuk filem Daddyku Gangster. Menariknya, Angelica berpeluang berduet dengan guru muziknya sendiri iaitu Mark Adam yang juga pencipta lagu tersebut. 

GSK MALAYSIA LANCARKAN FASA KEDUA KEMPEN #GIVEBACK BERSEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA

Image
GSK Malaysia mengambil peranan penting dalam pelupusan sisa perubatan yang bertanggungjawab menerusi fasa kedua kempen #GiveBack di seluruh negara, yang dilancarkan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia. Kempen ini merupakan usaha Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di seluruh Malaysia untuk mengumpul alat sedut pelega asma dan pek ubat terpakai, tamat tempoh atau tidak diingini untuk pelupusan yang teratur dan selamat, dan ia menampilkan perkongsian diperbesarkan yang meluaskan jangkauannya dan meningkatkan bilangan pusat pengumpulan untuk memudahkan penglibatan ramai.

FORMULASI BAHARU SARI PATI AYAM BRAND’S® MAMPU MENGEMBALIKAN KECERGASAN

Image
Hasil penemuan satu kajian dalam talian baru-baru ini mendapati bahawa 7 daripada 10 rakyat Malaysia memerlukan pemangkin untuk mengembalikan kecergasan mereka. Di samping rakyat Malaysia menempuh kehidupan harian dalam dunia yang bergerak pantas, mereka sering mengejar masa untuk menunaikan tuntutan kerja dan komitmen peribadi. Tinjauan yang sama juga mendapati bahawa 31% daripada responden menghadapi cabaran untuk mencapai keseimbangan bagi memenuhi matlamat kerjaya dan peribadi kerana terlalu fokus pada tarikh tamat kerja dan pelbagai tugasan untuk diselesaikan setiap hari, manakala 22% daripada mereka adalah ibu bapa bekerja dengan jadual kerja yang padat tetapi terus sibuk menguruskan anak-anak mereka selepas waktu kerja.

KFC MALAYSIA MERAIKAN 50 TAHUN DETIK TERINDAH ‘HINGGA MENJILAT JARI’ DI FESTIVAL MUZIK KEPCI 2023

Image
Sempena ulang tahun ke-50, rangkaian restoran makanan segera terkemuka negara - KFC Malaysia, pada hari ini mengumumkan penganjuran festival muzik dengan kemuncak sambutannya adalah konsert yang akan menampilkan lebih 40 pemuzik tempatan.

IKEA MEMPAMERKAN KERUSI MAMMUT GERGASI SEBAGAI PEMBUKA TIRAI UNTUK ULANG TAHUN KE-20 IKEA DAMANSARA

Image
Pasti ramai yang terkejut apabila melihat pemasangan sebuah kerusi kanak-kanak IKEA MAMMUT secara besar-besaran di luar gedung IKEA di Mutiara Damansara. Struktur merah jambu setinggi 5 meter itu sebenarnya ialah pembuka tirai untuk sambutan ulang tahun ke-20 IKEA Damansara yang berlangsung pada bulan Julai dan Ogos.

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Image
Daripada Korea Selatan ke Malaysia, Astro kini menyahut cabaran selebriti-selebriti di Malaysia dengan pelbagai aksi paling sukar menerusi rancangan realiti adaptasi terbaharunya, ‘Real Men Malaysia: Wira Merah’. Namun berbeza dengan format asalnya daripada Korea, edisi Malaysia kali ini bakal mempersembahkan sisi-sisi latihan padu dan padat dalam mengenali latar belakang sebagai seorang ahli Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

SURIA KLCC TAWAR PENGALAMAN UNIK "PICNIC IN THE PARK' SEBAGAI GANJARAN EKSKLUSIF KEPADA PELANGGAN

Image
Suria KLCC membawakan suatu lagi aktiviti unik yang memberikan peluang untuk para pelanggan menikmati aktiviti berkelah di lanskap indah Taman KLCC. Aktiviti berkelah yang dianjurkan secara eksklusif untuk para pelanggan Suria KLCC ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari 7 sehingga 16 Julai 2023. 

WATSONS LANCARKAN RANGKAIAN BAHARU DERMACTION PLUS DENGAN 3 KALI GANDA VITAMIN C

Image
Dermaction PLUS by Watsons, jenama penjagaan kulit oleh Watsons telah memperkenalkan rangkaian produk inovasi terbaharunya, Potent Triple Vitamin C yang menampilkan tiga produk penjagaan kulit 2-dalam-1 iaitu Potent Triple Vitamin C Whip Facial Foam, Potent Triple Vitamin C Peeling Toner, dan Potent Triple Vitamin C Intensive Serum,

HAFIZ HAMIDUN MENJENTIK HATI DENGAN LAGU BAHARU 'KEMBALI PADA MU'

Image
Arteffects Sdn. Bhd. dengan bangganya mempersembahkan karya terbaharu Hafiz Hamidun, "Kembali Pada-Mu." Dengan lirik yang menyentuh hati dan melodi yang meruntun jiwa, gubahan yang mempesonakan bakal memikat hati pendengar dari semua lapisan masyarakat. 

KONSERT #AZ40 IMBAU PERJALANAN 40 TAHUN ANUAR ZAIN SEBAGAI PENGHIBUR

Image
Perjalanan selama 40 tahun merentasi industri seni bukanlah satu perjalanan yang singkat lebih lebih lagi apabila bermula dari seorang penyanyi kanak-kanak (1983) sehinggalah menjadi penyanyi solo lelaki berprofil tinggi. Nama Anuar Zain sudah mempunyai tempat yang utuh dan khas di hati peminat dan penggemar muzik beliau.

LEDAKAN MINGGU FESYEN KEDAH 2023 BERTEMAKAN "BIG BANG" BAKAL DIRASAI DI AMAN CENTRAL OGOS INI

Image
Para tetamu dan media telah menjadi individu pertama untuk bertemu barisan pereka tempatan serta antarabangsa menerusi acara eksklusif “sneak-peek” Kedah Fashion Week 2023 yang berlangsung di Collab Store, The Shoppes, Four Seasons Place, di mana acara berkenaan akan menjadi sebuah platform penting dalam penetapan trend serta penghasilan rekaan yang menawan. 

ART OF SPEED MALAYSIA 2023 DIBAWAKAN KHAS OLEH BRO ASIA “RAIKAN BEZA MU”

Image
Dengan sambutan yang luar biasa dari pengunjung pada tahun 2022, Art of Speed kembali untuk tahun 2023 – lebih besar dan lebih baik dari sebelumnya! Tahun ini, acara Kustom & Counter Culture terulung Malaysia mengambil tempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) – ruang tertutup seluas 350,000 kaki persegi, ruang luar seluas 8.6 ekar – mengambil alih setiap dewan acara dengan menampilkan lebih banyak aktiviti demi memuaskan hati peminat dan pengunjung. MAEPS akan menganjurkan Art of Speed 2023 (AOS 2023) pada 29 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam) dan 30 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam).

HAZRUL NIZAM & DIANA NAZYRA LANCAR SINGLE DUET 'SEJUTA KATA'

Image
Pasangan sahabat dari Singapura – penyanyi Hazrul Nizam dan Diana Nazyra – telah acap kali merancang untuk merakamkan lagu duet bersama, namun dek kesibukan masing-masing, keinginan mereka ini sentiasa tertangguh.

ASTRO BERSAMA KEMENTERIAN EKONOMI DAN MOSTI LANCAR PERTANDINGAN REALITI ‘INNOVATHON’

Image
Astro dengan kerjasama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) melancarkan pertandingan realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi, ‘INNOVATHON’ dalam memaparkan skil dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencari penyelesaian isu sosiekonomi. 

KAJIAN ‘KUAT ZAT BESI’ DANONE DEDAH KADAR RISIKO ANEMIA YANG MEMBIMBANGKAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Image
Syarikat makanan terkemuka, Danone, yang juga merupakan antara syarikat tenusu terbesar di dunia, mendedahkan dapatan utama Kajian Kuat Zat Besi (Iron Strong Study), bersempena dengan Persidangan Saintifik Tahunan Persatuan Pemakanan Malaysia ke-38 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Kajian Kuat Zat Besi yang dijalankan menerusi kerjasama dengan Pusat Penyiasatan Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Malaya Pakar diketuai oleh Perunding Kanan Endokrinologi Pediatrik dan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan, Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin.

SHENG TAI INTERNATIONAL & KARL LAGERFELD BAKAL BAWAKAN REVOLUSI FESYEN KE MELAKA

Image
Pemaju berwawasan Sheng Tai International Sdn Bhd mengalu-alukan kehadiran KARL LAGERFELD ke The Sail Melaka pada hari Isnin lalu, menandakannya satu peristiwa bersejarah bagi bandar warisan serta industri fesyen dan hospitaliti negara ini.

TINGKATKAN KESEDARAN DAN SOKONGAN TERHADAP KETIDAKSUBURAN LELAKI

Image
Ketidaksuburan merupakan satu isu penting yang memberi kesan kepada berjuta-juta individu di seluruh dunia. Walaupun ketidaksuburan boleh dialami oleh kedua-dua lelaki dan wanita, ketidaksuburan lelaki merupakan satu aspek dalam isu ini yang telah lama diabaikan dan sering disalah faham. Sunfert International Fertility Centre (Sunfert) kini mengambil langkah untuk menarik perhatian terhadap kadar ketidaksuburan lelaki yang semakin meningkat dengan menganjurkan dua kempen kesedaran istimewa pada bulan Jun - Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki dan Bulan Kesedaran Kemandulan Sedunia. Matlamatnya adalah untuk memberi sokongan kepada pasangan yang mencuba untuk mendapatkan anak dengan berkongsi maklumat yang diperlukan dan menggalakkan mereka mendapatkan bantuan profesional jika mereka mengalami kesukaran untuk hamil.

DPAM MENGHIMPUN DAN MENYEPADU PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM USAHA MENENTANG DENGGI

Image
Sempena sambutan Hari Denggi ASEAN tahun ini, beberapa organisasi dan individu yang bermatlamatkan penghapusan denggi, telah bergabung untuk membentuk Dengue Prevention Advocacay Malaysia (DPAM). Usaha sama ini terdiri daripada lapan badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta beberapa orang pakar perubatan yang dihormati. 

MAYBANK ISLAMIC LANCAR EZYWASIAT - PERANCANGAN HARTA PUSAKA UNTUK WASIAT PATUH SYARIAH DIGITAL YANG KOMPREHENSIF

Image
Maybank Islamic Berhad baru-baru ini melancarkan EzyWasiat, perkhidmatan penulisan wasiat yang inovatif dan efisien untuk umat Islam di Malaysia. Perkhidmatan digital baharu ini membolehkan pelanggan merancang dan menyiapsediakan wasiat mereka dengan lebih cekap dan teratur, selaras dengan Syariah dan undang-undang faraid.

DEARTIME LANCAR INSURANS TAJAAN, MELUASKAN AKSES INSURANS BUAT GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

Image
DearTime, pengendali insurans hayat pertama di Malaysia di bawah Pengawalseliaan Teknologi Kewangan Bank Negara Malaysia (Sandbox), secara rasminya telah mengumumkan penawaran program Insurans Tajaan. Seperti manifestonya yang mengungkap ‘Touching One More Life’, inisiatif yang pertama seumpamanya ini membolehkan pemegang polisi DearTime berkongsi keihsanan melalui polisi-polisi insurans mereka, sekali gus membantu meningkatkan kadar penembusan perlindungan insurans di kalangan komuniti B40 di Malaysia.

PUSAT PERUBATAN PARKCITY MENGUMUMKAN PELANCARAN WAD I-KIDDO DIGITAL

Image
Menjalin kerjasama dengan TM One, cabang penyelesaian sektor perusahaan dan kerajaan TM, Pusat Perubatan ParkCity (PMC), sebuah hospital pelbagai disiplin di bawah naungan Ramsay Sime Darby Health Care (RSDH) dengan bangganya mengumumkan pelancaran Wad i-Kiddo yang dilengkapi ciri-ciri suite pintar untuk pesakit. Ia bertujuan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan memastikan pengalaman keseluruhan yang lebih baik untuk pesakit dan keluarga mereka. Ini merupakan salah satu daripada inisiatif pendigitalan PMC yang memanfaatkan penyelesaian penjagaan kesihatan digital dalam merevolusikan pengalaman penjagaan pesakit.

PENCARIAN BINTANG MINNAL KINI BERMULA DI RTM

Image
2023 menyaksikan RTM melalui stesen radio MINNALfm kembali menganjurkan Pertandingan Bintang Minnal. Penganjuran terakhir pada tahun 2020 yang lalu menyaksikan Piraveen merangkul gelaran juara yang membawa pulang wang tunai RM10,000.00 berserta trofi dan sijil.

‘ULTRAMAN BLAZAR’ BAKAL DISIARKAN PADA HARI YANG SAMA DENGAN JEPUN MULAI 8 JULAI INI

Image
  Para peminat siri superhero popular Jepun ciptaan Eiji Tsuburaya iaitu Ultraman kini boleh teruja dengan penampilan istimewa barisan pelakon daripada francaisnya iaitu Ultraman Trigger, Ultraman Decker serta Ichika Kirino dalam sesi Live Show & Cast Talk di Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar yang berlangsung pada 25 Jun di Lalaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur. Penganjuran ini merupakan acara rasmi Ultraman bersama peminat buat pertama kali di Malaysia hasil kerjasama di antara Astro Malaysia, Tsuburaya Productions dan Lalaport Kuala Lumpur untuk menjadikan siri superhero daripada Jepun ini sebagai tarikan utama pengunjung terutamanya kalangan kanak-kanak dan remaja. Lebih menarik, acara ini turut memperkenalkan siri baharunya yang bertajuk Ultraman Blazar buat julung kalinya di Malaysia dengan mengadakan sesi sidang media bersama barisan pelakon siri francais popular tersebut yang dihadiri Hiroki Matsumoto (Kanata Asumi), Raiga Terasaka (Kengo Manaka) dan Y

SEARCH, WINGS, BUTTERFINGERS DAN RAMAI LAGI BAKAL BERAKSI DI NUSA FEST 2023

Image
Setelah berhadapan pelbagai cabaran dan penundaan, Shiraz Projects Sdn Bhd kembali dan dengan bangganya membawakan kembali kepada khalayak sebuah festival yang menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi dan kemeriahan pada 8 dan 9 Julai 2023, Sabtu dan Ahad, bermula seawal jam 12 tengahari di Bandar Malaysia, Sungai Besi. 

GANDIGAN ROMANTIS BAHARU, ERYSHA EMYRA & HUN HAQEEM MENERUSI ‘CHINTA WRONG DIRECTION’

Image
Apabila dua jiwa yang larut dalam pergelutan hidup masing-masing bertembung, mereka membuka hati untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Begitulah penceritaan drama terkini Astro Ria, ‘Chinta Wrong Direction’ menampilkan pelakon baharu, Erysha Emyra sebagai Chinta yang hidup dalam kesengsaraan kejaman bapanya. 

‘SOUNDCIRCUS FESTIVAL’ BAKAL GEGARKAN MAEPS PADA 29 JULAI INI!

Image
Bagi meraikan tahun ke-12 penubuhan Art Of Speed Malaysia (AOSM), bersama-sama pengeluar produk peranti elektronik, BRO Asia, dan jenama motosikal terkenal, Harley-Davidson, sebuah festival muzik terbesar tahunan tanah air ‘SoundCircus Festival 2023’ bakal diadakan pada 29 Julai 2023 ini bertempat di MAEPS, Serdang.

FRENCH KIWI JUICE, FKJ, BAKAL BERAKSI DI KL PADA 26 JULAI INI DALAM KONSERT SIRI JELAJAH MUSIM PANAS 2023

Image
Dianjurkan oleh Neptune Presents, dengan kerjasama Rockstar Touring dan LAMC Productions, konsert artis instrumentalis global yang berasal dari Perancis akan berlangsung di Mega Star Arena di Kuala Lumpur, Malaysia pada 26 Julai 2023 ini.

SHOPEE MEMPERUNTUKKAN SEHINGGA RM50 JUTA UNTUK PELAJAR MALAYSIA

Image
Shopee, platform e-dagang terunggul di Asia Tenggara dan Taiwan secara rasminya bekerjasama dengan Sasbadi, syarikat penerbitan dan penyedia solusi pendidikan terkemuka di Malaysia, untuk memperkasakan pelajar dalam usaha mencapai matlamat pendidikan mereka. Kerjasama ini dilancarkan agar bahan pembelajaran dan ulang kaji berkualiti tinggi lebih mudah diakses oleh komuniti pelajar Malaysia agar mereka cemerlang dalam pelajaran.