FRENCH KIWI JUICE, FKJ, BAKAL BERAKSI DI KL PADA 26 JULAI INI DALAM KONSERT SIRI JELAJAH MUSIM PANAS 2023

Dianjurkan oleh Neptune Presents, dengan kerjasama Rockstar Touring dan LAMC Productions, konsert artis instrumentalis global yang berasal dari Perancis akan berlangsung di Mega Star Arena di Kuala Lumpur, Malaysia pada 26 Julai 2023 ini.

Ianya merupakan sebahagian dari konsert siri jelajah musim panas 2023 -2023 Asia tour, yang bermula pada awal tahun ini, Ia menyaksikan FKJ menghiburkan para peminatnya di negara-negara Asia seperti India, Indonesia, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Hong Kong, dan Filipina. Dan kini, dengan inisiatif Neptunes Presents, Malaysia juga telah disenaraikan di dalam negara-negara yang bakal dilawati.


Pada April tahun ini, FKJ telah memberikan persembahan yang sangat mengagumkan di hadapan ribuan peminatnya dengan set intrumental elektronik yang unik buat FKJ di festival muzik Coachella 2023 bertempat di Amerika Syarikat.

FKJ telah melancarkan album studionya berjudul ‘Vincent’ pada bulan Jun tahun lepas.. Album tersebut mengandungi single yang amat popular iaitu ‘Greener’ yang juga menampilkan Carlos Santana. Turut dimuatkan adalah kolaborasi bersama Toro y Moi dalam lagu ‘A Moment of Mystery’ dan ‘Can’t Stop’ bersama band elektronik dari Sweden iaitu Little Dragon.

Pada 2015 dan 2017, FKJ telah membawa impak besar di Malaysia dengan persembahan di Como dan The Bee, Publika dan Julai ini, peminatnya serta peminat-peminat muzik berpeluang sekali lagi untuk menyaksikan kehebatan FKJ secara live.


Tarikh:
26 Julai 2023 (Rabu)

Tempat:
Mega Star Arena KL

Tiket berharga di antara RM298 sehingga RM508, dan boleh dibeli via Ticket Empire di sini here.

Comments

Popular posts from this blog

KL WELLNESS CITY PERUNTUKKAN RM25 JUTA UNTUK MENANGANI ISU KEKURANGAN JURURAWAT DI MALAYSIA

SITI NORDIANA DILANTIK SEBAGAI DUTA JENAMA SAFI YOUTH GOLD RETINOL