KEMPEN ‘BEYOND #MISSINGJAPAN DILANCAR ’ SEMPENA PEMBUKAAN SEMULA NEGARA JEPUN


Japan National Tourism Organization (JNTO) dan All Nippon Airways (ANA), syarikat penerbangan terbesar di Jepun, telah melancarkan kempen “Beyond #MissingJapan” berikutan berita bahawa Jepun bercadang untuk membuka semula sempadan negara kepada pelancong antarabangsa. 

Kempen tersebut diilhamkan daripada luahan orang ramai di media sosial yang merindui Jepun akibat pandemi k dan juga semangat kuat anak kapal ANA yang tidak sabar untuk menjemput semula pelawat ke Jepun. 

Tujuan kempen ini adalah sebagai ransangan dan informatif kepada mereka yang ingin melawat ke negara Jepun. Kempen ini juga memberi tips - tips dan maklumat yang sangat membantu ketika pelancong membuat persediaan dalam perancangan percutian mereka. 

Walaupun peraturan perjalanan antarabangsa sentiasa berubah dan terdapat pelbagai varian baru Covid - 19, permintaan untuk melancong di Malaysia bagi tahun akan datang masih lagi kuat. Ini menjadi berita baik kepada warga Malaysia yang tidak sabar untuk keluar melancong. 

‘Tanah Matahari Terbit’ merupakan destinasi pelancongan popular bagi warga Malaysia sejak Julai 2013 apabila keperluan visa jangka pendek bagi warganegara Malaysia dimansuhkan. 

Menurut tinjauan Statista yang dijalankan pada 2019, aktiviti pelancongan utama oleh pelancong Malaysia ialah menikmati makanan Jepun, membeli - belah serta menikmati keindahan alam sekitar dan tempat - tempat persiaran. 


En. Isao Ono, Timbalan Presiden Pemasaran dan Jualan Bahagian Asia & Oceania ANA berkata. “Saya percaya kempen “Beyond #MissingJapan” akan memberi peluang kepada mereka yang merindui Jepun untuk mengenal semula Jepun melalui beberapa siri rakaman video yang memaparkan personaliti terkenal Asia dan memberikan gambaran 360 darjah ‘first - person’ semasa mendarat di Jepun. 

Di ANA, kami mempunyai komitmen untuk memberikan perkhidmatan terbaik di dalam suasana yang selamat dan bersih kepada semua penumpang. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan lebih ramai pelancong ke Jepun pada masa terdekat.” 

Pempengaruh di Malaysia, Cheesie dalam video kempen ‘Beyond #MissingJapan’ ANA, menunjukkan tapak bersejarah bandar Greater Tokyo yang kurang dikenali. Kempen “ Beyond #MissingJapan ” mendedahkan beberapa tempat pelancongan tersembunyi yang patut dikunjungi oleh pelawat kali pertama ataupun pelawat yang biasa melawat Jepun. 

Perkongsian ini dilakukan melalui lensa tujuh orang selebriti media sosial termasuk model dan pempengaruh di Malaysia, Cheesie yang terkenal dengan panggilan “ original Harajuku Girl of Asia ” kerana telah melawat kesemua 47 tempat pelancongan ternama di Jepun. Di dalam video berkenaan, Cheesie dibawa ke Bandar Raya Tokyo (Japan’s Greater Tokyo), di mana beliau berkongsi dengan pononton beberapa mercu tanda utama yang sepastinya sedia tersenarai dalam itinerari mana - mana pelancong ke Jepun. 

Di Don Quijote, Cheesie mengembara lorong - lorong kedai yang berliku - liku yang menunjukkan pengalaman membeli - belah yang menakjubkan. Cheesie juga membawa penonton bersama apabila beliau menikmati semangkuk Mee Ramen di Naritaya yang mempunyai sijil Halal supaya pelancong Muslim boleh menikmati makanan dengan hati yang tenang. Penonton juga dapat lihat Cheesie mengembara tempat - tempat menarik di Jepun seperti Bandar Tokorozawa Sakura yang mempamerkan komplex kebudayaan seni dan galeri muzium, perpustakaan, dan Sanagi Shinjuku yang mempamerkan makanan unik Jepun yang dinikmati di dalam susana pesta dan perayaan. 

Tempat pelancongan tarikan utama di Jepun juga boleh dilihat menerusi video 360 darjah yang menawarkan pengalaman yang lebih imersif dan teratur bagi membolehkan penonton membayangkan diri mereka di destinas i pengembaraan dan menjangkakan pengalaman sebenar aktiviti - aktiviti. Selain Greater Tokyo, kempen “ Beyond#MissingJapan ” juga mempamerkan mercu tanda dan tarikan lain yang kurang dikenali seperti Kanazawa dan Fuji Five Lakes melalui 6 orang personaliti media sosial di Hong Kong, Taiwan, Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.ana.co.jp/group/en/ 

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA