Posts

Showing posts from November, 2022

ALPHACELLE PERKENALKAN PENYELESAIAN SEL STEM BERSEPADU UNTUK MENANGANI PENYAKIT DEGENERATIF YANG KIAN MENINGKAT DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

Image
Bilangan warga emas Malaysia dianggarkan mencecah 2.4 juta atau 7.5% daripada jumlah penduduk negara secara keseluruhannya. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), penduduk berusia 60 tahun dan ke atas meningkat setiap tahun. Malah Malaysia bakal menjadi sebuah negara ‘warga emas’ menjelang 2030, dengan penduduk berusia lebih 60 tahun membentuk 15.3% daripada populasi. Ini bermakna dalam tempoh 8 tahun akan datang, seorang daripada setiap 6 orang berusia lebih 60 tahun.

GRILLED BUTTER CHICKEN KINI KEMBALI DI THE CHICKEN RICE SHOP!

Image
Populariti anime telah lama mencipta sejarah bukan sahaja di Jepun malah juga di seluruh dunia dan perkataan henshin dalam bahasa Jepun (yang bermaksud transformasi) kerap digunakan apabila watak-watak anime berubah daripada manusia biasa kepada adiwira yang hebat dan berkuasa. 

IPC MERAIKAN KEAJAIBAN KRISMAS DENGAN “ӒNDRA’S ENCHANTING GARDEN”

Image
Berpegang teguh kepada prinsip kelestarian yang menjadi tunjang perniagaan mereka, IPC Shopping Centre terus mempertingkatkan pendekatan hijau mereka dengan konsep kitar semula dua kali dekorasi Krismas mereka. Menerusi usaha kreatif dan berinovasi baharu serta komitmen berterusan ke arah mengurangkan pembuangan sisa ke tapak pelupusan sampah, dekorasi perayaan itu dan strukturnya telah diperbuat daripada bahan lestari seperti kertas dan papan kayu termampat kitar semula. 

HARITH ISKANDER TAMPILKAN PERSEMBAHAN KOMEDI "RELAZZ LAH MALAYSIA' DI ZEPP KL

Image
Pelawak negara yang tersohor pada peringkat dunia, Harith Iskander, mengumumkan Persembahan Komedi Paling Penting Tahun Ini bertajuk ‘RELAZZ LAH MALAYSIA’ yang akan berlangsung di ZEPP Kuala Lumpur pada 26 November, 2022.

TEMUI KARAKTER LINE FRIENDS DAN BT21 KEGEMARAN ANDA DI METROJAYA MID VALLEY!

Image
Metrojaya, gedung beli-belah terkemuka di Malaysia, telah membuat kejutan istimewa khas untuk para peminat dengan pelancaran PLAY LINE FRIENDS. Populariti jenama karakter ini semakin meningkat di seluruh dunia dan kini, pengunjung Metrojaya Mid Valley di Kuala Lumpur dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang luar biasa ini sehingga 5 Februari 2023!

HAYAT KIMYA MENGUKUHKAN KEHADIRAN DI MALAYSIA SEMPENA SETAHUN KEWUJUDAN JENAMA MOLFIX

Image
Hayat Kimya, pemain global dalam industri barangan pengguna (FMCG) yang bergerak pantas, dan pengeluar lampin ke-5 terbesar dunia, komited untuk terus meluaskan pasarannya di Malaysia melalui jenama lampin berkualiti tinggi, Molfix. Jenama Molfix kini boleh didapati di lebih 4,500 kedai fizikal dan maya.

LOMO PICTURES BAKAL TAMPILKAN SIRI DRAMA TAHUN BAHARU CINA "NEW YEAR RENDEZVOUS" DI ASTRO SHUANG XING

Image
Tahniah kami ucapkan kepada Lomo Pictures yang menyambut ulang tahun ke-6 penubuhannya baru-baru ini. Hasil titik peluh Penerbit Aron Koh dan Pengarah Ryon Lee pada 2016, syarikat pembikinan filem yang terkenal di Malaysia telah menghasilkan banyak filem tempatan berbahasa Cina yang berjaya memikat hati ramai penonton. 

COOLBLOG LANCAR SESUATU YANG MERAH DAN MERIAH DENGAN PERISA RED VELVET CHEESE BAHARU!

Image
Sempena musim perayaan ini, Coolblog melancarkan siri Red Velvet Cheese yang menampilkan dua perisa terbaharu iaitu Red Velvet Cheese dan Red Velvet Choco Cheese! Peminat red velvet kini berpeluang menikmati keenakan kek kegemaran mereka dalam bentuk smoothie di cawangan Coolblog di seluruh negara mulai 25 November.

FILEM SERAM INDONESIA, ‘QODRAT’ BAKAL MERASUK PAWAGAM MALAYSIA MULAI 24 NOVEMBER

Image
Filem seram box office Indonesia, QODRAT telah berjaya menerima 101,272 penonton di hari pertama pembukaan tayangannya menerusi lebih 400 pawagam pada 27 Oktober lalu dan sehingga hari ini telah menerima jumlah penonton melebihi 1.7 juta. 

PELANGGAN DI MALAYSIA KINI BOLEH MENGAKSES BERIBU-RIBU TAWARAN DI AMAZON SINGAPURA SEMPENA JUALAN BLACK FRIDAY

Image
Buat kali pertama, pelanggan di Malaysia akan dapat menikmati ribuan tawaran Black Friday yang luar biasa di Amazon Singapura bermula pada hari Jumaat, 25 November di amazon.sg/blackfriday . Ini merangkumi kategori Buku, Mainan, Rumah, Dapur dan banyak lagi, termasuk jenama Lego, Thermos, Hasbro dan National Geographic. Di samping itu, Amazon Singapura turut menampilkan tawaran daripada perusahaan kecil dan sederhana seperti Table Matters, Armaggeddon, Redragon dan sebagainya.

PENYERTAAN ORKESTRA TRADISIONAL MALAYSIA (OTM), ISTANA BUDAYA DI FESTIVAL MUZIK ASEAN INDIA (AIMF) 2022

Image
7 pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) Istana Budaya yang menamakan kumpulan mereka sebagai Instamuzika akan menyertai Festival Muzik ASEAN India di Purana Qila selama 3 hari bermula 18 hingga 20 November.

NOAH HIBURKAN LEBIH 2,500 PEMINAT DENGAN PERSEMBAHAN MEMUKAU & PENUH BERTENAGA

Image
Label penganjur acara kian popular, YOLO Malaysia sekali lagi berjaya menghiburkan lebih kurang 2,500 peminat tegar band rock terkenal dari Indonesia, NOAH dalam sebuah konsert memukau dan penuh bertenaga, ‘NOAH Live in KL’ pada malam semalam bertempat di dewan serba moden, Zepp KL.

THE HAVEN RESORT BAWAKAN PENGALAMAN SIMFONI ‘SENSURROUND’ YANG SUKAR DILUPAKAN

Image
Penyanyi  Mezzo-Soprano Jiayao Sun Destinasi peranginan popular, The Haven Resort Ipoh telah berjaya menganjurkan sebuah persembahan simfoni The Haven Musical Extravaganza dengan kerjasama Orkestra Simfoni Selangor selama tiga malam berturut-turut pada 27, 28 dan 29 Oktober 2022.

ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA DI PARADIGM MALL, PETALING JAYA

Image
Malaysia menjadi tuan rumah kepada Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) dari 10 hingga 27 November 2022 di Paradigm Mall, Petaling Jaya.

TEMUI PEMAIN BOLA SEPAK BERSTATUS LEGENDA ROBBIE FOWLER & RASAI KEHANGATAN PIALA DUNIA BERSAMA AEON GOAL BONANZA

Image
Adakah anda bersedia untuk menyaksikan kehebatan Piala Dunia FIFA Qatar 2022? AEON bakal membawakan kempen AEON Goal Bonanza, bermula 15 sehingga 25 November khas untuk para penggemar sukan bola sepak.  Pelbagai aktiviti akan diadakan di AEON Goal Bonanza di mana anda berpeluang untuk memenangi barangan Piala Dunia yang eksklusif. Tunjukkan kesetiaan anda kepada pasukan kegemaran anda dengan mendapatkan pelbagai barangan Piala Dunia yang menarik di sana nanti. Ada yang lebih menarik! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara England dan Iran bersama Lagenda Bolasepak England, Robbie Fowler di AEON MALL Tebrau City, Johor pada 21 November ini. Robbie Fowler turut akan hadir ke AEON MALL Ipoh Klebang pada 20 November dan AEON MALL Shah Alam pada 22 November untuk sesi ramah mesra bersama penyokong dan peminat.  Jom ke AEON Goal Bonanza. Anda juga berpeluang memenangi Pass VIP Robbie Fowler dengan pembelian RM580 (bukan ahli AEON) dan RM480 (AEON memb...

NESPRESSO LANCAR KOLEKSI KAPSUL KOPI EKSKLUSIF BERSAMA PIERRE HERMÉ

Image
Nespresso dan chef pastri dan pembuat coklat terkenal dunia, Pierre Hermé, teruja berganding bahu dan mengumumkan koleksi kapsul menandakan permulaan musim perayaan. Kopi eksklusif tersebut meraikan cita rasa dan kenikmatan tinggi, membuatkan ia cara terbaik bagi penghayatan rasa dan selera.

KUMPULAN SODA MUNCUL JUARA SULUNG PROGRAM AWESOME RAJA LAWAK

Image
Setelah 10 minggu beraksi, akhirnya Kumpulan Soda yang sering mempamerkan prestasi cemerlang secara konsisten membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai juara sulung program Awesome Raja Lawak sekaligus membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai sebanyak RM50,000. 

MENGIMBAU KEMBALI PERJALANAN PIALA DUNIA BERSAMA-SAMA ADIDAS & AL-IKHSAN SPORTS

Image
Sempena Piala Dunia Qatar akan datang; dan bagi meraikan Al-Rihla, inovasi terkini dalam sejarah bola perlawanan Tiga Jalur yang panjang – adidas mengalu-alukan para atlet dan peminat bola sepak untuk menerokai evolusi kejohanan itu di Jerayawara Bola Perlawanan Rasmi adidas bermula dari 10 hingga 20 November 2022 di Orange Concourse, Sunway Pyramid.

ASTRO MENAWARKAN SME KETERSAMBUNGAN YANG LEBIH BAIK MENERUSI BIZFIBRE BAHARU

Image
Astro telah melancarkan BIZfibre baharu, perkhidmatan jalur lebar generasi akan datang dengan penghala WiFi-6 yang menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi pada kestabilan yang lebih baik kepada perniagaan. BIZfibre dikuasakan oleh Astro Fibre, adalah pelengkap sempurna kepada Pek TV komersialnya yang menawarkan sukan secara siaran langsung, rancangan TV terbesar, filem blokbuster dan berita terkini.

AMALKAN GAYA HIDUP PANDA DAN MENANGI SEBUAH RUMAH DAN BANYAK LAGI HADIAH MENARIK

Image
Panda menjalani kehidupan yang tenang, dengan menghabiskan masa dengan hanya bersantai dan makan sepanjang hari, kemudiannya makan dan makan lagi. Sememangnya itulah sifat mereka. foodpanda, selaku platform penghantaran makanan terkemuka, berazam untuk memudah dan membolehkan para pengguna mengamalkan “Hidup Gaya Panda”, menjimatkan masa mereka dengan menghantar makanan dan barangan keperluan harian terus ke rumah mereka, tanpa mengira masa.

#SWISHAWAYSENSITIVITY DENGAN LISTERINE® TOTAL CARE SENSITIVE BAHARU

Image
Gigi sensitif sering dikaitkan dengan rasa yang tidak selesa apabila mengambil makanan dan minuman sejuk atau panas seperti Ais Kacang, ais krim dan kopi yang panas ataupun minuman sejuk. Sekiranya lawatan anda bersama doktor gigi tidak menunjukkan sebarang kerosakan gigi ataupun keretakan, anda mungkin mengalami kehiperpekaan dentin, keadaan yang menyebabkan rasa sensitif yang tajam disebabkan gigi terdedah kepada rangsangan luaran.

PUSAT BELI BELAH TOPPEN MERAIKAN ULANG TAHUN KE-3 DENGAN KEMPEN “RINGGIT KASI TARIIIK” DI SEPANJANG NOVEMBER INI

Image
Pusat Beli BelahToppen meraikan sambutan ulang tahun ke-3 dengan pelancaran kempen “Ringgit Kasi Tariiik”, menjemput pembeli-belah untuk tarik ringgit mereka melalui tawaran hebat, promosi, dan hadiah, serta menyertai pelbagai acara menarik. Kempen ini bertujuan untuk mengingatkan rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya akibat dari inflasi bahawa Pusat Beli Belah Toppen mempunyai pelbagai tawaran yang mampu memenuhi saiz dompet yang berbeza-beza.

RAISA TURUN PADANG UNTUK PROMOSI KONSERT 'RAISA: LIVE IN MALAYSIA'

Image
Hitman Solutions, antara penganjur acara terkemuka Malaysia dengan bangganya mempersembahkan konsert bintang popular Indonesia, 'Raisa: Live In Malaysia' yang dijanjikan menjadi malam penuh pesona dengan penampilan perdana Raisa, ratu pop dan R&B tersohor dari negara seberang pada 20 November 2022 , 8:30 malam bertempat di ruang konsert eksklusif, Zepp Kuala Lumpur.

SHOPEE: MASA DEPAN E-DAGANG DENGAN INFLUENCERS DI MALAYSIA

Image
Baru-baru ini, Shopee Malaysia menganjurkan Masa Depan E-Dagang dengan Influencers di Malaysia, sebuah forum maya yang membincangkan keterkaitan komuniti influencers dalam talian. Panel tersebut menampilkan tiga speaker ucaptama: Hanita Sayuti (Shopee Bintang Seller), Nikki Wong (Shopee Livestream Influencer), Syazwani Md Saad (Shopee Affiliate), dan Encik Kenneth Soh (Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia).

NOVO NORDISK DAN UPM BEKERJASAMA MENANGANI OBESITI

Image
Dari kiri: Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr. Nazamid Saari, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia, Richard Abela, Naib Presiden dan Pengurus Besar, Novo Nordisk Pharma (Malaysia) Sdn Bhd and Patricia Tan, Pengarah, Unit Urusan Obesiti, Novo Nordisk. Novo Nordisk Pharma (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Novo Nordisk”) meneruskan usahanya untuk memacu perubahan terhadap obesiti dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM). Persetujuan ini diraikan di majlis tanda tangan Memorandum Persefahaman (MoU) Khamis lalu yang menggariskan beberapa siri aktiviti untuk menangani isu obesiti yang semakin meningkat, iaitu 30.4 peratus orang dewasa Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dan 19.7 peratus adalah obes.

KOD KANDUNGAN 2022 MEMPERKASA SETIAP AHLI EKOSISTEM KANDUNGAN DENGAN MEMUDAHKAN KAWAL SELIA KENDIRI.

Image
Pelancaran Kod Kandungan 2022 - R-L: Kenny Ong, Pengerusi Forum Kandungan, Muhammad Razali bin Anuar, Penasihat Pengerusi MCMC, Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang Dilantik Astro, Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian TV Media Prima, Mediha Mahmood, Pengarah Eksekutif Forum Kandungan, Ruben Hattari, Pengarah Dasar Awam Netflix dan Dinesh Ratnam, Pengurus Negara iQiyi. Seiring dengan peningkatan kewujudan pencipta kandungan dalam industri, maka, terdapat keperluan penting untuk mewujudkan ekosistem kandungan yang lebih efektif. Kebergantungan pada kawalan pihak ketiga semata-mata bukan lagi pilihan yang berdaya maju, terutamanya apabila sesiapa sahaja boleh menjadi pencipta kandungan dalam alam digital, di mana kemahuan untuk mendapatkan lebih banyak klik dan tontonan semakin berleluasa.

SOOKA SEMARAKKAN DEMAM BOLA SEPAK DENGAN KEMPEN WORLD CUP 'IKUT SOOKA'

Image
sooka, aplikasi penstriman aksi sukan LIVE dan kandungan hiperlokal – kini kembali untuk meraikan Piala Dunia FIFA Qatar 2022™ yang bakal tiba. Kempen World Cup Ikut sooka memberi peluang kepada para peminat bola sepak untuk menonton kesemua 64 perlawanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022™ secara langsung, terus daripada peranti mudah alih anda ataupun TV pintar untuk aksi daripada pasukan kegemaran anda melalui skrin yang lebih besar.

BODY PERFECT MENDERMA RM18,000 UNTUK MENYOKONG KESEDARAN KANSER PAYUDARA

Image
Sempena bulan Kesedaran Kanser Payudara pada bulan Oktober, Body Perfect Aesthetic & Wellness baru-baru ini menganjurkan majlis kesedaran kanser payudara yang ke-20 ‘The Power Of Pink’ bertemakan #BreastMatters untuk menyokong Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) di Sheraton Petaling Jaya Hotel untuk memperjuangkan pendidikan dan kesedaran kanser payudara untuk wanita.  Upacara pemberian sumbangan cek - Ms Mandy Tan, Puan Sri Akmal, Ms Kim Lim

SENTUHAN ANGGUN DI DAPUR DENGAN KOLEKSI PINK BERRY COSMIC COOKWARE

Image
Sempena musim perayaan hujung tahun ini, Cosmic Cookware telah melancarkan warna baharu yang ceria dan anggun bagi koleksi peralatan memasaknya - Pink Berry! Bukan sahaja cantik dipandang, koleksi ini memudahkan tugasan memasak anda dan boleh digunakan untuk menyajikan makanan di meja makan terus dari dapur.  Diperbuat dengan kompaun seramik semula jadi, Cosmic Cookware adalah bebas daripada bahan-bahan kimia serta toksin yang merbahaya seperti TEFLON (PTFE), PFOA, Kadmium, timah dan lain-lain lagi. Permukaan memasak periuk dan pan ini disaluti dengan lapisan seramik ILAG yang telah pendapat pensijilan negara Switzerland dan dijamin tidak melekat. Koleksi Pink Berry ini adalah edisi terhad yang menampilkan produk terlaris Cosmo Cookware seperti Cosmo Pan, Cosmo Casserole dan Cosmo Fry , juga aksesori dapur seperti Cosmo Utensil Set, Cosmo Oven Mitt dan Cosmic Grocery Bag . Ceriakan sambutan hari Krismas dan gunakanlah Cosmic Cookware Pink Berry untuk memsak dan juga menghidangka...

SLOT MEGADRAMA ASTRO RIA KETENGAHKAN ISU PENCERAIAN DALAM SIRI DRAMA 'CINA BUTA'

Image
‘Adakah nilai cinta lebih besar daripada nilai wang?’ merupakan persoalan drama terkini Astro Ria yang memaparkan kisah seorang lelaki yang sanggup mencantumkan talian perkahwinannya semula selepas talak tiga dengan mengupah ‘Cina Buta’. Slot MegaDrama kali ini pasti akan menarik perhatian para penonton Astro dengan penceritaan perceraian dan masalah rumah tangga di kalangan masyarakat kini yang dianggap masih taboo di layar perak.

MASAK SENDIRI 340 KG SOTONG UNTUK SEDEKAH MASJID, RAMAI PUJI KEIHKLASAN ALEEYA & BIG BOSS

Image
Sebagai umat Islam, adalah menjadi kewajipan bagi setiap hamba-Nya melakukan kebaikan sesama manusia. Hal ini termasuklah amalan bersedekah kepada golongan yang memerlukan, sekali gus menjamin pahala berganda. 

THE MANHATTAN FISH MARKET LANCARKAN MENU ‘WHAT THE FISH!’ SEMPENA ULANG TAHUN KE-20NYA DI MALAYSIA.

Image
The Manhattan FISH MARKET Malaysia telah melancarkan What The Fish!, kempen jenama sempena Ulang Tahun ke-20nya di Malaysia.

6 TARIKAN PENUH KERIANGAN DI HONG KONG YANG WAJIB ANDA KUNJUNGI

Image
Ada beberapa perkara yang tidak akan ketinggalan zaman, Hong Kong adalah salah satu daripadanya. Sebuah bandaraya yang sentiasa dalam berkembang dinamik serta sering menawarkan tarikan terbaharu kepada para pelancong mahupun keluarga yang sedang merancang percutian menyeronokkan. Hong Kong tetap sibuk mempromosikan tarikan pelancongannya semasa pandemik, dan berikut adalah beberapa tarikan baharu Hong Kong: