NOVO NORDISK DAN UPM BEKERJASAMA MENANGANI OBESITI

Dari kiri: Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr. Nazamid Saari, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia, Richard Abela, Naib Presiden dan Pengurus Besar, Novo Nordisk Pharma (Malaysia) Sdn Bhd and Patricia Tan, Pengarah, Unit Urusan Obesiti, Novo Nordisk.

Novo Nordisk Pharma (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Novo Nordisk”) meneruskan usahanya untuk memacu perubahan terhadap obesiti dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM). Persetujuan ini diraikan di majlis tanda tangan Memorandum Persefahaman (MoU) Khamis lalu yang menggariskan beberapa siri aktiviti untuk menangani isu obesiti yang semakin meningkat, iaitu 30.4 peratus orang dewasa Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dan 19.7 peratus adalah obes.

MoU ini telah ditandatangani oleh Richard Abela, Naib Presiden dan Pengurus Besar Novo Nordisk dan Profesor Dr. Nazamid Saari, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia yang mewakili YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia. MoU tersebut akan dijalankan selama lima (5) tahun dari tahun 2022 hingga 2027. Persetujuan ini disaksikan oleh Prof. Dr. Zamberi Sekawi, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia dan Patricia Tan, Pengarah, Unit Urusan Obesiti, Novo Nordisk.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen Novo Nordisk untuk melangkaui bidang perubatan dan bekerjasama merentas sektor dalam memacu perubahan demi membasmi stigma serta menjadikan obesiti sebagai keutamaan dalam penjagaan kesihatan.

“Kerjasama antara Novo Nordisk dan UPM ini diharap dapat meningkatkan kesedaran tentang obesiti sebagai penyakit kronik, membina pembangunan kapasiti profesionalisme pegawai kesihatan (HCP) semasa dan akan datang serta pendekatan pasukan daripada pelbagai disiplin dalam pengurusan holistik berkenaan obesiti. Kami bersama-sama dengan rakan kongsi yang lain komited untuk memacu perubahan perspektif, mencegah dan merawat obesiti”, kata Richard.

Dalam kerjasama itu, Novo Nordisk dan UPM akan menjalankan tiga (3) aktiviti utama dalam tempoh 5 tahun. Aktiviti tersebut ialah 1) melalui platform modul pengajaran obesiti dalam talian untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan mengenai obesiti, 2) melengkapkan profesional penjagaan kesihatan semasa dan akan datang dalam pengurusan obesiti, dan 3) mencipta aktiviti pendidikan perubatan dan platform pengajaran mengenai modul obesiti di Malaysia dalam portal universiti seperti kelas kepakaran obesiti kepada para pelajar dan HCP.

Aktiviti ini akan tertumpu pada sesi perkongsian ilmu untuk membantu pelajar dan HCP yang mengambil bahagian untuk memupuk kemahiran mendiagnosis, merawat dan/atau merujuk pesakit obesiti kepada penjagaan dan pengurusan obesiti yang holistik.

Sebagai sebuah Universiti Penyelidikan, UPM sentiasa memainkan peranan yang optimum dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, serta rangkaian industri dan komuniti bagi memastikan ilmu dan kepakaran dapat disalurkan serta dimanfaatkan oleh semua pihak. “UPM mengalu-alukan kerjasama MoU dengan Novo Nordisk kerana para pelajar dan HCP kami akan memperoleh pengetahuan serta kemahiran mengenai pengurusan obesiti. Perkongsian ilmu antara Novo Nordisk dan UPM akan membantu mereka memahirkan diri dalam menguruskan pesakit yang menghidapi penyakit kronik ini dengan berkesan pada masa hadapan,” kata Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman.

“Perkongsian strategik ini akan memberi manfaat kepada semua pihak dan pastinya menyerlahkan kepentingan kerjasama yang memberi impak antara ahli akademik dan industri. Akhirnya, masyarakatlah yang akan memperoleh manfaat penuh,” kata Profesor Dr Zamberi Sekawi [Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM)

“Kerjasama dengan Novo Nordisk pada awalnya bermula khusus untuk penjagaan dan pengurusan pesakit obesiti di hospital UPM. Selepas itu, kami bekerjasama untuk seminar pelajar interprofesional di fakulti. Inisiatif modul obesiti ini akan membantu mendidik dan mempersiap siaga para pelajar serta HCP dengan pengetahuan dan kemahiran klinikal bagi pengurusan penyakit obesiti yang kompleks” kata Profesor Madya Dr Zubaidah Nor Hanipah, [Ketua Jabatan Pembedahan dan Ketua Unit Metabolik dan Obesiti, UPM).

Sejak tahun 2018, Novo Nordisk telah bekerjasama dengan pasukan Metabolik dan Obesiti, UPM yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Zubaidah Nor Hanipah. Pelbagai aktiviti komuniti dan pendidikan telah dijalankan seperti kumpulan sokongan dan sesi perkongsian pesakit, video pendidikan pesakit, program pendidikan interprofesional untuk pelajar sarjana muda, kerjasama penyelidikan dan penulisan ilmiah. Kerjasama ini adalah lanjutan daripada hubungan sedia ada antara kedua-dua pihak yang percaya bahawa kerjasama ini akan mengukuhkan pendekatan untuk memerangi obesiti.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI