BABY PAPA DI SAMARINDA TV3: DRAMA MENYENTUH HATI TENTANG CINTA DAN PENGORBANAN


Tubuhnya kecil, namun semangatnya luar biasa! Baby Papa bakal bertemu penonton di slot Samarinda TV3 dengan kisah seorang anak berhati besar, kasih seorang ayah tidak berbelah bahagi dan penyatuan semula yang penuh makna.

Merupakan terbitan Sha’s Media Sdn Bhd, Baby Papa membawa kisah yang sarat dengan kehangatan dan kasih sayang keluarga. Drama ini menggambarkan perjalanan hubungan ayah dan anak yang diuji oleh pelbagai dugaan yang tidak disangka. Saksikan tayangannya mulai 12 Jun 2025 ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam hanya di TV3.

Dibintangi oleh Faizal Hussein, Kirana Batrisyia, Emelda Rosmila, Fauziah Nawi dan ramai lagi, Baby Papa mengisahkan tentang Alisha (Kirana Batrisyia), seorang kanak-kanak pintar dan ceria yang tinggal bersama ayah tunggalnya, Didie (Faizal Hussein), dan neneknya (Fauziah Nawi).

Setelah neneknya meninggal dunia dan Didie mengalami kemurungan, mereka memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mencari ibu Alisha, Rosie (Emelda Rosmila), demi menunaikan amanah terakhir arwah nenek.


Sepanjang perjalanan, mereka menempuhi pelbagai cabaran, lebih-lebih lagi dengan sifat Alisha yang suka membantu sesiapa sahaja yang ditemuinya. Setibanya di Kuala Lumpur, mereka mendapati Rosie telah berpindah. Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Alisha akan berputus asa dalam pencariannya atau sebaliknya?

Jangan lupa temu janji anda bersama Baby Papa bermula minggu hadapan di slot Samarinda TV3, sebuah drama menyentuh hati yang bakal menggamit emosi menerusi 20 episod penuh erti.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

WATSONS PERKENAL RANGKAIAN SERUM TARGET PRO BY WATSONS YANG DIPERBAHARUI

IQOO NEO 10 DILANCARKAN DENGAN CIP BERKEMBAR BERTARAF MERCU, MENAWARKAN PRESTASI LUAR BIASA DAN HAYAT BATERI TERBAIK DALAM INDUSTRI