Posts

Showing posts from July, 2020

ULASAN FILEM: THE RENTAL - KISAH NGERI PERCUTIAN RUMAH SEWAAN

Image
Sinopsis:  Charlie (Dan Stevens) dan rakan kongsi perniagaannya Mina (Sheila Vand) berhasrat untuk meraikan kejayaan perniagaan mereka dengan bercuti di sebuah rumah agam indah di tepi pantai yang terpencil. Mereka disertai oleh isteri Charlie, Michelle (Alison Brie) dan juga teman lelaki Mina, Josh (Jeremy Allen White) yang juga merupakan adik lelaki Charlie.

EGGETTE LAB MALAYSIA PERKENAL 2 PERISA BAHARU BERBAWANG PUTIH

Image
Eggette Lab Malaysia bakal melancarkan dua produk baharu  Butter Garlic Eggette dan Butter Garlic Charcoal Eggette  pada hari Sabtu ini, 1 Ogos. Penggemar eggette dan bawang putih boleh menikmati Butter Garlic Eggette dengan harga RM10.90 manakala Butter Garlic Charcoal Eggette dengan harga RM11.90. Perisa-perisa baharu ini bolah didapati di kedai Eggette Lab Malaysiadi lokasi berikut: Sunway Pyramid, Pavilion Kuala Lumpur, Mid Valley Megamall, 1 Utama Shopping Centre and Gurney Plaza, Penang.  Eggette Lab Malaysia juga bakal mengadakan jualan untuk 8.8 Eggette Day . Semua eggettes termasuk Butter Garlic Eggette dan Butter Garlic Charcoal Eggette bakal dijual pada harga diskaun RM8.80. Penggemar eggette juga boleh mendapatkan dua eggette original pada harga RM8.80 sahaja.  Untuk maklumat lanjut sila ikuti laman  Facebook  dan Instagram di  @eggettelab .

ASIAN FOOD NETWORK LANCAR LAMAN WEB BERBAHASA MALAYSIA

Image
Demi meraikan pengalaman kulinari dan budaya unik Asia dengan cara sejati, saluran makanan dalam talian dan TV terkemuka di rantau ini - Asian Food Network (AFN) - melancarkan dua laman web dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia.

TINGKATKAN KEPUASAN KEMBARA ANDA SECARA "SLOW TRAVEL"

Image
Jadual yang sibuk, penerbangan tambang murah, tawaran penginapan yang hebat dan teknologi di hujung jari telah menjadikan satu kebiasaan kepada kita untuk bergerak dari destinasi ke destinasi mengikut senarai tempat-tempat yang wajib dikunjungi. Apa kata jika anda perlahankan gerak langkah dan dalami perjalanan berikut dengan sepenuhnya? Jangan tergesa-gesa, hentikan ganjaran segera dan luangkan sedikit masa di kawasan pergunungan yang bersalji atau di vila pantai Tropika dengan pemandangan lautan sambil menikmati saat-saat indah bersama minuman enak untuk diminum sepuasnya.

NELYDIA & FATIN AFEEFA DILANTIK SEBAGAI SKUAD HAVAIANAS MALAYSIA

Image
Havaianas, jenama yang telah membina warisannya sebagai Flip Flop ikonik buatan Brazil telah membuka kedai utamanya di Pavilion Kuala Lumpur. Sejak tahun 1962, jenama Havaianas telah berkembang sehingga menjadi terkenal sebagai salah satu ikon Brazil. 

DAVID BECKHAM BAKAL TERAJUI PROGRAM AIA LIVE 2 OGOS INI

Image
AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas, hari ini mengumumkan ia bakal menganjurkan acara kesihatan dan kesejahteraan serantau dalam talian buat julung kalinya merentasi 13 pasaran dan diterajui oleh Duta Global AIA, David Beckham. 

PROMOSI MAKAN MALAM TIKI BBQ SEAFOOD @ KONTIKI RESTAURANT

Image
Berita baik buat penggemar makanan bakar BBQ! Restoran kegemaran ramai Kontiki Restaurant @ The Federal Kuala Lumpur telah membuka pintunya semula setelah ditutup dalam tempoh PKP baru-baru ini. 

UNIFI KUKUHKAN PKS TEMPATAN MENERUSI UNIFI BUSINESS CLUB (UBC)

Image
Berikutan peningkatan bilangan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) yang berpindah masuk ke pasaran digital, maka banyak yang mencari pembekal perkhidmatan yang boleh membantu perniagaan ini beroperasi dengan lebih efisien dalam ‘normal baharu’. 

LOVE BEAUTY AND PLANET LANCAR RANGKAIAN CLEAN OCEAN

Image
Jenama penjagaan diri, Love Beauty and Planet telah memperkenalkan dua rangkaian penjagaan rambut dan badan baharu yang diilhamkan oleh lautan Edisi Clean Oceans. Rangkaian Love Beauty and Planet ini adalah yang pertama menggunakan bungkusan 100% plastik yang diperolehi dari lautan dan dirumus menggunakan  ramuan semulajadi yang kaya dengan khasiat mineral dari sumber lautan.

MARRYBROWN TAWAR 10,000 NASI LEMAK PERCUMA PADA 1 OGOS 2020?

Image
Bagi meraikan Nasi lemak sebagai Hidangan Kebanggaan Kita, Marryborwn telah mengisytiharkan tarikh 1 Ogos sebagai Hari Nasi lemak Marrybrown. Pada hari tersebut, Marrybrown ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk ke restoran-restoran Marrybrown di seluruh Malaysia untuk menikmati lebih daripada 10,000 kotak Nasi Lemak MB yang bakal diberikan secara PERCUMA.

KEMPEN "JOM! NIKMATI PULAU PINANG" BAWAKAN TAWARAN TERBAIK

Image
Usaha pihak Pelancongan Negeri Pulau Pinang untuk menyemarakkan lagi industri pelancongan negeri disambung di pusat bandar Kuala Lumpur dengan pelancaran kempen “JOM! Nikmati Pulau Pinang” (JOM! Experience Penang) bertempat di Hotel Pullman Kuala Lumpur hari ini. EXCO Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan Pulau Pinang (PETACH) YB Yeoh Soon Hin, yang juga mengetuai Pelancongan Negeri Pulau Pinang, melancarkan kempen ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif Penang Global Tourism Encik Ooi Chok Yan. 

ASTRO BAWAKAN SAJIAN NURANI UNTUK HARI RAYA AIDILADHA 1441H

Image
Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha 1441H yang dijangka jatuh pada 31 Julai ini, Astro akan menyajikan pelbagai program menarik buat seisi keluarga, merangkumi program hiburan Islamik bersama tokoh-tokoh Islam negara, telefilem yang menampilkan nama-nama popular tanah air, drama bersiri, serta program kanak-kanak dan siri animasi.

FILEM SERAM KOMEDI "TAKUT KE TAK" DI PAWAGAM 27 OGOS

Image
Abbas, Yang Guo, Linda, Amir dan Sivar perlu menghasilkan sebuah filem untuk tugasan akhir mereka. Dikenali sebagai pelajar yang malas dan tidak fokus di dalam kelas, kelima-lima mereka perlu membuat yang terbaik supaya dapat menamatkan pengajian pada waktu ditetapkan. 

ASTRO SHAW BAWAKAN 3 FILEM HEBAT, DARI ASTRO FIRST KE PAWAGAM

Image
Syif Malam Raya Apabila pawagam tanah air kembali beroperasi sejak 1 Julai lalu, ia merupakan satu khabar gembira buat peminat filem serta penggiat industri tempatan. Inilah masanya buat kaki wayang melepaskan rindu dengan menikmati kualiti filem menerusi sinematik yang berbeza di layar perak.

PARA PEREKA FESYEN ASEAN ‘BERFIKIR, MENCIPTA & BERKARYA’ SEMULA

Image
Bermula sebagai sebuah krisis kesihatan, Covid-19 kemudian berubah menjadi sebuah krisis ekonomi dunia dengan begitu cepat sehingga menjejaskan kehidupan rakyat seluruh dunia tanpa disangka-sangka. Banyak industri khasnya para peruncit terpaksa menutup perniagaan mereka setelah banyak negara melaksanakan perintah kawalan berkurung. Ini secara tidak langsung telah menggalakkan perniagaan atas talian atau digital dalam memenuhi kehendak para pengguna. Industri fesyen merupakan salah satu industri yang terjejas teruk gara-gara situasi ini. Kini tiba masanya untuk industri tersebut bangkit semula demi kekal relevan.

ERNIE ZAKRI BAWA PENAMPILAN DAN RENTAK BERBEZA DALAM ‘BONEKA’

Image
Penyanyi wanita popular tanah air bersuara emas dan serba boleh yang berasal dari Kuala Lumpur, Nur Ernie Shahirah Zakri atau lebih dikenali dengan nama Ernie Zakri kembali menggegarkan industri muzik Malaysia sekali lagi dengan single terbaharu yang berjudul ‘Boneka’.

FAI RAMLI BERDRAMA DALAM LAGU SULUNG ‘CINTAMU KEKUATANKU’

Image
Muhammad Faizal Bin Ramli atau lebih dikenali dengan nama Fai Ramli, berumur 27 tahun adalah nama baru dalam industri muzik tanahair. Beliau sebelum ini tidak pernah menyertai mana-mana acara pertandingan menyanyi dan belum pernah keluar di kaca televisyen.

IMMUNISE4LIFE LANCAR KEMPEN "CEGAH FLU, NORMA BAHARU"

Image
Tatkala rakyat Malaysia sedang mengubah gaya hidup akibat pandemik COVID-19, program Imunisasi Sepanjang Hayat (Immunise4Life) akan bekerjasama dengan beberapa badan perubatan, organisasi bukan kerajaan (NGO) serta individu berpengaruh bagi menjayakan ‘Cegah Flu, Norma Baharu’ – sebuah kempen ikrar atas talian kebangsaan yang menggesa orangramai untuk terus melindungi diri masing-masing dan orang tersayang daripada influenza. 

JOOX BAWAKAN ‘KONSERT ONLINE HIGH5JOOX” BERSAMA ARTIS SENSASI

Image
JOOX, platform muzik paling berdedikasi di Asia, menjemput anda untuk berhibur bersama artis-artis popularMalaysia. Nantikan tiga persembahan secara langsung dalam talian bersempena sambutan ulang tahun ke-5 High5JOOX, JOOX Malaysia. Nikmati “Konsert Online High5JOOX” di keselesaan rumah anda atau di mana-mana sahaja anda berada untuk menyaksikan persembahan memukau Naim Daniel dan Ismail Izzani, Floor 88, serta artis-artis JOOX ORIGINALS; Dayang Nurfaizah, Daiyan Trisha, FML, dan Sophia Liana & Budak Ngam. Peminat juga berpeluang memenangi pas eksklusif untuk berinterasksi secara langsung dengan idola mereka melalui panggilan video!  Nantikan pukauan vokal dari Ledakan Duo: Naim Daniel dan Ismail Izzani, yang akan membuat persembahan bersama di konsert Online ini pada 25 Julai. Dan jika anda peminat muzik rock, maka jangan lepaskan peluang untuk menikmati gegaran mantap muzik ini bersama Gegaran Band: Floor 88 pada 8 Ogos, kerana mereka akan membuktikan kepada peminat meng

COOKHOUSE TERAJUI KONSEP DAPUR CLOUD BAHARU DI MALAYSIA

Image
Pastinya anda pernah dengar tentang ‘ruang kerja bersama’. Namun, bagaimana pula dengan ‘ruang masak bersama’ atau ‘ruang dapur cloud’? COOKHOUSE, sebuah syarikat pemula di Malaysia kini menawarkan ruang dapur berasaskan komuniti yang pertama kepada usahawan-usahawan makanan yang sedang berkembang. Tidak kira cef-cef yang baru, berpengalaman, mahupun pemilik perniagaan F&B yang ingin menceburi pasaran penghantaran makanan, kini dapat mengembangkan perniagaan masing-masing di ruang dapur yang lengkap. Malahan, mereka juga berpeluang bekerjasama, menjalin hubungan perniagaan, serta berkongsi kemudahan bertaraf komersial menerusi kemudahan hebat ini! 

JACK ‘n JILL CREAM-O MERAIKAN RAKYAT MALAYSIA ‘EKSTRA O-SOME’!

Image
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan datang, JACK ‘n JILL Cream-O memeriahkan sambutan kali ini dengan menzahirkan penghargaan kepada wira dan wirawati negara yang ‘Ekstra O-Some’, iaitu pejuang barisan hadapan kita.

SALAMMUSIK MERAIKAN ULANG TAHUN PERTAMA ALBUM RIAWAYAT

Image
Salammusik, kumpulan tempatan yang telah banyak menggodol anugerah di tanah air, meraikan ulangtahun pertama penghasilan album fizikal mereka yang berjudul RIWAYAT. Sehubungan dengan itu, para peminat boleh melayari lagu utama album tersebut, Menyemai Kemungkinan menerusi platform digital yang terpilih. 

SUNWAY HEALTHCARE ANJUR KEMPEN KESEDARAN KANSER PROSTAT

Image
Berdasarkan rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanser prostat merupakan kanser kedua tertinggi mengikut kategori penyakit itu yang dihidapi golongan lelaki. Di Malaysia sendiri, sebanyak 8.8 peratus pesakit baharu yang didiagnosis kanser pada tahun 2018 yang menyaksikan peningkatan 621 kes dari tahun 2014 [1] .

KEENAKAN CITARASA BURGER CICAH CALIFORNIA KINI DI MALAYSIA

Image
Citarasa istimewa burger cicah California kini boleh didapati di Malaysia, dibawa oleh Pasadena Burger buat kali pertama. Perkhidmatan penghantaran   burger premium burger yang baru dilancarkan ini menggandingkan citarasa tradisional Amerika dan keju yang digemari dengan sentuhan Malaysia. Diinspirasi oleh bandaraya Pasadena di California, tempat asal keju burger yang pertama di dunia, Pasadena Burger menyasarkan penggemar citarasa istimewa burger goumet klasik ini.

DON DON DONKI BAKAL BUKA GEDUNG PERTAMA DI MALAYSIA

Image
YTL Land Sdn Bhd mengumumkan bahawa kedai jenama istimewa Jepun yang ikonik Don Don Donki akan membuka cawangan pertamanya di Malaysia di Lot 10 menjelang awal tahun 2021. 

SINOPSIS MEGADRAMA ASTRO RIA: PELINDUNG SEORANG PUTERI

Image
Drama bersiri ‘Pelindung Seorang Puteri’ merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel yang mengangkat genre romantik thriller terbitan pihak Astro Ria dengan kerjasama syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. arahan selebriti versatil, Yusry Abdul Halim dan Sofia J Rhyland selaku penulis skrip.

IBU BAPA, JAGALAH JANTUNGMU DEMI ANAK-ANAK KECIL TERSAYANG!

Image
Kehilangan ibu bapa yang muda memberikan impak jauh lebih besar berbanding kehilangan ibu bapa yang lebih tua. Bagi seorang kanak-kanak, ini bermaksud kehilangan kasih sayang, kepercayaan dan model peranan ketika usia pembentukan mereka masih lagi kritikal. Begitu juga impak terhadap mata pencarian sekeluarga.

KEMPEN #ECOBEAUTYSQUADMY MENCARI BAKAT BAHARU

Image
THE FACE SHOP, jenama kecantikan terkemuka Korea, memulakan Kempen #EcoBeautySquadMY, pencarian seluruh negara untuk bintang tempatan baharu di Malaysia. Bermula 6 Julai, pertandingan ini bertujuan mencari personaliti muda yang mewakili etos kecantikan sebenar dan semula jadi jenama ini. 

CAROUSELL UNGKAP KISAH MENDAPAT KEUNTUNGAN SEMASA PKP

Image
Satu kajian baharu mengenai perilaku pengguna yang dijalankan oleh Carousell , salah satu platform jual beli dalam talian terbesar dan paling pantas berkembang di dunia, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kebanyakannya menyesuaikan diri kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan memanfaatkan apa yang mereka ada, melalui aktiviti penjualan dan pembelian. Semasa PKP itu sendiri, secara purata rakyat Malaysia memperoleh keuntungan sebanyak RM1,396, dengan menjual melalui Carousell. 

ONITSUKA TIGER PAPARKAN KOLEKSI AW2020 YANG DINANTI-NANTIKAN

Image
Jenama fesyen Jepun Onitsuka Tiger membawakan sebuah koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen dengan olahraga, dan warisan dengan inovasi.

PENARI CILIK KOWACHEE MUNCUL JUARA CERIA MEGASTAR 2020

Image
Penari cilik profesional, Putri Armani atau lebih mesra dengan sapaan Kowachee, 11 tahun, dinobatkan sebagai juara pertandingan bakat realiti Astro, Ceria Megastar 2020! Mempersembahkan tarian lagu Tokyo Drift dan Dhoom secara remix, anak kelahiran Selangor itu membawa pulang wang tunai bernilai RM25,000, sebuah trofi, pingat ‘Star of the Week’, dan baucar bernilai RM1,000 tajaan Legoland.

VIVO BAWA PENGALAMAN FOTOGRAFI MUDAH ALIH PRO DENGAN SIRI X50

Image
vivo Malaysia memperkenalkan siri X tebaharu mereka - X50 dan X50 Pro di Malaysia pada Pelancaran Media Eksklusif semalam. Dengan komitmen vivo terhadap reka bentuk dan inovasi yang mementingkan pengguna, X50 dan X50 Pro menampilkan teknologi kamera kelas profesional yang merevolusikan pengalaman fotografi mudah alih. 

‘SYOK 60K BONANZA’ TAWAR HADIAH HARIAN WANG TUNAI UNTUK SEMUA

Image
Semua rakyat Malaysia berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai setiap hari* dengan ‘SYOK 60k Bonanza’ menerusi aplikasi SYOK dari 20 Julai hingga 11 September 2020.

JOM UNDI IDOLA PILIHAN ANDA DI “JOOX MALAYSIA TOP MUSIC AWARDS”

Image
JOOX, platform muzik paling berdedikasi di Asia, memberikan peminat muzik di Malaysia kekuatan untuk mengundi dan menobatkan  muzik & artis kegemaran mereka untuk memenangi anugerah berprestij “JOOX Malaysia Top Music Awards” (Pertengahan Tahun 2020)! Bukan itu sahaja, peminat muzik tanah air juga boleh berkongsi kemenangan dengan idolaidola mereka dengan menjad peminat fanatik, dan berpeluang membawa pulang iPhone 11 !

MOZILLA VPN KINI BOLEH DIDAPATI DI MALAYSIA

Image
Mozilla telah melancarkan Mozilla VPN (Virtual Private Network/ Jaringan Peribadi Maya) secara rasmi di Malaysia hari ini. Mozilla VPN kini boleh didapati untuk Windows. Perkhidmatan VPN yang laju dan mudah digunakan ini dibawakan oleh Mozilla, pencipta Firefox, dan jenama yang dipercayai dalam perkhidmatan keselamatan dan privasi pengguna dalam talian. Langganan Mozilla VPN boleh didapati dengan harga hanya $4.99 USD (kira-kira RM21) sebulan, dan tidak memerlukan kontrak jangka panjang. Langganan tersebut memberi perlindungan sehingga lima buah peranti. 

PENGINAPAN 5 MALAM BERHARGA RM199 DENGAN OYO ULTIMATE PASS

Image
Berita baik bagi mereka yang merancang untuk melancong domestik di Malaysia. Mulai sekarang hingga 31 Disember 2020, anda boleh menempah penginapan di hotel-hotel OYO yang terpilih di seluruh negara pada harga RM199 untuk 5 malam dengan OYO Ultimate Pass. OYO Ultimate Pass sah untuk penginapan mulai hari ini hingga 31 Disember 2020. OYO Ultimate Pass boleh digunakan di lebih daripada 50 hotel yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia, namun angka tersebut akan meningkat apabila lebih banyak lagi hotel mengambil bahagian dalam program ini. 

KELUARGA ISKANDAR THE MOVIE BUAT KECOH DI ASTRO FIRST JULAI INI

Image
Drama bersiri keluarga paling berpengaruh bagi saluran Astro untuk dua musim dan sekaligus melayakkannya menjadi ‘Siri Televisyen Komedi Terbaik’ bagi Anugerah Lawak Warna selama dua tahun berturut-turut kini kembali menerusi filem ‘Keluarga Iskandar The Movie’ (“KITM”).

WAJIB TONTON: DOKUMENTARI “MH17: MENCARI KEBENARAN”

Image
Genap enam tahun kita menantikan apa sebenarnya yang berlaku di sebalik tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh di Grabovo, Donetsk yang terletak di Timur Ukraine, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Ukraine-Russia dalam kejadian pada 17 Julai 2014. 

AIRBNB LANCAR PENGALAMAN MEMASAK DALAM TALIAN

Image
Airbnb baru-baru ini telah mengumumkan koleksi terpilih baharu Pengalaman Memasak Dalam Talian yang dikendalikan beberapa chef yang berbintang Michelin dan terkenal di dunia. Koleksi Pengalaman Memasak baharu ini membolehkan peserta mempelajari resipi dan teknik unik daripada chef berpenarafan tinggi, serta mendapat panduan untuk menyediakan hidangan yang luar biasa di dapur anda sendiri. 

SINOPSIS SIRI DRAMA "BILA CUPID JATUH CINTA" DI TV3

Image
Fira, seorang pekerja di sebuah agensi mencari jodoh ditugaskan untuk mencari calon pasangan buat anak rakan karib bossnya, Dani. Apabila Fira terjatuh hati pada Dani, mampukah Fira melawan perasaannya dan menjalankan tugasnya secara profesional? 

EARTH CORPORATION JEPUN LANCAR 6 PRODUK TERLARISNYA DI MALAYSIA

Image
Earth Corporation Jepun (EC), peneraju global dalam produk penjagaan rumah dan racun serangga, kini memperkenalkan produk bertaraf dunianya di Malaysia. 

BEST INC. LANCAR KHIDMAT PENGHANTARAN LAJU DI MALAYSIA

Image
BEST Inc. (NYSE: BEST) ("BEST" atau "Syarikat), peneraju penyedia perkhidmatan logistik dan rangkaian penyelesaian pintar bersepadu di China, hari ini mengumumkan pengembangan operasinya di Asia Tenggara. 

TAMAN EKO RIMBA KANCHING & CHONGKAK RESORT DIBUKA SEMULA

Image
Pengumuman pembukaan semula sektor pelancongan domestik bermula 10 Jun 2020 dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) serta perkembangan terkini yang membenarkan taman tema dan taman tema air (termasuk kawasan riadah air) kembali beroperasi pada 1 Julai 2020, adalah sebuah perkembangan yang signifikan kepada operasi sektor pelancongan domestik. 

AGODA LANCAR KEMPEN BANTU SEMARAKKAN PELANCONGAN LOKAL

Image
Agoda telah melancarkan "GoLocal', sebuah kempen berintegrasi terbesar yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi pelancongan domestik di rantau Asia Pasifik dan pasaran antarabangsa. Kempen ini telah disertai oleh ribuan rakan perhotelan dalam fasa pra-pelancaran.

“WE ARE FREE–MASUK PERCUMA!” KE MENARA KL & MENARA ALOR SETAR

Image
Berikutan dengan pengumuman dari Perdana Menteri yang telah membenarkan pembukaan semula sektor pelancongan Malaysia secara berperingkat, Menara Kuala Lumpur tidak melepaskan peluang membuka dan menerima pelawat-pelawat pada 27 Jun yang lalu. 

SUNWAY LANCARKAN KEMPEN “KE SANA KE SINI KE SUNWAY”

Image
Susulan pengumuman pembukaan kebanyakan sektor, Sunway mengumumkan pelancaran kempen “Ke Sana Ke Sini Ke Sunway” bermula 6 Julai 2020 sebagai satu inisiatif untuk merangsang pelancongan domestik. 

JOOX TAWAR PROMOSI MENARIK UNTUK ‘HIGH5JOOX CELEBRATION’

Image
Sempena meraikan tahun ke-5 sebagai platform muzik dan hiburan terbaik di negara ini, JOOX, sebuah platform muzik paling berdedikasi di Asia menyemarakkan lagi sambutan ini melalui High5JOOX Celebration dengan pemberian hadiah menarik seperti gajet terkini dan wang tunai untuk pencinta muzik di Malaysia.