ONITSUKA TIGER PAPARKAN KOLEKSI AW2020 YANG DINANTI-NANTIKAN
Jenama fesyen Jepun Onitsuka Tiger membawakan sebuah koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen dengan olahraga, dan warisan dengan inovasi.
Koleksi ini merangkumi pakaian, kasut dan aksesori yang bertunjangkan identiti Onitsuka Tiger dengan sentuhan moden dan dipertingkatkan dengan unsur-unsur teknikal, seperti jaket tentera yang menampilkan fabrik yang menggabungkan teknik quilting, bahan nylon dan fabrik yang lain, dan juga jaket bulu pelepah angsa yang menonjol dengan unsur teknikal menggabungkan bahan nylon dengan pelbagai tekstur dengan rona-rona pop neon. Koleksi ini juga menggunakan pelbagai bahan termasuk nylon yang berkilat seperti velour untuk penampilan lebih sporty tanpa menjejaskan keanggunan.
Untuk kasut pula, model-model kasut yang terbaharu menampilkan rekaan yang diangkat daripada arkib Onitsuka Tiger yang lalu dan digabungkan dengan gaya kontemporari: DENTIGRE BOOT, menggabungkan but klasik dengan upper kasut yang diperbuat daripada pelbagai bahan dan tapak yang mempunyai impak, dan BIG LOGO TRAINER 2.0 MT, suatu hibrid di mana uppernya diinspirasikan oleh kasut lari vintaj dan sneakers potongan tengah daripada arkib dengan sentuhan moden.
Palet warna untuk koleksi ini menampilkan rona-rona terang seperti neondan hijau muda; dan rona-rona lebih gelap sepeti biru navy dan hitam; dan juga rona-rona yang bertemakan ketenteraan.
Untuk koleksi ini, rekaan blue & red CLAW Stripes, yang digunakan untuk pakaian dan kasut olahraga di zaman 1970-an, telah ditampilkan sebagai motif jenama baharu dalam pelbagai saiz untuk memberi impak kepada visual dan meneruskan semangat Onitsuka Tiger yang berkekalan sejak 70 tahun yang lalu dengan sentuhan unsur-unsur kontemporari yang segar.
Comments
Post a Comment