Posts

Showing posts from February, 2019

FOX SPORTS LOUNGE KINI DI BUKA DI SUNWAY PYRAMID

Image
Bagi para peminat sukan, tiada yang lebih menyeronokkan berbanding menyaksikan perlawanan pasukan kegemaran mereka, dan kongsikan pengalaman tersebut bersama-sama dengan rakan serta ahli keluarga. Selaras dengan ini, FOX Sports Malaysia, salah satu saluran sukan terkemuka di negara ini dengan bangganya memperkenalkan FOX Sports Lounge yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.

LEBIH JIMAT JIKA TEMPAH TIKET PENERBANGAN PADA HARI AHAD?

Image
Laporan Tinjauan[1] Harga Perjalanan 2019, mendedahkan hasil analisis terkini dari data penerbangan dunia Airlines Reporting Corporation (ARC) dan trend penginapan oleh Kumpulan Expedia, untuk mendedahkan betapa pentingnya factor masa untuk menikmati atau memperolehi penjimatan yang secukupnya dalam pelan pelancongan anda. 

HONG KONG TINGKAT INISIATIF UNTUK TARIK PELANCONG MUSLIM

Image
Sepanjang 2018, Lembaga Pelancongan Hong Kong secara aktifnya telah memasarkan pelancongan Muslim dan memperkenalkan tawaran baru bagi menarik pasaran pelancongan halal. 

PET LOVERS CENTRE ANJUR KEMPEN PENGUMPULAN MAKANAN HAIWAN

Image
Kempen Pengumpulan Makanan Haiwan Peliharaan Kali Ke-3 anjuran Pet Lovers Centre Malaysia yang telah berlangsung pada 1 hingga 16 Disember 2018 berjaya mencapai matlamatnya. Kempen tersebut yang disertai oleh semua cawangan Pet Lovers Centres dan The Pet Safaris di seluruh negara membolehkan rakyat Malaysia membantu si comel agar kekal kenyang dan sihat di sepanjang musim perayaan pada hujung tahun lalu.

LITTLELIVES: APLIKASI INOVATIF TERBARU UNTUK SI MANJA

Image
Dari kiri-kanan: Rozy Khalid, From L-R: Rozy Khalid, Kaunselor Psikologi di The Mind, Aqilah Che Azizuddin, Pengarah Kool Kidz dan Arjuna Raj, Ketua Pegawai Operasi di LittleLives  Aplikasi LittleLives sudah melancarkan fungsi komunikasi dwiarah di Malaysia, untuk memudahkan ibubapa dan cikgu/penjaga berhubung mengenai aktiviti anak-anak di sekolah, tadika dan pusat jagaan. Teknologi ini bermatlamat membawa perubahan penting kepada kehidupan kanak-kanak, dengan membolehkan ibubapa mereka mengikuti pertumbuhan mereka dan menguatkan kerjasama antara ibubapa dan cikgu/penjaga.

GLENEAGLES KL MERAIKAN PEJUANG PENYAKIT JANTUNG KONGENITAL

Image
Seramai 52 kanak-kanak yang menghidapi penyakit jantung kongenital menerima rawatan percuma di Gleneagles Kuala Lumpur pada tahun 2018 berkat daripada program tanggungjawab korporat, A-Heart for A-Heart. 

KUNJUNGAN CAPTAIN MARVEL DI MARINA BAY SANDS SINGAPURA

Image
Brie Larson (Carol Danvers/Captain Marvel) Ribuan peminat Captain Marvel telah berkumpul di Marina Bay Sands Singapura untuk sesi bertemu peminat filem adiwira blockbuster, Captain Marvel yang diterbitkan oleh Marvel Studios. Singapura adalah satu-satunya negara Asia Tenggara yang dikunjungi oleh barisan pelakon filem tersebut.

TARIAN SINGA MERIAHKAN TAHUN BARU CINA DI SOGO

Image
Sogo meraikan kemuncak Tahun Baru Cina atau Chap Goh Meh dengan paluan gendang dan tarian singa akrobatik di Dataran SOGO baru-baru ini. Para pengunjung dan orang ramai berpeluang untuk menyaksikan persembahan tarian singa bertaraf dunia yang dibawakan oleh kumpulan Hong Teck Dragon and Lion Dance yang pernah menjuarai beberapa pertandingan tarian singa antarabangsa. 

JELAJAH CELEBRENEUR TAMPILKAN TYA, FARAH NABILAH & KILAFAIRY

Image
  Tiga artis wanita terkenal, Farah Nabilah, Kilafairy dan Tya Arifin yang turut menceburi dunia perniagaan akan terbabit menyertai siri jelajah Celebpreneur 2019 bermula 1 Mac ini di Holiday Villa Johor. 

PERTAMA KALI DI MALAYSIA, SATU FILEM DUA PENGAKHIRAN

Image
Buat julung kalinya di Malaysia, Astro Shaw dan Skop Productions menampilkan sebuah filem dengan dua pengakhiran berbeza. Penonton diberi kuasa untuk memilih kesudahan filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof ini.

BRONT PALARAE DUTA BARU MIFFEST & ANUGERAH MGGA KETIGA

Image
Festival Filem Antarabangsa Antarabangsa Malaysia (MIFFest) dan Anugerah Global Golden Malaysia (MGGA) telah dilancarkan dalam sebuah sidang akhbar di Bilik Saphire, Dorsett Hartamas, Kuala Lumpur.

SERLAHKAN “INNER SAVAGE” DALAM PERADUAN INSTAGRAM LENOVO

Image
Lenovo menjemput para peminatnya untuk menyerlahkan :"inner savage" mereka di dalam satu peraduan Instagram yang diinspirasikan oleh tagline Lenovo Legion iaitu “Stylish on the outside, savage on the inside”. Enam pemenang yang paling kreatif akan menerima baucer Steam dan akses eksklusif untuk pelancaran rasmi Lenovo Legion Y740 di mana mereka berpeluang untuk mencuba permainan menggunakan peranti Legion yang terbaru. 

KONSERT “REMEMBERING WHITNEY – THE GREATEST LOVE OF ALL”

Image
Rakyat Malaysia bakal dihiburkan dengan gaya dan pesona Whitney Houston dalam satu persembahan penuh bertenaga yang akan menampilkan kehebatan dan kegemilangan lagu-lagu hit penyanyi tersohor itu pada Mac ini. Menampilkan penyanyi yang amat berbakat dan terkenal, Trina Johnson Finn, konsert “REMEMBERING WHITNEY - THE GREATEST LOVE OF ALL” dibawa terus dari Las Vegas oleh Milestone Productions Sdn Bhd untuk dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur selama dua malam pada 22 dan 23 Mac ini. Diiktirafkan oleh Guinness World Records  sebagai antara artis wanita yang paling banyak menerima anugerah, mendiang Whitney Houston nyata telah menambat hati para penonton yang menyaksikan setiap persembahannya. Ramai yang terpana dengan kehebatan bakatnya yang luar biasa menerusi lagu-lagu hit yang meninggalkan kenangan indah  seperti “I Will Always Love You”, “Saving All My Love”, “I Wanna Dance With Somebody”, dan “I Look To You”. Beliau turut dikenang menerusi lakonannya dalam ...

BREADTALK & TOAST BOX KINI DIBUKA DI IBUPEJABAT UMLAND

Image
BreadTalk (BT), sebuah rangkaian butik bakeri utama di Asia dan Toast Box (TB), rangkaian kedai kopi Nanyang Singapura, telah membuka cawangan terbaru di ibupejabat UMLand, Suasana Bukit Ceylon, Kuala Lumpur.

WE'LL BE THERE - WE BARE BEARS BAKAL JELAJAH ASIA

Image
“We’ll be there!” Beruang-beruang kesayangan anda dari Cartoon Network mengadakan jelajah pertama mereka ke rantau Asia dan mereka perlukan undi anda untuk memilih tempat-tempat yang bakal dikunjungi.

DESTINASI YANG WAJIB DIKUNJUNGI OLEH PENGGEMAR FILEM

Image
Untuk meraikan kemuncak musim anugerah filem minggu hadapan, Agoda , salah satu syarikat percutian digital yang paling pesat berkembang di dunia, berkongsi senarai idea percutian yang diilhamkan oleh filem-filem terlaris di pawagam dan pemenang anugerah.

SENSASI TARIAN ARGENTINA DALAM "SCENT OF TANGO"

Image
Sebastian Acosta and Laura D’Anna (Juara Mudial World Tango 2014) Fame Studio Malaysia dengan bangganya membawa satu-satunya Konsert Tango Argentina, ‘Scent of Tango’ yang akan berlangsung pada 23 Mac 2019. Meminjam nama dari filem terkenal, ‘Scent of a Woman’, konsert ini akan mempersembahkan muzikal Tango Argentina dan budaya tariannya.

STARS OF THE WEST END SING THE ROCK MUSICALS

Image
Kuala Lumpur bakal menyaksikan kehebatan teraju utama West End London di dalam persembahan “STARS OF THE WEST END SING THE ROCK MUSICALS!” yang bakal dilangsungkan pada 28 April 2019 di Sunway Hotel Spa & Resort. Persembahan inibakal menghimpunkan bintang-bintang West End untuk mendendangkan lagu-lagu dari persembahan muzikal hebat seperti We Will Rock You (Queen), Thriller – Live (Michael Jackson), The Bodyguard (Whitney Houston), Tina: The Musical (Tina Turner), Beautiful: The Carole King Musical, Dreamgirls and Mowtown: The Musical. 

CANON LANCAR EOS FULL-FRAME PALING KECIL DAN RINGAN

Image
Andrew Koh, President & CEO (kanan) dan Albert Mah, Head of Imaging Communications Products (ICP) Division (kiri) dari Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd telah melancarkan penambahan kedua kepada kamera EOS R barunya: EOS RP. Walaupun ia adalah model yang paling padat dan paling ringan dalam siri frame penuh EOS, EOS RP dilengkapi dengan lensa RF baru dan yang terbaik, dengan teknologi proprietari Canon, pemproses imej DIGIC 8. Pemproses imej DIGIC 8 dengan Dual Pixel CMOS AF menyampaikan optik yang sukar ditandingi kecemerlangan dalam badan kecil yang lebih baik dengan ergonomik yang telah dipertingkatkan untuk memudahkan pengendalian. 

ACARA MENARIK SEMPENA PELANCARAN THE LEGO MOVIE 2

Image
LEGO Malaysia meraikan pelancaran filem animasi yang paling dinanti-nantikan tahun ini, The LEGO Movie 2: The Second Part dengan menganjurkan satu acara terhebat yang pasti memukau orang ramai, berserta promosi yang menawarkan beraneka hadiah menarik lagi eksklusif dengan setiap pembelian. 

TRIPLE FRONTIER - LAUNCHING GLOBALLY ON NETFLIX MARCH 13

Image
You cannot go back to your normal life on TRIPLE FRONTIER . Launching globally on Netflix March 13, 2019 SYNOPSIS | A group of former Special Forces operatives (Ben Affleck, Oscar Isaac, Charlie Hunnam, Garrett Hedlund and Pedro Pascal) reunite to plan a heist in a sparsely populated multi-border zone of South America. For the first time in their prestigious careers these unsung heroes undertake this dangerous mission for self instead of country. But when events take an unexpected turn and threaten to spiral out of control, their skills, their loyalties and their morals are pushed to a breaking point in an epic battle for survival. Directed by Academy Award® nominee J.C. Chandor (Margin Call, All Is Lost, A Most Violent Year) and co-written by Chandor and Academy Award® winner Mark Boal (The Hurt Locker, Zero Dark Thirty).

KONSERT JADI HADIAH PERSARAAN ALTIMET KEPADA PEMINAT

Image
Pengembaraan karier Altimet sepanjang 20 tahun ini memperlihatkan beliau membuat persembahan di pentas-pentas besar, juga di peringkat antarabangsa. Kini, beliau mengambil keputusan untuk membuat konsert terakhir sebelum mengundurkan diri daripada menjadi seorang rapper.

BRANDS LUTIEN ESSENCE LINDUNGI MATA DARI SINARAN BIRU BERBAHAYA

Image
Kebanyakan daripada kita mungkin pernah mendengar mengenai sinar biru dan kesannya yang berbahaya. Namun adakah pengetahuan kita memadai mengenai berkenaan?

EVENT WEDDING (EW) GRAND HALL DILANCARKAN DI ICCC, I-CITY

Image
Usaha kerjasama di antara Event Wedding (EW) dan i-City Convention Centre (ICCC) telah dirasmikan dalam satu majlis yang meriah di i-City, Shah Alam.  

KONSERT JELAJAH DUNIA "BLUE" BAKAL TIBA DI MALAYSIA

Image
Kumpulan pop British, BLUE bakal diterbangkan ke Kuala Lumpur untuk konsert BLUE Live In Malaysia 2019 yang bakal dilangsungkan di Dewan Wawasan Convention & Exhibition Centre, Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur pada 3 Mac 2019.

ONG SEONG WU BAKAL MENEMUI PEMINAT DI MALAYSIA MAC INI

Image
Aktor Ong Seong Wu mengesahkan akan mengadakan persembahan istimewa untuk pertemuan solo pertama bersama peminat di Kuala Lumpur pada 23 Mac ini di Axiata Arena. Ini adalah pertemuan julung kali dalam acara jelajah bertemu peminat yang dianjurkan Hatchery yang berpusat di Bangkok untuk penyanyi yang juga pelakon dari Korea Selatan berusia 23 tahun. 

KELUARGA ISKANDAR THE MOVIE BAKAL MULAKAN PENGGAMBARAN

Image
KL Motion Pictures telah mengumumkan hari ini bahawa syarikat produksi mereka bakal menerbitkan adaptasi siri televisyen popular, Keluarga Iskandar The Movie. Berita gembira ini diumumkan oleh penerbit KL Motion Pictures Company, En. Jamaluddin Karim dalam ucapan beliau di majlis Pelancaran Keluarga Iskandar The Movie yang diadakan di Platinum Lounge, MMCineplexes ECurve, Mutiara Damansara. 

E1 PERTARUH LAGU BERENTAK DISKO - SEMALAM SAHAJA

Image
Memasuki tahun kesembilan di arena fesyen tempatan pada 2019, Ezuwan Ismail akhirnya berjaya merealisasikan impian untuk bergelar penyanyi dengan tertubuhnya kumpulan trio E1 sejak November lalu. Mempertaruhkan lagu berentak retro ciptaan Asfan Shah berjudul Semalam Sahaja, kumpulan berkenaan mengharap magis, tuah dan rezeki akan menyebelahi nasib mereka.

"MISTERI DILAILA" TERBONGKAR DI PAWAGAM 21 FEBRUARI INI

Image
Astro Shaw dan Skop Productions sekali lagi berganding bahu dalam sebuah filem misteri thriller arahan pengarah muda Syafiq Yusof. Filem bakal membuka tirai di pawagam bermula 21 Febuari ini menampilkan Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Nam Ron, Dato’ Rosyam Nor, Sasqia Dahuri dan Mas Khan.

RAIKAN CINTA DENGAN MALAYSIA BERSAMA AGODA

Image
Perasaan cinta bagaikan dapat dirasakan di udara! Coklat, jambangan bunga dan makan malam diterangi cahaya lilin; putaran lagu-lagu cinta romantis dan dedikasi lagu sepanjang hari dan malam. Ya, Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih kini telah tiba.  Hari Valentine lazimnya disambut bersama orang tersayang. Namun begitu, apa kata anda raikannya dengan sesuatu yang berbeza pada kali ini? Sempena Hari Valentine ini, Agoda, salah satu platform percutian digital yang paling berkembang maju di dunia, berkongsi enam perkara yang boleh membuatkan anda jatuh cinta dengan keunikan negara Malaysia.

ANUGERAH JUARA LAGU 33 DISAKSIKAN 6.3 JUTA PENONTON!

Image
Anugerah Juara Lagu 33 yang telah berlangsung pada 3 Februari lalu telah ditonton 6.3 juta penonton dengan 55.7% syer penonton! (Sumber, Nielson Audience Measurement) Selain itu, AJL 33 menerima 4.4 juta tontonan di laman sesawang tonton dan di YouTube TV3Malaysia. Acara Karpet Merah yang disiarkan secara langsung di YouTube TV9Malaysia dan di laman sesawang tonton menerima lebih 85 ribu tontonan. Haram, lagu ciptaan Hael Husaini & Ezra Kong, nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah merangkul hadiah wang tunai RM50, 000 berserta trofi. Pentas yang dibanjiri air sewaktu persembahan dikatakan unik dari segi susunan dan melodi. Manakala Di Matamu, ciptaan Sirkhan & Rinkarnaen, nyanyian Sufian Suhaimi menyentuh hati penonton dari pementasan setimpal dengan lagu yang menerima tontonan YouTube tertinggi di Malaysia. Luahan hati beliau tidak sia-sia apabila dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik dan meraih lebih 24 ribu undian pada malam itu. Beliau juga membawa pulang...

PENGLIBATAN ANDA DALAM DFKL 2019 KINI BERMULA!

Image
Panggilan kepada pengarah-pengarah baharu! Pertandingan Drama Pendek DFKL kini telah dibuka penyertaan dengan mempertaruh hadiah bernilai sehingga RM18,000 untuk dimenangi. Selain itu, orang ramai juga diseru untuk mengundi pilihan artis dan drama mereka di portal hiburan www.dfkl.com.my bermula 1 Februari yang lalu.

RAIKAN CINTA DI RESTORAN NOBU KUALA LUMPUR

Image
Raikan kekasih hati anda sempena Hari Valentine di restoran Nobu Kuala Lumpur. Menampilkan citarasa Jepun-Peru, para tetamu bakal disajikan dengan keenakan kulinari Valentine Omakase, air tangan Chef Eksekutif, Philip Leong dan pasukan dapur Nobu KL yang berbakat. 

TAYANGAN FILEM CINTA DI GMBB SEMPENA HARI VALENTINE

Image
Sempena Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day, GMBB, sebuah pusat membeli-belah kreatif di Kuala Lumpur berganding dengan dua pengarah tempatan yang berbakat untuk sebuah tayangan istimewa filem pendek mereka yang bertemakan CINTA. 

CEDAR ON 15, IMPIANA KLCC PERKENALKAN 3 MENU BARU

Image
ULTIMATE – Australian Beef Wagyu Ribeye Steak, MB7 Cedar on 15, sebuah restoran Barat yang terletak di bumbung Hotel Impiana KLCC telah melancarkan tiga menu baharu ciptaan Chef Helmut Lamberger! Menu tersebut dinamakan - Midday Specials, Social Bites and The Cookbook.

SINOPSIS "LEFTENAN ZANA" LAKONAN JANNA NICK DI TV3

Image
Tidak mahu lagi terpalit dengan sebarang kontroversi, Janna Nick nekad untuk menukar kerjayanya daripada seorang artis popular untuk menjadi seorang tentera! Macam tak percaya, tetapi semuanya memang betul! Sememangnya Janna telah membuat permohonan untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia tetapi sekadar tuntutan watak di dalam drama terbaharu terbitan JS Pictures Sdn. Bhd iaitu Leftenan Zana yang bakal bersiaran hari ini, 8 Februari !

"THE NEW KING OF COMEDY" BUAH TANGAN STEPHEN CHOW

Image
Salah satu filem lakonan pelakon komedi terkenal, Stephen Chow berjudul King Of Comedy antara yang mendapat sambutan hangat penonton. Selain menampilkan dirinya selaku teraju utama, filem yang ditayangkan pada tahun 1999 itu turut dibintangi oleh Karen Mok, Ng Man Tat dan Cecilia Cheung. Kini, setelah 20 tahun Stephen Chow yang juga dikenali sebagai pengarah itu tampil dengan filem terbaharu berjudul The New King Of Comedy. 

PAVILION KL LANCAR 8,888 BAGS OF LOVE & CHARITY AT HEART 2019

Image
Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Pavilion Kuala Lumpur telah melancarkan program amal, ‘Charity At Heart 2019’, sebuah inisiatif tanggung jawab social korporat dan juga sebahagian ‘A Regal Celebration’. Pavilion KL meneruskan sokongannya kepada komuniti ibu tunggal dan kaum wanita yang kurang bernasib baik untuk menghasilkan 8,888 beg jinjing yang berwarna-warni bagi jualan di dalam program ini. Beg yang diberi nama “Bags Of Love” boleh didapati dengan harga RM50. 

TEMA BUNGA "BLOOMING SPRING" DI QUILL CITY MALL KL

Image
Quill City Mall Kuala Lumpur menyambut kedatangan Tahun Baru Cina dengan tema floral, “Blooming Spring.” Main atrium pusat membeli-belah ini telah ditransformasi kepada sebuah taman musim bunga yang dihiasi dengan kuntuman bunga gergasi dan brung-burung emas dari 15 Januari 2019 sehingga 17 Februari 2019.

"OPULENCE IN FULL BLOOM" DI AMAN CENTRAL

Image
Aman Central membawakan kemeriahan musim bunga sempena Tahun Baru Cina. Bertemakan ‘Opulence in Full Bloom’, pusat membeli-belah utama di Kedah ini menampilkan kuntuman bunga-bunga yang sedang berkembang dan hiasan klasik seperti tanglung merah, kain merah, pokok limau mandarin dan tulisan kaligrafi Cina yang yang melambangkan tuah, kemakmuran, kekayaan dan kesejahteraan di Tahun Baru Cina.

ALAMI KEINDAHAN MUSIM BUNGA DI CHERAS LEISUREMALL

Image
Nikmati suasana meriah musim bunga yang menandakan kehadiran Tahun Baru Cina di Cheras LeisureMall.  Pelbagai aktiviti dan promosi telah diatur untuk para pengunjung, dari sekarang sehingga 18 Februari ini.

"ABUNDANCE OF PROSPERITY" DI SURIA KLCC

Image
   Meraikan Tahun Baru Lunar yang makmur, seluruh pusat membeli-belah Suria KLCC telah diubah menjadi Taman Limau Mandarin yang indah. Taman limau dengan tema "Abundance of Prosperity" menjadi taman yang menakjubkan dihiasi dengan limau Mandarin dan tanglung merah untuk menandakan simbol kelimpahan kekayaan. Hiasan ini menggambarkan taman di rumah halaman tradisional Cina. 

SUASANA MERIAH "IMPERIAL BLOSSOMS" DI AVENUE K

Image
Avenue K menghiasi ruang Atriumnya menjadi istana kerajaan yang mekar dengan kekayaan dan kemakmuran untuk menyambut Tahun Baru Cina dari 7 Januari hingga 19 Februari 2019. Selaras dengan tema, 'Imperial Blossoms', Atrium menyerupai pasar bunga yang mekar di dalam perkarangan istana dengan gerai-gerai di tempat pasar bunga dihiasi pohon bunga peony yang elegan sementara lampu-lampu merah terang yang megah dengan bunga peony dari siling, mewujudkan air terjun lampu yang menerangi pengunjung.