"MISTERI DILAILA" TERBONGKAR DI PAWAGAM 21 FEBRUARI INI



Astro Shaw dan Skop Productions sekali lagi berganding bahu dalam sebuah filem misteri thriller arahan pengarah muda Syafiq Yusof. Filem bakal membuka tirai di pawagam bermula 21 Febuari ini menampilkan Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Nam Ron, Dato’ Rosyam Nor, Sasqia Dahuri dan Mas Khan.

Kerjasama antara dua penerbitan filem gergasi ini telah memasuki filem kedua setelah kejayaan filem Abang Long Fadil 2. Menurut pengarah muda ini idea terhasil untuk menghasilkan filem ini adalah kerana minat yang mendalam terhadap genre ini dan ingin menonjolkan kelainan buat peminat filem tempatan. 


Menurutnya lagi keterujuan ini timbul adalah kerana beliau sendiri sudah lama tidak membuat filem berbentuk misteri thriller. Berbicara lebih lanjut mengenai naskah ke-8 pengarah berusia 26 tahun ini, “Saya mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan skrip ini secara keseluruhan. Untuk idea dan inspirasi sahaja memakan masa hampir 2 bulan untuk menulis”. 


Apabila melihat senarai pelakon yang terlibat, dapat lihat ia adalah gabungan kali pertama mereka di layar perak yang dimana setiap mereka mempunyai peminat yang tersendiri untuk menarik penonton ke pawagam. Pemilihan pelakon untuk filem Misteri Dilaila kebanyakkan dipilih oleh pengarah sendiri hasil perbincangan bersama pihak Skop dan juga Astro Shaw. 


Manakala Zul Ariffin adalah pilihan pertama pergarah bagi menggalas watak Jefri. Dilabel sebagai “King of Plot Twist” oleh pengemar filem di Malaysia, Syafiq enggan dilabel begitu kerana beranggapan masih dalam proses belajar, malah gemar membuat skrip yang berlainan dan masih lagi menimba ilmu dalam proses penghasilan skrip. 

Bagi Dato’ Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro “2018 meninggalkan kenangan manis buat Astro Shaw apabila kutipan keseluruhan filem terbitan kami melebihi RM100 juta, ia adalah satu pencapaian luar biasa. Untuk tahun ini Misteri Dilaila membuka tirai dan diharap ia dapat menjadi pembuka kepada kejayaan kerjasama antara Astro Shaw dan Skop Productions”. 

Tambahnya lagi kerjasama ini akan diteruskan dengan penghasilan filem Abang Long Fadil 3 yang akan memulakan penggambaran pada Mac 2019. 


Taikun fIlem Malaysia Datuk Dr. Yusof Haslam yang mengalas sebagai Penerbit Skop Productions, berharap agar filem Misteri Dilaila dapat diterima oleh peminat filem tempatan. Beliau jugat menyifatkan gandingan kerjasama ke 2 hasil usahasama Skop Productions dan Astro Shaw selepas kejayaan filem Abang Long Fadil 2 (2017) ini mampu membawa satu dimensi baru dalam sinema Malaysia dengan cerita dan gaya persembahan yang terkeluar dari klise filem Melayu. 

Sambil mengakui berdebar menunggu respond penonton kerana hasil buah tangan anak ketiganya ini amat berlainan dari sudut penceritaan. Tidak mengsasarkan sebarang kutipan untuk filem kali ini, namun saya berharap filem Misteri Dilaila ini akan mendapat sambutan yang mengalakkan dan terus memberi sokongan dan diterima oleh penonton filem tempatan. 


Misteri Dilaila akan menemui penonton di 131 pawagam diseluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA