BONIA X NAMTAN TIPNAREE: BINTANG THAILAND TAMPIL ANGGUN RAIKAN KOLEKSI #LIVETOMYRHYTHM DI MALAYSIA


BONIA baru-baru ini menyingkap tirai dunia #LiveToMyRhythm menerusi penampilan julung kali pelakon, penyanyi dan usahawan terkenal Thailand, Namtan Tipnaree, di Malaysia selaku Brand Muse BONIA bagi koleksi Musim Luruh/Dingin 2026.


Berlangsung di House of BONIA, Pavilion Kuala Lumpur, majlis eksklusif pada sebelah petang itu diraikan bersama rakan media, tetamu VIP, serta para pemenang peraduan media sosial. Kehadiran Namtan turut diserlahkan lagi dengan kehangatan sorakan ratusan peminat yang berkumpul di luar butik demi menyaksikan bintang kesayangan mereka secara dekat.

(Dari kiri ke kanan): Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion, Dato’ Joyce Yap; Brand Muse BONIA, Namtan Tipnaree; Ketua Pegawai Kreatif dan Pemasaran BONIA, Datin Sri Linda Chen; serta Pengarah Pemasaran Pavilion, Cik Kung Suan Ai.

Turut hadir menyerikan majlis ialah Datin Sri Linda Chen, Ketua Pegawai Kreatif & Pemasaran BONIA. Dalam pada itu, peminat serantau dan antarabangsa tidak ketinggalan bersama-sama menyaksikan kehangatan acara menerusi siaran langsung di platform media sosial rasmi BONIA.

Penganjuran acara ini melakar babak baharu buat penceritaan #BONIAwithNamtan, sekali gus menterjemahkan penceritaan kempen #LiveToMyRhythm daripada sebuah naratif fesyen kepada pengalaman bersama yang dizahirkan menerusi stail, kebebasan mengekspresi diri, dan ikatan peribadi.


Sneak Peek Koleksi Akan Datang

Bagi penampilan rasminya yang pertama di Malaysia, Namtan tampil anggun mengenakan gayaan khusus daripada koleksi Spring Summer 2027 BONIA yang bakal dilancarkan kelak — memberi bayangan eksklusif buat para tetamu mengenai hala tuju rekaan musim seterusnya.

Sebagai tanda kenangan, Namtan turut mengabadikan tandatangannya pada panel logam peringatan khas di House of BONIA. Panel ini akan terus dipamerkan sepanjang aktiviti hujung minggu untuk orang ramai, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri kehangatan acara berkenaan.


Tumpuan utama majlis terarah kepada Namtan’s Picks — himpunan pilihan khas merangkumi pakaian ready-to-wear, barangan kulit, kasut, serta aksesori daripada koleksi Musim Luruh/Dingin 2026 BONIA. Teras utama #LiveToMyRhythm membawa mesej bahawa rentak kehidupan tidak semestinya sentiasa bergerak pada kelajuan yang sama. Setiap jeda dan detik tenang di sepanjang perjalanan turut membawa makna, sekali gus mengajak wanita meraikan rentak hidup masing-masing serta kekal jati diri.


“Di BONIA, kami percaya bahawa gaya bersifat amat peribadi — ia berkembang seiring dengan keperibadian kita, hala tuju, serta pelbagai detik yang dilalui. Namtan menterjemahkan nilai ini dengan begitu indah sekali. Beliau mengemudi pelbagai sisi dirinya dengan penuh keyakinan tanpa menjejaskan jati dirinya, dan inilah semangat sebenar di sebalik #LiveToMyRhythm. Kami amat teruja dapat menyambut kehadirannya di Malaysia dan seterusnya merealisasikan babak baharu kempen ini bersama-sama,” kata Datin Sri Linda Chen, Ketua Pegawai Kreatif & Pemasaran BONIA.


Cari Rentak Gaya Menurut Perjalanan Peribadi

Sepanjang majlis, para tetamu dibawa menerokai pengalaman interaktif yang disusun berasaskan empat karakter rentak berbeza: The Dreamer, The Explorer, The Minimalist, dan The Muse.

Keempat-empat karakter ini diterjemahkan secara kreatif menerusi pelbagai ruang acara. Di zon Vibe On, para tetamu menerima azimat CD NFC eksklusif yang diilhamkan daripada keempat-empat personaliti berkenaan, di mana setiap daripadanya terhubung secara terus ke senarai main (playlist) khas kempen #BONIAwithNamtan. Rentak pilihan tetamu kemudiannya diteruskan di zon Mementos, yang menawarkan perkhidmatan pemprofilan tag kulit khas sebagai cenderamata eksklusif acara. Zon Secret Scent pula mengajak tetamu menerokai variasi keharuman menerusi pengalaman penemuan wangian, manakala Ring For A Treat menyuntik elemen kejutan yang menceriakan suasana.


Pengalaman ini turut diperluaskan ke alam digital menerusi #BONIALive Social Wall, di mana para tetamu dan orang ramai berkongsi detik indah sepanjang acara untuk peluang dipaparkan secara langsung pada skrin digital serta memenangi beg tangan Lysandra Satchel.

Pilihan Terakhir Oleh Namtan

Penyertaan peminat menjadi fokus utama apabila Namtan sendiri tampil memilih dua pemenang terakhir pada sebelah petang tersebut. Menerusi hantaran yang dikongsi secara langsung di #BONIALive Digital Social Wall serta rekaan gaya peraduan media sosial BONIA, kedua-duanya berjaya menyatukan komuniti #BONIAwithNamtan mengikut kreativiti tersendiri.


Namtan memilih satu penyertaan terbaik bagi setiap kategori, dengan kedua-dua pemenang membawa pulang set barangan #BONIAwithNamtan berserta beg BONIA daripada koleksi Musim Luruh/Dingin 2026 yang ditandatangani khas. Lebih daripada sekadar penyampaian hadiah, sesi pilihan terakhir ini melengkapkan kejayaan kempen apabila Namtan sendiri memberi pengiktirafan buat peminat yang telah menyokong dan menginterpretasikan dunia #BONIAwithNamtan.

Sumbangan Bermakna Buat Masyarakat

Keceriaan majlis turut diserikan dengan nilai kemasyarakatan menerusi sumbangan kebajikan bernilai RM10,000 kepada Shelter Home for Children.

(Dari kiri ke kanan): Pengurus Besar Shelter Home for Children, Encik Chris Fan; Ketua Pegawai Perhubungan Awam Shelter Home for Children, Cik Winnie Quah; serta Ketua Pegawai Kreatif dan Pemasaran BONIA, Datin Sri Linda Chen.

Cek sumbangan kebajikan tersebut disampaikan oleh Datin Sri Linda Chen kepada Encik Chris Fan, Pengurus Besar, serta Cik Winnie Quah, Ketua Pegawai Perhubungan Awam Shelter Home for Children. Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan BONIA dalam memanfaatkan detik penting jenamanya bagi menyokong masyarakat serta memberi impak positif yang berpanjangan.

“Kami amat berterima kasih kepada BONIA atas sumbangan ikhlas ini dan kerana memanfaatkan majlis ini untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan kasih sayang serta sokongan buat kanak-kanak yang memerlukan. Sumbangan seperti ini amat membantu kami untuk terus menyediakan persekitaran yang selamat dan penuh kasih sayang buat kanak-kanak di bawah jagaan kami,” kata Cik Winnie Quah, Ketua Pegawai Perhubungan Awam Shelter Home for Children.


Keceriaan Diteruskan Untuk Orang Ramai

Susulan penampilan eksklusif Namtan, keraian #LiveToMyRhythm akan diteruskan menerusi acara terbuka untuk orang ramai pada hujung minggu di House of BONIA, Pavilion Kuala Lumpur, pada 19 dan 20 September 2026, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Para pengunjung berpeluang menerokai koleksi Namtan’s Picks dan himpunan Musim Luruh/Dingin 2026 BONIA sambil menyertai pelbagai aktiviti interaktif menarik seperti penyesuaian barangan (customisation), penemuan wangian, serta analisis warna peribadi (personal colour analysis).


Aktiviti hujung minggu ini turut dimeriahkan dengan promosi istimewa, hadiah dengan pembelian (gifts with purchase), hidangan percuma, serta pengalaman gashapon, tertakluk kepada ketersediaan serta terma dan syarat.

Terokai koleksi Namtan’s Picks dan keseluruhan himpunan BONIA Musim Luruh/Dingin 2026 di butik BONIA seluruh negara atau secara dalam talian di bonia.com.my.

#BONIAwithNamtan
#LiveToMyRhythm

Comments

Popular posts from this blog

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”

AEON MALL RAIKAN KEMERIAHAN PESTA KUIH BULAN 2026 MENERUSI KEMPEN “CHERISH REUNIONS”

JYNNS BUKA FLAGSHIP STORE DI PAVILION KUALA LUMPUR, PERKENAL SEMBURAN MULUT PROPOLIS MADU TRIGONA

ADAKAH RAKYAT MALAYSIA TERLEPAS PANDANG RISIKO SEBENAR DI SEBALIK PENYAKIT JANTUNG?

HUAWEI KEKAL SEBAGAI JENAMA JAM TANGAN PINTAR NO.1 GLOBAL SERTA MENERAJU PASARAN MALAYSIA BAGI SEPARUH PERTAMA 2026