EVENT WEDDING (EW) GRAND HALL DILANCARKAN DI ICCC, I-CITY



Usaha kerjasama di antara Event Wedding (EW) dan i-City Convention Centre (ICCC) telah dirasmikan dalam satu majlis yang meriah di i-City, Shah Alam.  

Event Wedding & Catering adalah sebuah syarikat pengurusan majlis perkahwinan dan korporat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pakej perkahwinan, pengurusan majlis, penyediaan makanan katering, ruang majlis, busana, pengacaraan majlis, perkhidmatan fotografi, dan sebagainya.


Ditubuhkan di bulan Disember 2017, EW yang diterajui oleh Pengarah Urusan, Fitry Mustafa bermula dalam industri ini dengan membangunkan sebuah kilang tiga tingkat di Bukit Jelutung, Shah Alam dan dijadikan sebagai sebuah tempat majlis perkahwinan bernama Delaman Event Space.


Tahun ini, Fitry dan rakan kongsinya Cik Farahana Domman meluaskan lagi perniagaan mereka dengan memperkenalkan EW Grand Hall di ICCC. 




Dengan lokasi yang lebih berprestij ini, EW berharap dapat memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sebuah lokasi yang selesa, strategik dan indah. 




Selain dari majlis perkahwinan, EW juga sedia menerima tempahan untuk pelancaran produk, sidang media, acara korporat, majlis makan malam, majlis hari jadi, majlis aqiqah dan banyak lagi. 









Dengan pakej lengkap, harga berpatutan serta menepati permintaan dan citarasa pelanggan sama ada korporat atau individu, EW yakin mereka akan mencapai wawasan sebagai peneraju pasaran dalam bidang pengurusan dan penyediaan makanan dengan membina hubungan baik untuk jangka masa panjang bersama pelanggan. 



Di dalam mencapai matlamat yang jelas iaitu memberi perkhidmatan terbaik, menjaga kualiti pengurusan dan pernyediaan makanan, serta berpegang teguh kepada berkelakuan moral dan menjaga etika di dalam mencapai wawasan.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
EVENT WEDDING GRAND HALL ICCC
i-City Convention Centre,
Aras UG, Centralwalk,
Persiaran Multimedia,
i-City
40000 Shah Alam, Selangor
Email : evenweddingmalaysia@gmail.com
Phone: +60129735425   




Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM