EKSKLUSIF DI VIU: DIA PEREMPUAN SIALAN, SERAM PENUH DENDAM
Viu, perkhidmatan penstriman video terkemuka PCCW, memperkenalkan siri seram original pertama mereka berjudul The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan). Siri ini akan ditayangkan secara eksklusif di Viu bermula 22 September 2026, setiap Selasa dan Rabu. Bersempena sambutan Hari Malaysia, episod pertama telah pun ditayangkan secara eksklusif pada 18 September lalu.
Menggabungkan elemen seram supernatural, thriller dan cerita rakyat Melayu dengan kisah dendam yang mendebarkan, siri 12 episod ini membawa penonton menyelami sisi gelap keluarga, pengkhianatan dan dendam, sekali gus memperkenalkan dimensi baharu dalam penceritaan kandungan original Viu Malaysia.
Berdasarkan idea asal Eirma Fatima, siri ini diterbitkan oleh Rumah Karya Citra, ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim dan diarahkan oleh Nur Ain Sharif. The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) dibintangi oleh Meerqeen, Caitlin Halderman dan Hannah Delisha, bersama Datin Sri Umie Aida, Nadia Aqilah, Farah Ahmad dan Amerul Affendi.
Selepas melayan pembantu rumahnya, Bulan (Farah Ahmad), dengan kejam, Puan Sri Asyikin (Datin Sri Umie Aida) meninggal dunia secara misteri lapan bulan kemudian. Kematian itu menimbulkan kepercayaan bahawa kediaman keluarga mereka telah disumpah. Anak perempuannya, Nerina (Hannah Delisha), dan menantunya, Syawal (Meerqeen), terus menetap di rumah agam tersebut.
Pada hari pengebumian Puan Sri, seorang pembantu rumah baharu bernama Riska (Caitlin Halderman) tiba untuk menjaga Nerina yang sedang mengandung. Namun, di sebalik wajah manis dan perwatakan lembut, Riska menyimpan rahsia gelap — dia sebenarnya anak kepada Bulan dan hadir untuk membalas dendam. Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila gangguan mistik mula melanda rumah itu, malah Riska sendiri tidak bersedia dengan apa yang bakal berlaku.
Dari Kaca Skrin ke Pengalaman Seram Interaktif
Bagi memperluaskan pengalaman penonton, Viu Malaysia bekerjasama dengan Hauntu, perkhidmatan pengalaman imersif bertema seram interaktif, untuk kolaborasi pertama bersama sebuah platform penstriman. Berlangsung dari 24 September hingga 1 November 2026, peminat berpeluang merasai sendiri dunia Dia Perempuan Sialan melalui pengalaman khas di Hauntu yang menghidupkan semula beberapa babak ikonik siri tersebut dalam suasana penceritaan imersif.
Kolaborasi ini menggabungkan unsur cerita rakyat Melayu dan elemen seram tempatan dengan penggunaan bunyi, aroma serta pencahayaan khas bagi mencipta suasana mendebarkan. Sepanjang kempen, peminat juga berpeluang menyertai sesi ramah mesra eksklusif bersama barisan pelakon pada tarikh terpilih.
Ikuti Viu di Facebook, Instagram, YouTube, X dan TikTok. Muat turun aplikasi Viu melalui App Store, Google Play, Huawei AppGallery serta TV pintar terpilih, atau layari www.viu.com.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment