Penantian penuh debaran kini berakhir! Bersiap sedia untuk hiburan yang tak terhingga, penuh aksi dan bakat luar biasa apabila Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) bakal menggegarkan skrin anda pada Ahad, 22 Disember, jam 9:00 malam di TV3. Pencarian bakat paling epik negara ini kembali dengan skala yang lebih besar, lebih hebat, dan lebih bertenaga yang menjanjikan perjalanan penuh kejutan, persaingan sengit, serta persembahan yang tidak akan dilupakan!
Berikut adalah maklumat Top 32 yang bakal mencuri tumpuan anda:
|
ALINA HASSAN- 57. Berasal dari Kuala Lumpur. Pernah sertai program seperti Sinaran Passport Kegemilangan dan Mentor Otai. |
|
ALYA MARDIEN - 18. Berasal dari Tuaran, Sabah. Kehilangan ibu pada usia muda dan kini tinggal bersama ayah dan ibu tiri. |
|
CARRIE GERES (KIKI) - 30. Berasal dari Sarawak. Seorang penyanyi yang popular di Sarawak. Tidak pernah masuk mana-mana pertandingan, tapi tiba-tiba terdetik hati untuk sertai CSOIAM. |
|
DHANIA -16. Peserta paling muda berusia 16 tahun. Berasal dari Papar, Sabah. Seorang pelajar. Mahir bermain piano dan gitar. Pernah sertai rancangan realiti TV. |
|
IQMAL ROMI - 19, Berasal dari Seri Menanti, Negeri Sembilan. Penyanyi baharu menceburi industri muzik dan kini di bawah naungan Aries Music. Video uji bakat OIAM-nya tular di TikTok, mendapat sambutan hangat daripada netizen. Sanggup datang dari Melaka ke Kuala Lumpur bersama ibunya, menjadi peserta terakhir yang tiba di lokasi uji bakat di Shah Alam. |
|
JIMI - 22, Berasal dari Nibong Tebal, Penang. Seorang busker jalanan dan pemuzik amatur. Pandai bermain alat muzik seperti gitar, keyboard, bass, drum dan juga boleh membuat lagu. Seorang yang aktif dalam sukan dan olahraga |
|
JONATHAN JAMES (JON) - 27. Berasal dari Sabah. Seorang penyanyi dan penulis lagu. Boleh bermain gitar. |
|
KAI DEVA - 23, Berasal dari Ipoh, Perak. Seorang busker jalanan dan bekas pekerja kilang. Menyambut kelahiran bayinya semasa menghadiri uji bakat Top 100. Pernah hidup susah di Kuala Lumpur ketika cuba memulakan hidup baharu di sana. |
|
REZZA SHAH - 22, Berasal dari Kuala Lumpur. Bekas peserta rancangan realiti TV. Minat rap secara bebas dan menulis lagu. Mahir bermain piano. Berehat daripada industri muzik selama 4 tahun dan kembali semula dengan penjenamaan semula sebagai Rezza Shah. |
|
SHARIFAH NOOR HASMAL BT SYED HASSIM (SHAREELOPES) - 24. Berasal dari Sabah. Pernah sertai Mentor Milenia 2019 sehingga peringkat semifinal. |
|
ANIQ IFFAT - 18, Berasal dari Ipoh, Perak. Bekas peserta rancangan realiti TV. Berbakat dalam bidang lakonan, nyanyian, dan penulisan lagu. Pernah berkongsi pentas bersama idolanya, Datuk Awie dan Wings |
|
BFORE3 (DUO), AMIN - 40 & FEROQ - 35. Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Kedua-duanya aktif dalam industri seni (berlakon, mengacara, dan menyertai rancangan realiti TV). Pemuzik yang mahir. |
|
BOISOVER (GROUP), RAZIQ - 21, HANIS - 23, HAKIM - 23, SHASZDAN - 23. Berasal dari Kuala Lumpur, Selangor. Berbakat dalam tarian dan nyanyian. Popular di TikTok, sering muncul di FYP untuk lagu cover dan video tarian mereka. Pengikut TikTok: 59.8k, Likes TikTok: 3.6 million |
|
ERFARINA - 27. Berasal dari Tawau, Sabah. Seorang artis di bawah naungan Rusa Music. Minat terhadap muzik berkembang semasa remaja, mendorongnya untuk berhijrah ke Kota Kinabalu, dan menyertai sebuah kumpulan muzik tempatan, Masmuna. |
|
EYLIA GUNTABID - 22. Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Bekas peserta rancangan realiti TV. Merupakan protege Esther untuk World Championship of Performing Arts. Kedua-dua pihak keluarga sudah lama kenal dan Esther bantu Eylia dari segi persembahan dan memberi banyak nasihat. |
|
FARIQ IQHWAN BIN AMIR AZWA - 23, Berasal dari Selangor. Pernah sertai program Lagu Cinta Kita 2, I Can See Your Voice S2, Mentor 2019 dan sebagainya. |
|
HAFIZ ZAINAL - 32. Berasal dari Johor Bahru. Bekas peserta rancangan realiti TV dan telah mengeluarkan sebuah single. Seorang doktor gigi. |
|
JILL GAISAH - 24. Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Seorang penyanyi freelance. Pernah sertai banyak pertandingan nyanyian. |
|
MARIAM - 27. Berasal dari Johor. Tidak pernah sertai sebarang pertandingan. Seorang penyanyi di majlis kahwin dan vokalis latar untuk beberapa penyanyi terkenal di Malaysia. Seorang guru vocal. |
|
MUHD NAZZIM ARIFFIN - 25. Berasal dari Perak. Pernah memenangi I Can See Your Voice S6, dalam episod Aisha Retno. |
|
NOR AKMAL - 24, berasal dari Johor. Bekas peserta rancangan reality TV dan merupakan ahli kesenian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Menyertai program ini dengan harapan untuk lunaskan hutang keluarga |
|
NUR SHAFREEZA - 31, Berasal dari Selangor. Bekas peserta rancangan realiti TV. Pandai menari tradisional dan mahir membuat biskut. |
|
THE ADDEEN, NORIZHAN @IZHAN - 25 & NORIZWAN @ ZWEN ADDEN - 33. Berasal dari Johor. Zwen pernah memenangi I Can See Your Voice S7, dalam episod Vanessa Reynauld. |
|
YUSRIANSYAH - 19, Berasal dari Tawau, Sabah. Seorang busker jalanan yang berusaha mengubah nasib untuk membayar hutang keluarga. Melalui perjalanan selama 8 jam dari Tawau ke Kota Kinabalu semata-mata untuk menghadiri uji bakat. Meminta dana untuk menampung kos uji bakat. |
|
ZAZZLEEN - 38. Berasal dari Kuala Lumpur. Seorang penyanyi, pengacara majlis, dan pelakon. Anak kepada artis terkenal Zulkifli Zain dan pelakon Normala Omar. Aktif di TV sejak umur 10 tahun. Bekas peserta rancangan realiti TV. |
|
DAYANGKU IFFAH - 24. Berasal dari Putrajaya. Dikenali sebagai kaki latah. Pernah keluar single. |
|
ESTHER - 37. Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Bekas peserta OIAM Musim 3 (2009) - Naib Juara. Mahir dalam menulis lagu dan bermain piano |
|
TAN YON KWANG (MARCUS) - 31, Berasal dari Penang. Bekas peserta rancangan realiti TV. Kini di bawah naungan YK ENTERTAINMENT. |
|
MARYGRACE - 24. Berasal dari Keningau, Sabah. Merupakan seorang jururawat sambilan di hospital. Mahir dalam rap dan bermain gitar. Bekas peserta rancangan realiti TV. |
|
ROSARIO NINIH CHAMINI BIANIS (ROSARIO) - 41, Berasal dari Sabah. Pernah sertai rancangan realiti TV dan menjadi juara wakil Malaysia (Asean Song Contest 2019). |
|
TRIO XL, ZULFEKA - 23, HADI - 21, AIMAN - 19. Berasal dari Kuala Lumpur. Pelajar ASWARA dan UPSI. Hadi dibesarkan oleh kakak dan abangnya selepas kehilangan kedua-dua ibu bapanya. Aiman dibesarkan dalam keluarga angkat sejak kecil, namun masih berhubung dengan keluarga kandungnya. Zulfeka pernah berhenti menyanyi kerana perlu menjaga ayahnya yang menghidap strok. |
|
MUHAMMAD YADZIR MUADZ - 26. Berasal dari Kuala Lumpur. Bekas peserta rancangan realiti TV. Minat dalam fesyen. |
Comments
Post a Comment