GLENEAGLES KL MERAIKAN PEJUANG PENYAKIT JANTUNG KONGENITAL



Seramai 52 kanak-kanak yang menghidapi penyakit jantung kongenital menerima rawatan percuma di Gleneagles Kuala Lumpur pada tahun 2018 berkat daripada program tanggungjawab korporat, A-Heart for A-Heart. 


Mereka adalah sebahagian daripada lebih 1,300 pesakit yang bermanfaat daripada inisiatif ini sejak dilancarkan pada tahun 1996. A-Heart for A-Heart bertujuan menyediakan bantuan penjagaan jantung pediatrik percuma kepada golongan kurang bernasib baik yang tidak mampu membiayai kos rawatan yang diperlukan. 

Sempena Hari Penyakit Jantung Kongenital Sedunia, sekitar 30 bekas pesakit-pesakit menghadiri sebuah sambutan istimewa di Gleneagles Kuala Lumpur untuk meraikan kesihatan mereka yang bertambah baik. Mereka bersatu semula dengan pakar kardiologi pediatrik Dr. Lim Miin Kang dan pakar bedah kardiotorasik Dr. Lee Weng Seng, yang telah menyumbangkan kemahiran dan tenaga mereka kepada program ini. 


Hoo Ling Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles Kuala Lumpur, berkata, “Penyakit jantung kongenital menimbulkan beban yang berat pada kanak-kanak dan ibu bapa, terutamanya golongan kurang berkemampuan. Sebagai hospital, kami berdedikasi untuk mewujudkan perbezaan dalam masyarakat di sekeliling kami. Kami berbangga untuk membolehkan kanak-kanak ini untuk menjalani kehidupan yang lebih memuaskan dan kami berharap untuk membantu lebih banyak lagi melalui usaha amal kami.” 

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, lapan dalam setiap seribu bayi yang baru lahir mengalami penyakit jantung kongenital, iaitu sebarangan kecacatan struktur pada jantung atau saluran darah. 

Penyakit ini boleh tampil dalam tiga bentuk utama—lubang dalam jantung, penyumbatan aliran darah, dan kekurangan oksigen dalam darah. Sesetengah pesakit hanya memerlukan pemantauan berterusan, manakala yang lain harus menerima perhatian perubatan yang intensif seperti pembedahan. 

Setelah dirujuk kepada Gleneagles Kuala Lumpur, para benefisiari A-Heart for A-Heart akan menjalani pemeriksaan untuk menentukan tahap penyakit dan rawatan yang setimpal. Mereka juga dinilai mengikut kriteria kelayakan untuk memastikan bahawa dana program digunakan untuk penerima yang betulbetul memerlukannya. 

Hadirin-hadirin sambutan istimewa ini menikmati sesi dram terapeutik, aktiviti seni, penampilan maskot, dan makan tengahari bersama bekas doktor-doktor dan jururawat-jururawat mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari gleneagleskl.com.my

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM