KONSERT “REMEMBERING WHITNEY – THE GREATEST LOVE OF ALL”

Rakyat Malaysia bakal dihiburkan dengan gaya dan pesona Whitney Houston dalam satu persembahan penuh bertenaga yang akan menampilkan kehebatan dan kegemilangan lagu-lagu hit penyanyi tersohor itu pada Mac ini. Menampilkan penyanyi yang amat berbakat dan terkenal, Trina Johnson Finn, konsert “REMEMBERING WHITNEY - THE GREATEST LOVE OF ALL” dibawa terus dari Las Vegas oleh Milestone Productions Sdn Bhd untuk dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur selama dua malam pada 22 dan 23 Mac ini.
Diiktirafkan oleh
Guinness World Records sebagai antara
artis wanita yang paling banyak menerima anugerah, mendiang Whitney Houston nyata
telah menambat hati para penonton yang
menyaksikan setiap persembahannya. Ramai yang terpana dengan kehebatan bakatnya
yang luar biasa menerusi lagu-lagu hit yang meninggalkan kenangan indah seperti “I Will Always Love You”, “Saving All
My Love”, “I Wanna Dance With Somebody”, dan “I Look To You”. Beliau turut
dikenang menerusi lakonannya dalam filem “The Bodyguard” selain filem “Sparkle”
yang juga menampilkannya sebagai
penerbit eksekutif.
REMEMBERING WHITNEY- THE GREATEST LOVE OF
ALL merupakan persembahan konsert selama 90 minit bagi meraikan
kegemilangan dan kehebatan lagu-lagu hit mendiang Whitney Houston. Trina
Johnson Finn, seorang daripada beberapa penyanyi wanita yang dapat menyelami
dan membawa peranan sebagai Whitney,
bakal memikat rakyat Malaysia dengan nyanyian yang pastinya memukau menerusi
lagu-lagu klasik Whitney yang menggamit kenangan seperti “Greatest Love of All”, “I’m Every Woman,” “Queen of the Night,”
“How Will I Know,” “I Will Always Love You,” “I Have Nothing,” dan “I Wanna Dance With Somebody”.
Sebelum terlibat dalam persembahan
pentas, Trina pernah beraksi dalam beberapa majlis anugerah televisyen
terkemuka termasuk Anugerah Grammy, Anugerah Muzik Video MTV dan Anugerah Muzik Amerika. Sepanjang
kerjayanya, beliau juga pernah bekerjasama dengan penghibur ikonik seperti
Barbra Streisand, Michael Bolton dan Smokey Robinson.
Grace Lee,
Pengarah Urusan Milestone Production Sdn Bhd, berkata: "Malaysia tidak pernah berpeluang mengadakan konsertnya ketika
Whitney masih hidup. Oleh itu, persembahan ini akan menjadi peluang terbaik
bagi para peminatnya di Malaysia untuk menikmati ‘kehebatan seterusnya’ dengan
menyaksikan ‘beliau’ di pentas Malaysia menerusi persembahan dan vokal memukau
Trina yang akan menyampaikan lagu-lagu hit sepanjang zaman Whitney. "
Persembahan itu
juga akan diserikan dengan aksi
beberapa pemuzik dan penyanyi latar hebat selain para penari penuh bertenaga
dari Las Vegas. Pentas konsert itu
bakal memberi penghormatan kepada Whitney dan suara keemasannya – menerusi
dendangan nyanyian lagu-lagu pujaan para peminatnya selain diselangi kata-kata
penuh bermakna yang akan membawa mereka
menghayati setiap lagu berkenaan.
Persembahan ini pastinya akan menghiburkan setiap peminat Whitney dari semua
peringkat umur.
"Dalam usaha berterusan kami untuk sentiasa
membawa persembahan hiburan bertaraf dunia ke Malaysia, kami berasa amat bangga
kerana dapat mementaskan REMEMBERING WHITNEY- THE GREATEST LOVE OF ALL di
negara ini. Kami percaya rakyat Malaysia sentiasa mahukan hiburan yang
berkualiti dan usaha kami untuk membawa persembahan yang mendapat pengiktirafan
dunia akan membantu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan di rantau ini,"
kata Grace.
Maklumat Persembahan & Jualan Tiket:
Premium - RM480
VIP - RM380
Cat A - RM250
Cat B - RM150
Cat C - RM80
* Semua harga
tiket adalah tertakluk kepada fi tiket sebanyak RM4
Untuk maklumat
lanjut mengenai butiran persembahan dan tiket, sila layari:
Laman Facebook: https://www.facebook.com/MilestoneEntertainment.Show/Laman Web Rasmi: www.milestone-entertainment.com
Diskaun Pembeli Awal
Tiket-tiket untuk
pembeli awal kini dijual. Dapatkan diskaun sebanyak 30 % bagi tiket (Premium,
VIP, Cat A) dan diskaun 15 % bagi tiket (Cat B) sehingga 24 Februari. Selain
menyaksikan persembahan Trina
Johnson Finn, satu uji bakat terbuka akan diadakan bagi merebut peluang untuk
mengadakan aksi pembukaan pada konsert itu.
Maklumat mengenai perkara ini akan menyusul kelak.
Comments
Post a Comment