PANGGILAN TERAKHIR: TIKET KONSERT EKSKLUSIF MANGU DI KUALA LUMPUR HAMPIR HABIS TERJUAL!


Rockstage Entertainment hari ini mengumumkan notis rasmi “last call” buat seluruh pencinta muzik apabila tiket jualan bagi Konsert Eksklusif Mangu di Kuala Lumpur di Zepp KL kini tinggal sangat terhad.

Konsert yang bakal berlangsung pada 15 Ogos 2026 (Sabtu), jam 8 malam ini dijangka mencatatkan kehadiran penuh kapasiti dengan momentum pembelian tiket yang luar biasa sejak kaunter digital dibuka. Zon berdiri (rock zone) dan tempat duduk premium dilaporkan hampir kehabisan, menandakan sambutan luar biasa daripada peminat.

Malam berprestij ini akan menampilkan Ari Lesmana, figura vokal disegani yang bakal menghidupkan naskhah agung beliau dengan sentuhan segar melalui kolaborasi eksklusif bersama DJ Firza. Persembahan turut diperhangatkan dengan penampilan khas daripada kumpulan Enau serta dikemudi oleh MC Millvrd sebagai pengawal rentak suasana. Gabungan nama-nama besar ini dijangka menghasilkan sebuah persembahan penuh estetika muzik yang bakal terpahat dalam sejarah hiburan tempatan tahun ini.

Wakil Rockstage Entertainment dalam kenyataan media berkata:

“Kami amat terharu dengan sokongan luar biasa peminat. Keghairahan ini membuktikan penonton dahagakan persembahan berkualiti tinggi. Kami menasihatkan orang ramai agar segera mendapatkan tiket sebelum kaunter jualan ditutup sepenuhnya.”

Pihak penganjur turut mengingatkan orang awam agar berwaspada terhadap sindiket penipuan tiket, menegaskan bahawa transaksi sah hanya diiktiraf menerusi portal rasmi yang dilantik.

Butiran Konsert

Nama Acara: Mangu di Kuala Lumpur
Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
Waktu Pintu Dibuka: 7:00 Malam
Lokasi: Zepp Kuala Lumpur (Zepp KL), Pusat Bandaraya Kuala Lumpur
Portal Tiket Rasmi: myticketempire.com


Comments

Popular posts from this blog

MARC JACOBS LANCAR HARUMAN BARU - DAISY LOVE

ORGANON, DKSH DAN BIG CARING GROUP JALIN KERJASAMA PERKUKUH AKSES PENJAGAAN KESIHATAN DI MALAYSIA

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”