KONSERT JADI HADIAH PERSARAAN ALTIMET KEPADA PEMINAT



Pengembaraan karier Altimet sepanjang 20 tahun ini memperlihatkan beliau membuat persembahan di pentas-pentas besar, juga di peringkat antarabangsa. Kini, beliau mengambil keputusan untuk membuat konsert terakhir sebelum mengundurkan diri daripada menjadi seorang rapper.


Konsert terakhir Altimet - ‘NESCAFÉ Mempersembahkan The Last Altimet Show’ ini telah diadakan pada hari Sabtu, 16 Februari 2019 di Dewan Merdeka, PWTC. Altimet memberikan sebuah persembahan hangat buat kali terakhir sebagai kenangan perjuangan beliau sebagai seorang rapper, hasil kerjasama di antara NESCAFÉ dan penaja lokasi, PWTC.


Hampir 4000 peminat dan tetamu jemputan menyaksikan Altimet di atas pentas buat kali terakhir. Konsert ini turut membawakan barisan artis hebat tanahair – 20 artis seperti Joe Flizzow, SonaOne, Tomok, Hazama, Aman RA, Awi Rafael, Aizat Amdan, Noh Salleh, Zizi Kirana, Adeep, Kidd Santhe, Amir Jahari, Ila Damiaa, Salammusik, Sasha Ningkan, Dan Shiv, Cuurley, The Kawan Band dan DJ trio, Stylustiks.


Buat julung-julung kalinya, sebuah konsert hip-hop yang diiringi oleh “live band” selama dua jam tanpa henti membawakan sebanyak 26 lagu. Beliau juga merupakan artis solo pertama yang berjaya mengumpulkan 20 artis untuk sama-sama menjayakan satu persembahan bersamanya. Artis-artis yang ditampilkan juga merupakan artis yang sama terlibat dalam lagu-lagu Altimet.


November yang lalu, Altimet semasa menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-40, beliau mengumumkan hasratnya untuk bersara daripada menjadi seorang rapper. Pada bulan Disember pula, beliau telah melancarkan album ‘O’, yang diisytiharkan sebagai album rakaman terakhir beliau. Album yang berkonsepkan cinta Altimet terhadap muzik dan pengembaraan beliau dalam karier sebagai rapper. Namun begitu, beliau masih akan terus berada dalam industri tetapi di sebalik tabir. Beliau turut menyatakan bahawa konsert ini adalah hadiah buat keluarga, rakan-rakan dan peminat yang telah menyokong beliau selama ini.


SETLIST:
  1. OPENING DJ SET (OLEH STYLUSTIKS)
  2. BERSAMAMU (FT. CUURLEY)
  3. HELLO (FT. TRISNO)
  4. CHANTEK (FT. ADEEP)
  5. MUDA (FT. KIDD SANTHE)
  6. AKU
  7. SERU
  8. PENDEKAR PENA (FT. ZIZI KIRANA)
  9. MAMBANG
  10. SALUTE (FT. AMAN RA)
  11. HAVOC (FT. JOE FLIZZOW, SONAONE)
  12. SANG SAKA BIRU (FT. JOE FLIZZOW, SONAONE)
  13. AKU TAHU (FT. TOMOK)
  14. SABARLAH (FT. AMIR JAHARI)
  15. SELAMAT PAGI (FT. ILA DAMIAA)
  16. BANGKIT (FT. SALAMMUSIK)
  17. ALAMAK (FT. SALAMMUSIK)
  18. JAGUH (FT. DAN $HIV)
  19. BERADA (FT. AMAN RA, NOH SALLEH)
  20. KOTARAYAKU (FT. NOH SALLEH)
  21. KALAU AKU KAYA (FT. AWI RAFAEL)
  22. KELILING DUNIA (FT. ADEEP)
  23. DEKAT JE (FT. ADEEP)
  24. NEGARAKU (FT. JOE FLIZZOW, SONAONE, HAZAMA)
  25. PENGHIBUR (FT. HAZAMA)
  26. SYUKUR
  27. O (FT. SASHA NINGKAN)
  28. AMBOI
  29. BUNGA
  30. ORANG BIASA (FT. AIZAT AMDAN)

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA