"OPULENCE IN FULL BLOOM" DI AMAN CENTRAL



Aman Central membawakan kemeriahan musim bunga sempena Tahun Baru Cina. Bertemakan ‘Opulence in Full Bloom’, pusat membeli-belah utama di Kedah ini menampilkan kuntuman bunga-bunga yang sedang berkembang dan hiasan klasik seperti tanglung merah, kain merah, pokok limau mandarin dan tulisan kaligrafi Cina yang yang melambangkan tuah, kemakmuran, kekayaan dan kesejahteraan di Tahun Baru Cina.



Pelancaran telah disempurnakan oleh YB Simon Ooi Tze Min, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Cina dan Siam, Sains dan Tehnologi , Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dan disaksikan oleh Pengarah Belleview Group, Ms Grace Ho; Pengurus Hartanah Belleview Group, Mr Alexius Liew, Pengurus Kanan Pemasaran & Komunikasi, Mr Ken Chin; Wakil Pejabat Pendidikan Kota Setar, Puan Norsiah Mohamad Josli; dan wakil Jabatan Pendididkan Negeri Kedah, Encik Mohd Anuar Hassan.


Antara aktiviti-aktiviti yang telah disediakan untukpara pengunjung pusat mmbeli-belah ini adalah persembahan Chinese Yo-Yo Performance, sesi bertemu “God of Prosperity”, orchestra Cina, tarian naga dan banyak lagi.








Para pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai barangan untuk persiapan menyambut Tahun Baru Cina di gerai-gerai seperti Eu Yan Sang, ecoBrown’s, Jin Ye Ye Hamper, Hai-O Chain Store, Oloiya, Ho Ho Gift & Cookies dan New Moon di Central Atrium.

 Untuk maklumat lanjut, sila layari www.amancentral.com.my atau ikuti www.facebook.com/AmanCentralAlorSetar.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM