LITTLELIVES: APLIKASI INOVATIF TERBARU UNTUK SI MANJA

Dari kiri-kanan: Rozy Khalid, From L-R: Rozy Khalid, Kaunselor Psikologi di The Mind, Aqilah Che Azizuddin, Pengarah Kool Kidz dan Arjuna Raj, Ketua Pegawai Operasi di LittleLives 

Aplikasi LittleLives sudah melancarkan fungsi komunikasi dwiarah di Malaysia, untuk memudahkan ibubapa dan cikgu/penjaga berhubung mengenai aktiviti anak-anak di sekolah, tadika dan pusat jagaan. Teknologi ini bermatlamat membawa perubahan penting kepada kehidupan kanak-kanak, dengan membolehkan ibubapa mereka mengikuti pertumbuhan mereka dan menguatkan kerjasama antara ibubapa dan cikgu/penjaga.

Aplikasi ini, yang bermula di Singapura dan kini digunakan oleh lebih daripada 1000 sekolah di enam buah negara, memperkenalkan kepentingan kerjasama rumah-dan-sekolah untuk membina pertumbuhan kanak-kanak yang lebih kukuh. Ini merupakan alat penting kerana Malaysia melihat lebih banyak rumah tangga di mana kedua ibubapa bekerja untuk menyara keluarga (juga dikenali sebagai keluarga dwikerjaya).[1]

Bagi ramai ibubapa di Malaysia, tanggungjawab menyara keluarga sambil menceburi kerjaya adalah amat berat. Kajian Populasi dan Keluarga terkini memperlihatkan bahawa sebab utama di sebalik pekerja wanita meninggalkan kerja ialah kesukaran memenuhi kedua-dua tanggungjawab ini.[2] Kaji selidik juga menunjukkan bahawa memastikan keselamatan dan hubungan erat dengan si anak adalah dua keutamaan bagi ibubapa yang menghantarkan anak mereka ke pusat jagaan – tetapi keperluan ini seringkali sukar dicapai dengan jadual yang penuh.[3] Biasanya, komunikasi antara ibubapa dan guru/penjaga tidak mencukupi.

LittleLives memahami kesukaran ini, dan menjadikan ia sasaran untuk diperbaiki. “Teknologi prasekolah memegang peranan yang semakin penting dalam memperbaiki masalah-masalah seperti ini, yang dihadapi bukan sahaja oleh para ibubapa, tetapi juga oleh guru dan penjaga,” kata Arjuna Raj, Ketua Pegawai Operasi di LittleLives. “Melalui aplikasi LittleLives, ibubapa boleh berasa lebih senang hati tentang keselamatan dan kemajuan pendidikan anak mereka, malah guru juga boleh menjimatkan masa yang mungkin dihabiskan sambil mengisi borang dan dokumen, dan boleh menumpukan perhatian mereka sepenuhnya terhadap menyokong pertumbuhan si kecil.”

Ibubapa dan guru/penjaga bekerjasama dengan menggunakan aplikasi ini untuk mencatatkan pertumbuhan, pendidikan dan perkembangan kanak-kanak. Antara ciri-ciri dan kemudahan  terbaik aplikasi ini ialah:
  • Mencari, mendaftar dan mendaftar masuk di sekolah / pusat jagaan
  • Menerima agenda dan makluman untuk mengikuti kesihatan anak anda dalam laporan yang boleh dicetakkan
  • Mengikuti kemaskini tentang yuran sekolah / pusat jagaan dan sumber-sumber lain
  • Alatan e-pendidikan dengan rancangan kelas dan aplikasi interaktif sebagai pembantu pengajaran
  • Merakam saat-saat penting dengan gambar dan video dalam portfolio anak
  • Menilaikan kemajuan kanak-kanak
  • Pihak guru/penjaga boleh mengongsikan saat-saat dan makluman penting ini dengan ibubapa
  • Berhubung dengan rangkaian pendidik antarabangsa dan membawakan seaneka budaya ke dalam kelas

Penglibatan ibubapa adalah kritikal dalam perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Rozy Khalid, Kaunselor Psikologi di The Mind, menekankan kepentingan memain peranan aktif dalam pendidikan anak anda walaupun anda seorang ibu atau bapa yang bekerja. “Sokongan daripada ibubapa adalah keutamaan dalam membina keyakinan, kecekapan diri dan identiti diri anak anda,” ujar Rozy. “Kajian menunjukkan bahawa melibatkan kedua—dua pihak, iaitu ibubapa dan guru, adalah sangat penting dalam pemerolehan celik huruf, kebolehan sosial, kesediaan bersekolah dan faktor-faktor lain bagi kanak-kanak. Ibubapa harus ingat bahawa rumah dan sekolah kedua-duanya memainkan peranan yang sama dalam pendidikan anak, dan ia bukan tanggungjawab sekolah sahaja.”

Inilah sebab di sebalik kepentingan kerjasama yang lebih erat antara ibubapa dan guru/penjaga untuk memantau, dan menggalakkan, pembesaran kanak-kanak. “Kerjasama rumah-dan-sekolah merupakan langkah terbesar yang mentransformasikan pendidikan prasekolah,” kata Aqilah Che Azizuddin, Pengarah Kool Kidz Malaysia. “Walaupun sekolah-sekolah sudah lama mengetahui bahawa keadaan di rumah menjadi dasar kepada perkembangan kanak-kanak, ibubapa dan guru/penjaga perlu berhubung dengan lebih aktif, supaya kanak-kanak dapat merasai sokongan yang bersepadu daripada kedua—dua pihak, dan supaya mereka berasa lebih selamat dan disokong dalam apa jua keperluan mereka.”
  
Syarikat EduTech ini memegang rancangan yang penuh harapan bagi masa depan. “Antara rancangan pengembangan akan datang kami ialah pelancaran di Indonesia dan Thailand pada tahun ini. Kami juga akan memasangkan kemudahan Sumber Manusia dalam aplikasi, berdasarkan maklumbalas pelanggan, untuk menyenangkan kerja pengendalian berkaitan mengikuti pergerakan cuti kakitangan,” kata Arjuna. LittleLives sudahpun membolehkan guru-guru dan penjaga di lebih daripada 1000 sekolah, di enam buah negara, untuk memperkukuhkan penglibatan ibubapa dalam pendidikan anak mereka. Kedatangan mereka ke Malaysia disokong oleh OSK Ventures, dan penajaan ini akan menguatkan pergerakan mereka dalam mentransformasikan pendidikan prasekolah di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES