SENSASI TARIAN ARGENTINA DALAM "SCENT OF TANGO"

Sebastian Acosta and Laura D’Anna (Juara Mudial World Tango 2014)

Fame Studio Malaysia dengan bangganya membawa satu-satunya Konsert Tango Argentina, ‘Scent of Tango’ yang akan berlangsung pada 23 Mac 2019. Meminjam nama dari filem terkenal, ‘Scent of a Woman’, konsert ini akan mempersembahkan muzikal Tango Argentina dan budaya tariannya.


Tango merupakan seni tarian yang bermula pada abad ke-19 dipinggir bandar Buenos Aires dan Montevideo di Argentina, dan ia juga merupakan Warisan Budaya Takbenda UNESCO. Konsert ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan mempopularkan Tango di Malaysia.


Jeannie Low, Produser ‘Scent of Tango’

Jeannie Low, Produser ‘Scent of Tango’ dan pengasas bersama Fame Studio berkata, ‘Seni tarian Tango memberikan penari kebebasan ekpresi disamping menghayatinya. Ia menyalurkan aura positif kepada pasangan. Oleh itu, ia dianggap sebagai salah satu tarian yang unik di dunia.’

Kosert berkenaan akan membawa artis terkemuka dunia seperti Sebastian Acosta dan Laura D’Anna, Juara Mudial World Tango 2014, dan Roberto Castillo dan Julieta Biscione, Penari Profesional Pentas Tango Argentina.


Hyperion Ensemble

Selain itu, konsert ini juga membawa orkhestra terkenal, Hyperion Ensemble, yang akan mempersembahkan muzik Tango ‘Old Guard’ seperti D’arienzo, Pugliese, Canaro dan banyak lagi. Hyperion Ensemble juga akan memainkan kontemporari muzik dari composer terkenal Astor Piazzolla. Piazzola terkenal dengan susunan muzik klasikal dan jazz dan beliau telah melahirkan Tango Nuevo (Tango Baru).

Konsert ini disokong penuh oleh Kedutaan Argentina di Malaysia dimana ia mensasarkan untuk memperkenalkan budaya Argentina dan mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara dibawah Inisiatif Pertukaran Budaya.  


Roberto Castillo dan Julieta Biscione, Penari Profesional Pentas Tango Argentina

‘Kami menjangka majoriti penonton dari Malaysia, tetapi pasti peminat Tango di seluruh Asia tidak akan melepaskan peluang ini untuk menghadiri konsert ini. Dan kami mahu orang ramai yang berminat untuk mendalami seni dan budaya ini dan mengambil peluang keemasan ini bagi mengetahui lebih dalam tentang seni tarian Tango. Tarian ini boleh menghiburkan semua lapisan masyarakat, penonton, peminat muzik, atau peserta dalam tarian sosial dan acara seperti ini. Kami mengalu-alukan semua orang.’ tambah Jeannie.


Konsert ‘Scent of Tango’ dibawa oleh Fame Studio Malaysia dan dianjurkan oleh Quimico Sdn Bhd. Ia akan diadakan di Kuala Lumpur Performance Art Centre, Pentas 1, 8.00 malam, 23 Mac 2019. 

Tiket berharga dari RM100 hingga RM230. 

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang bengkel dan milongas (acara tarian sosial), sila hubungi Cik Jeannie Low di talian +601 2217 7183 atau emel ke fametango@gmail.com.

Scent of Tango: www.scentoftango.com

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.