CABBEEN SEMAKIN HANGAT: CAWANGAN KE-4 DIBUKA RASMI DI IOI CITY MALL!


Buat peminat dan penggemar fesyen lelaki tanah air, ini berita gembira untuk anda! Jenama fesyen terkemuka dari China, CABBEEN, kini secara rasminya meluaskan pengaruhnya di Malaysia dengan pembukaan cawangan keempat bertempat di IOI City Mall, Putrajaya. Langkah ini membuktikan komitmen CABBEEN dalam membawakan gabungan rekaan kontemporari, budaya streetwear, dan estetika avant-garde khusus buat pasaran tempatan yang dahagakan gaya unik serta berani.

Selebriti & Pempengaruh Hangatkan Majlis Pelancaran

Majlis pembukaan cawangan baharu ini berlangsung meriah dengan kehadiran ramai selebriti tempatan, artis, serta Key Opinion Leaders (KOL). Antara tetamu jemputan yang mencuri tumpuan ialah pelakon popular drama Kudrat 1968: High Council, Evertts Gomes, yang hadir memberi sokongan padu. Tetamu juga dihiburkan oleh penyampai radio dan pempengaruh terkemuka, Fiqrie, yang bertindak sebagai pengacara majlis dengan gaya pengacaraan penuh bertenaga.

Sudah semestinya, fesyen menjadi teras utama sepanjang majlis! Para tetamu tampil bergaya menggayakan rekaan daripada koleksi terbaharu CABBEEN. Daripada potongan siluet yang tersendiri, rekaan tailoring yang terperinci, sehinggalah ke perincian rekaan moden — semuanya mencerminkan gaya lelaki masa kini yang lebih mengutamakan personaliti serta kelainan berbanding norma biasa.


Selain pertunjukan gaya, majlis turut diserikan dengan sesi suai kenal (networking), acara celebratory toast, serta pelbagai permainan interaktif. Lebih daripada sekadar pelancaran kedai baharu, acara ini mempamerkan cita-cita CABBEEN untuk menjadi sebahagian daripada landskap kreatif dan fesyen tanah air yang kian berkembang pesat.

Apabila Seni China Bertemu Budaya Streetwear Kontemporari

Ditubuhkan pada tahun 1997, CABBEEN Fashion memegang teguh falsafah jenamanya iaitu Reshape The Trend. Berpandukan pendekatan yang berpandangan jauh serta komitmen terhadap rekaan asli, koleksi CABBEEN sentiasa meneroka persimpangan antara seni tradisional dan gaya hidup moden — menghasilkan pakaian lelaki yang tersendiri serta berbeza daripada pasaran arus perdana.

Antara keistimewaan dan estetika utama jenama ini termasuklah potongan tailoring yang unik serta mengikut corak tubuh moden, kombinasi fabrik eksperimental yang selesa dan versatil, serta bahasa rekaan luar biasa yang mengimbangi ekspresi fesyen terkini dan elemen budaya. Hasilnya ialah sebuah almari pakaian (wardrobe) lengkap buat lelaki yang memandang pakaian bukan sekadar persalinan harian, tetapi sebagai medium untuk mengekspresikan sikap serta personaliti diri.

Untuk rekod, CABBEEN kini mempunyai lebih daripada 650 cawangan fizikal di China. Portfolionya di peringkat antarabangsa juga sangat membanggakan — pernah memperagakan koleksinya di New York Fashion Week serta tersenarai secara rasmi di Bursa Saham Hong Kong pada tahun 2013.

Empat Cawangan, Satu Pemikiran Fesyen Yang Kukuh

CABBEEN mula bertapak di Malaysia pada June 2025 menerusi pembukaan cawangan pertamanya di Pavilion Bukit Jalil, diikuti cawangan kedua di Sunway Velocity Mall pada bulan yang sama. Jenama ini kemudiannya melangkah ke Mid Valley Megamall pada Ogos 2026 dengan memperkenalkan konsep kedai dan identiti visual terbaharu, sebelum membuka pintu cawangan ke-4 di IOI City Mall pada September 2026.

Langkah strategik ini direka khusus untuk membawakan penawaran jenama ini lebih dekat dengan pengguna di Malaysia, dengan rancangan perluasan rangkaian yang lebih meluas menjelang tahun 2027.

Lokasi kesemua cawangan CABBEEN di Malaysia boleh didapati di Pavilion Bukit Jalil di Lot 2.21.00, Tingkat 2, Orange Zone; Sunway Velocity Mall di L2-46; Mid Valley Megamall di F-037; serta di IOI City Mall pada lot G-67.

Bukan itu sahaja, CABBEEN turut membawa sub-jenamanya, 2AM, ke pasaran Malaysia bagi menawarkan variasi fesyen kontemporari berasaskan trend terkini. Gabungan kedua-dua jenama ini melambangkan cita-cita besar untuk mendekati golongan muda menerusi interpretasi gaya, rekaan, dan ekspresi diri yang sentiasa segar.

Mengangkat Bakat & Komuniti Kreatif Tempatan

Komitmen CABBEEN di Malaysia tidak hanya terhad kepada pasaran runcit semata-mata. Jenama ini turut melangkah ke hadapan sebagai Sponsor Kehormat bagi Music Boleh, sebuah platform yang menyokong perkembangan muzik tempatan serta memberi dorongan kepada pemuzik dan pencipta kandungan tempatan untuk terus melahirkan karya asli.

Kerjasama ini mencerminkan apresiasi jenama terhadap hubungan rapat antara fesyen, muzik, dan budaya belia — dunia kreatif yang berkongsi minat sama terhadap eksperimentasi dan keunikan. Dengan menyokong bakat tempatan, CABBEEN berhasrat membina hubungan jangka panjang yang lebih bermakna bersama komuniti kreatif Malaysia.

Dengan pembukaan cawangan ke-4 ini, CABBEEN kini mengukuhkan kedudukannya di persimpangan antara perspektif rekaan China dan kepelbagaian landskap kreatif tempatan.

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN 2 HARI 1 MALAM DI BANDAR YILAN, TAIWAN: KOTA KESENIAN TRADISIONAL DENGAN WARISAN BUDAYA YANG INDAH

HOMESOY PERKASA PENGESANAN AWAL KANSER PAYUDARA MELALUI KEMPEN ‘STOP THAT DOT TOGETHER’

HOSPITAL PICASO, BD DAN COLLEGE OF RADIOLOGY MALAYSIA LANCAR KERJASAMA UNTUK MEMPERKUKUH LATIHAN INTERVENSI PAYUDARA DI SELURUH NEGARA