STARS OF THE WEST END SING THE ROCK MUSICALS



Kuala Lumpur bakal menyaksikan kehebatan teraju utama West End London di dalam persembahan “STARS OF THE WEST END SING THE ROCK MUSICALS!” yang bakal dilangsungkan pada 28 April 2019 di Sunway Hotel Spa & Resort. Persembahan inibakal menghimpunkan bintang-bintang West End untuk mendendangkan lagu-lagu dari persembahan muzikal hebat seperti We Will Rock You (Queen), Thriller – Live (Michael Jackson), The Bodyguard (Whitney Houston), Tina: The Musical (Tina Turner), Beautiful: The Carole King Musical, Dreamgirls and Mowtown: The Musical. 

Diterbitkan dan dipersembahkan oleh British Theatre Playhouse dengan kerjasama Worldwide Entertainment, “STARS OF THE WEST END SING THE ROCK MUSICALS!” bakal menampilkan persembahan dari Shona Lindsay, Carole Stennett, Mike Sterling and Ricardo Afonso. 

Carole Stennett 

Sebagai bonus untuk penonton-penonton di Malaysia, persembahan tersebut turut akan menampilkan lagu-lagu kegemaran ramai dari teater muzikal seperti The Phantom of the Opera dan Les Miserables, di mana ia akan dipersembahkan oleh Mike Sterling yang pernah melakonkan watak Phantom dan Shona Lindsay, pemegang watak Christine di dalam persembahan The Phantom of the Opera di Her Majesty's Theatre, West End.

Mike Sterling

Shona Lindsay

Persembahan tersebut juga akan menampilkan lagu-lagu daripada filem Bohemian Rhapsody yang dipersembahkan oleh Ricardo Afonso sebagai  yang memegang watak Galileo di dalam teater muzikal rock "WE WILL ROCK YOU", yang menampilkan lagu-lagu kumpulan Queen di West End. 

Ricardo Afonso

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan hebat “STARS OF THE WEST END SING THE ROCK MUSICALS” April ini!


Untuk maklumat lanjut, sila layari

Tiket boleh didapati melalui www.britishtheatreplayhouse.com dan www.ticketcharge.com.my mulai 15 Februari.

Kategori & Harga Tiket:
VIP - RM380.00
CAT A - RM280.00
CAT B - RM190.00
CAT C - RM150.00

Diskaun "Early Bird"
Diskaun 10% sehingga 15 Mac (sah untuk semua kategori tiket). 

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM