TAYANGAN FILEM CINTA DI GMBB SEMPENA HARI VALENTINE



Sempena Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day, GMBB, sebuah pusat membeli-belah kreatif di Kuala Lumpur berganding dengan dua pengarah tempatan yang berbakat untuk sebuah tayangan istimewa filem pendek mereka yang bertemakan CINTA. 

Filem pertama adalah arahan Gavin Yap yang berjudul The Incredibly Strange Tale of the Man who Lost His Love But Bought it Back with a Packet of Duck Rice (2015). Filem ini mengisahkan seorang duda yang kehilangan isterinya menemui cinta daam satu rentetan peristiwa yang tidak dirancang. filem ini akan ditayangkan di GMBB, mulai 10-17 Februari 2019.

Gavin Yap

The Incredibly Strange Tale of the Man Who Lost His Love but Bought It Back with a Packet of Duck Rice telah memenangi anugerah Blencong di bawah kategori Light of Asia di 10th Jogja-NETPAC Asian Film Festival (JAFF).

Sebuah lagi filem pemenang anugerah yang bakal ditayangkan adalah: 

Edmund Yeo: Kingyo (2010)
Pemenang Pengarah Terbaik di Tokyo International Film 2017 untuk filem Aqerat.

Edmund bakal menampilkan filem pertamany yang mendapat perhatian ramai sepuluh tahun lalu iaitu Kingyo. Filem ini berlatarbelakangkan Akihabara, Jepun dan mengisahkan dua individu, seorang profesor universiti dan seorang gadis yang terserempak di jalanan di Tokyo. Pertemuan mereka menghasilkan kisah cinta segitiga yang menghantui mereka berdua. 


Sempena Hari Valentine, GMBB bakal membawakan pelbagai aktiviti bertemakan cinta untuk para pengunjung. untuk maklumat lanjut, sila ikuti https://www.facebook.com/gmbbkl/





Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM FAMTRIP MAJESTIC JOHOR BERSAMA MEDIA SEMPENA VISIT JOHOR 2026 (13 – 16 OKTOBER 2025 /JB – KOTA TINGGI – MERSING)

TEAL ASIA DAN WATSONS MALAYSIA BERGANDING BAHU SEMPENA HARI PENGHAPUSAN KANSER SERVIKS SEDUNIA WHO — GERAKAN HARAPAN, KETABAHAN DAN TINDAKAN

TIKTOK SHOP TINGKATKAN PERLINDUNGAN HARTA INTELEK UNTUK PMKS MENJELANG 11.11, PERTUMBUHAN 200% TAHUN KE TAHUN BAGI JENAMA DI TIKTOK MALL