FOX SPORTS LOUNGE KINI DI BUKA DI SUNWAY PYRAMID



Bagi para peminat sukan, tiada yang lebih menyeronokkan berbanding menyaksikan perlawanan pasukan kegemaran mereka, dan kongsikan pengalaman tersebut bersama-sama dengan rakan serta ahli keluarga. Selaras dengan ini, FOX Sports Malaysia, salah satu saluran sukan terkemuka di negara ini dengan bangganya memperkenalkan FOX Sports Lounge yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.

FOX Sports Lounge dibawakan secara eksklusif dengan kerjasama rakan penyiaran, Astro dan rakan lokasi, Sunway Pyramid. Di lounge berkenaan, para pengunjung boleh menikmati aksi sukan terbaik; daripada bola sepak sehinggalah kepada kejohanan tenis serta golf yang berlangsung di seluruh dunia tanpa menjejaskan masa beriadah bersama keluarga. FOX Sports Lounge dibuka di Tingkat Bawah (LG) Sunway Pyramid hingga 24 April 2019.

Penny Tan, Pengarah Kanan Pemasaran Bersekutu, FOX Networks Group, ketika ditemui di lokasi tersebut berkata, “Buat pertama kalinya, kami telah menyediakan satu tempat iaitu FOX Sports Lounge; khusus buat para peminat sukan dan para pengunjung pusat membeli-belah untuk menyaksikan acara sukan terbesar dan menyokong pasukan kegemaran masing-masing. Kami berbangga kerana dapat memberikan pengalaman yang dinamik lagi mengujakan buat mereka. Untuk tempoh beberapa bulan akan datang, lounge ini akan menjadi destinasi tumpuan utama bagi semua peminat sukan untuk menyaksikan pelbagai perlawanan menarik yang ditawarkan oleh FOX Sports.”

Pengalaman berada di FOX Sports Lounge ini lebih dirasai apabila FOX Sports dan Astro turut menganjurkan sesi ramah mesra untuk para peminat bertanya khabar, serta mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan lagenda-lagenda bola sepak seperti bekas pemain Arsenal; Lauren Etame Mayer dan pemain Liga Perdana; Robert Huth. Lebih istimewa lagi, Glen Johnson; yang cukup dikenali ketika beliau bermain untuk Chelsea Football Club  akan turut hadir ke lounge berkenaan pada 3 Mac nanti.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Membeli-Belah dan Taman Tema Sunway, H.C. Chan berkata, “Kami sememangnya berhasrat untuk menjadikan Sunway Pyramid lebih daripada sekadar tempat untuk pelanggan datang makan dan membeli-belah. Ia juga merupakan tempat di mana para pelanggan boleh menikmati pelbagai pengalaman gaya hidup yang berbeza. Kami berasa amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan FOX Sports Malaysia bagi menjayakan hasrat berkenaan dengan menjadikan tempat ini sebagai sebuah lokasi di mana para pelanggan boleh berehat dan bersuka ria.”

Para pengunjung boleh menonton perlawanan-perlawanan terbaik yang disiarkan oleh FOX Sports Malaysia; termasuklah kejohanan grand slam tenis, sukan bermotor, kejohanan golf, liga bola sepak seperti Liga Juara-Juara AFC, Bundesliga dan banyak lagi. Selain daripada itu, peminat bola sepak tegar pastinya akan teruja apabila mengetahui bahawa FOX Sports Malaysia baru-baru ini telah menambah liga Serie A ke dalam portfolionya. Astro SuperSport juga tidak ketinggalan; mereka akan menyiarkan pelbagai kandungan sukan di lounge berkenaan, seperti perlawanan badminton, Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara UEFA, sukan terjun dan pelbagai lagi acara sukan berprestij antarabangsa.

Istimewa untuk para pelanggan Astro yang mengunjungi FOX Sports Lounge, mereka boleh menebus dan menikmati minuman 100 Plus percuma dengan hanya menunjukkan e-bil langganan Astro di dalam telefon mudah alih mereka*.

100 Plus ialah rakan minuman rasmi dan Hisense Malaysia ialah rakan TV rasmi FOX Sports Lounge.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program-program sukan yang menarik, sila kunjungi www.foxsports.com.my dan stadiumastro.com/sports/whats-on/channels.

*Tertakluk kepada terma & syarat.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING