PAVILION KL LANCAR 8,888 BAGS OF LOVE & CHARITY AT HEART 2019



Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Pavilion Kuala Lumpur telah melancarkan program amal, ‘Charity At Heart 2019’, sebuah inisiatif tanggung jawab social korporat dan juga sebahagian ‘A Regal Celebration’. Pavilion KL meneruskan sokongannya kepada komuniti ibu tunggal dan kaum wanita yang kurang bernasib baik untuk menghasilkan 8,888 beg jinjing yang berwarna-warni bagi jualan di dalam program ini. Beg yang diberi nama “Bags Of Love” boleh didapati dengan harga RM50. 



Pelancaran “Charity At Heart 2019” telah disempurnakan oleh Dato’ Joyce Yap, CEO of Retail, Pavilion Kuala Lumpur dan disaksikan oleh selebriti tempatan seperti Bernie Chan, Carrie Lee, Fiqrie Dahari, Joyce Wong. 


Dalam majlis yang sama, pengunjung ke Pavilion KL berpeluang menyaksikan persembahan tarian singa, sesi “lou sang” dan mendapatkan 111 Bags Of Love dengan percuma. 


Bags of Love kini di jual di booth Charity At Heart di Aras 3, Pavilion KL dari 31 Januari sehingga 19 Februari 2019. Orang ramai digalakkan membeli beg-beg yang cantik tersebut untuk membantu dan memperkasakan gologan ibu tunggal dan wanita yang kurang bernasib baik.


Di akhir kempen tersebut, pada hari Chap Goh Meh, Pavilion KL akan mengumumkan jumlah beg yang dijual dan akan disahkan oleh Malaysia Book of Records untuk Jumlah Beg Jinjing Yang Terbanyak Dijual Dalam Program Amal. 


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pavilion-kl.com, atau hubungi Pavilion KL’s Concierge di talian 03 2118 8833.

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

IQOO NEO 10 DILANCARKAN DENGAN CIP BERKEMBAR BERTARAF MERCU, MENAWARKAN PRESTASI LUAR BIASA DAN HAYAT BATERI TERBAIK DALAM INDUSTRI

ZURICH TAKAFUL MEMPERKENALKAN TAKAFUL PROASPIRE UNTUK MEMPERKASA PERANCANGAN KEWANGAN JANGKA PANJANG YANG LEBIH BIJAK DAN FLEKSIBEL