TARIAN SINGA MERIAHKAN TAHUN BARU CINA DI SOGO



Sogo meraikan kemuncak Tahun Baru Cina atau Chap Goh Meh dengan paluan gendang dan tarian singa akrobatik di Dataran SOGO baru-baru ini. Para pengunjung dan orang ramai berpeluang untuk menyaksikan persembahan tarian singa bertaraf dunia yang dibawakan oleh kumpulan Hong Teck Dragon and Lion Dance yang pernah menjuarai beberapa pertandingan tarian singa antarabangsa. 


Dengan slogan “Togetherness – Celebrate Happiness”, Sogo ingin memupuk semangat keakraban di antara keluarga, saudara mara, rakan taulan dan juga rakyat negara untuk keharmonian bersama dalam menyambut Tahun Baru Cina.


Ruang legar tengah Kompleks SOGO telah dihiaskan dengan bunga poenies gergasi, tanglung merah dan hiasan tradisional Cina yang melambangkan tuah atau kekayaan.


Di pintu masuk utama pula, para pengunjung dialu-alukan oleh pepohon bunga sakura yang digantung dengan angpow berwana merah.


Setiap tahun, Sogo telah mengadakan pelbagai promosi dan aktiviti untuk membantu para pelanggannya yang berbangsa Cina untuk membuat persiapan bagi menyambut Tahun Baru Cina.

Antara promosi yang telah dianjurkan adalah Jualan Tahun Baru Cina dan Angpow Dip yang menawarkan hadiah berupa baucer bernilai RM500.  


Untuk maklumat lanjut tentang promosi dan jualan di Sogo Malaysia, sila layari:
Laman web: www.sogo.com.my
Laman Instagram: www.instagram.com/sogomalaysia
Laman Facebook: www.facebook.com/sogomalaysia
Laman Twitter: www.twitter.com/sogomalaysia
Saluran Youtube: www.youtube.com/klsogo

Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR

ASTRO KUPAS RAHSIA KELUARGA, PEREBUTAN KUASA & HARTA ‘KERANA SEORANG LELAKI’

TINTA MERDEKA DI PAVILION BUKIT JALIL: PERPADUAN SENI, FESYEN DAN WARISAN DALAM SAMBUTAN MERDEKA PENUH WARNA

REVOLUSI DAPUR MODEN: VORWERK PERKENAL THERMOMIX® TM7 DAN KEDAI MERCU PERTAMA DI MALAYSIA